Saturday, February 12, 2011

Ma'assalama Ya Huzni La Mubarak

"Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu)
pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya).
Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman." [as-Saff: 13]

Allahu Akhbar Wa Lillah Al-Hamd...

Mabruk 'alaikum ya Misr!

Akhirnya, 11 Februari 2011, runtuh sudah pemerintahan tirani seorang Hosni.
Rasa senang sekali menyambut berita pengunduran yang dinanti. Menumpang syukur seantero Mesir sana. Dan sekalian mereka di segenap penjuru dunia.

Hatta saya ini bukanlah Misriah, hanya seorang Maliziyyah, saya tetap mahu mengucapkan ma'assalama kepada An Old Misr. Enta sudah menjadi huzni. Enta tidak mubarak lagi.

Ma'assalama ya Huzni la Mubarak!

Dan ahlan wa sahlan The New Mesir with A New Misr yang akan memegang kendali pemerintahan baru.
Mendoakan A New Misr yang masih misterius itu meneladani bibit-bibit pimpinan karismatik Khalifah Umar bersama pasukan tenteranya yang bijak, Amru bin Ash Radhiyallahu 'anhu.

Ya. Pemimpin bernama Islam sahaja tidak mencukupi. Tidak menjamin apa-apa. Pemimpin bernama Islam perlu membawa roh Islam ke dalam sesebuah pimpinannya. InsyaAllah, saya yakin Islam akan lebih luhur menjadi darah daging rakyat bumi Kinanah yang baru nanti.

Semoga semilir angin pembaharuan Mesir akan menyisir hingga ke segenap pelosok benua. Harapnya sampai ke sini juga. Ahlan. Ahlan bina... ~


Nota: Kepimpinan yang paling lemah adalah kepimpinan yang hanya bergantung kepada kuasa dan jawatan. Maka, apabila hilang pengaruh, natijahnya akan menerima nasib yang sama seperti Hosni hari ini.


4 comments:

Anonymous said...

Salam alaik..
Itulah tanda2nya hampir munculnya Dajjal.. Mudah2an lidah kita basah dengan awal surah al-kahfi.. teruskan menulis.. Moga Allah berkahi jari-jemarimu..

IMANSHAH said...

salam

sedang menantikan apa kesudahan timur tengah nun..apakah semilir perubahan akan berlagu pula ke negara lain?? sedang nantikannya

Dinas Aldi said...

Akak sangat kagum dengan cara penulisan Izzah..

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Anonymous...

'Alaikumsalam WBT. InsyaAllah. Ameen ya Rabbal 'Alameen~


To Imanshah...

'Alaikumsalam WBT. InsyaAllah, jika itu kehendak-Nya. Pasti 'berlagu'~


To Dinas Aldi...

Terima kasih Kak Dinas. Moga ia adalah penulisan yang sederhana. Bermanfaat dan Allah redha~