"Pohon hijau itu berdiri kaku
megahnya di celah pohonan
ibarat lukisan hidup
tetap tegak dan kaku..."
megahnya di celah pohonan
ibarat lukisan hidup
tetap tegak dan kaku..."
Ada rasa hiba bercampur baur setiap kali telinga ini melekat pada bait-bait lirik lagu 'Pohon Hijau Itu'. Saya kira tragedi 18 April 2009 masih segar dalam lipatan sejarah kami warga SK Seri Utama. Seri yang diharap namun sebaliknya yang tercorak. Segala kesungguhan dan tukus lumus kami cuma terbayar dengan pelbagai 'ketidaksempurnaan'. Langsung tidak berbaloi.
Kesan itu masih terbuku di hati saya bagai ada jarum yang patah tersimpan di dalam peti.
PENANGAN LESTARI
Mengenangkan episod separuh hari di perkarangan SK Seri Utama membuatkan hiba saya tidak sudah-sudah. Di mana silapnya pun saya sendiri tidak pasti. Saya cuma teringatkan seminggu dua kami yang penuh sesak dengan pelbagai aktiviti. Masing-masing sibuk memenuhi permintaan yang mendesak juga yang terdesak semata-mata atas pakej 'ke arah kelestarian sekolah'.
Kekalutan warga sekolah kami bagai ada kenduri besaran yang mahu dihebahkan.
Sana sini lubang ditampal juga ditutup. Ceruk-ceruk sudut, hiasannya tidak sudah-sudah.
Namun apa yang berlaku, sebut sahaja 'lestari', jika tidak jebik, malu sahaja yang mampu terpalit. Dari awal majlis lagi segalanya seakan tiada perancangan dan pengurusan organisasi yang sepakat. Agaknya masing-masing sudah tidak keruan dek penangan lestari yang meletihkan mental juga fizikal.
Sehingga ke hari ini, sorotan bayangan tragedi 18 April perlu diterjemahkan sebagai qada dan qadar Ilahi atas kealpaan sendiri. Kegagalan sebegini adalah teguran yang maha halus supaya kami lebih berhati-hati dan tidak 'lupa diri' dalam mentadbir program akan datang.
Dan kerana kegagalan itu, saya amat berharap organisasi SK Seri Utama akan lebih matang dek kemelut sehari dua lepas. Moga penangan lestari ini menjadi pencetus kebestarian kami yang lebih bermakna sebagai seorang pendidik.
Sepanjang empat bulan bersama warga SK Seri Utama, saya melihat dan menilai 'keluarga' ini ada kesungguhan, ada komited, ada keikhlasan jika semuanya bertunjangkan kesederhanaan. Apa yang lebih penting, hindarkan sikap beria-ria hingga membuahkan riak lagi.
Biarlah kegagalan lepas dijadikan panduan. Tidak ada gunanya lagi jika masing-masing menunding jari menyalahkan sesama sendiri. Apa yang perlu, banyakkan muhasabah diri. Baik yang mentadbir di atas, mahu pun yang bergerak di bawah. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh... ini asasnya~
8 comments:
Pohon hijau mengikut sunnatullah.
patuhnya tak pernah goyah
mengikut caranya ia menyembah
taat pada Tuhan Maha Pemurah
begitulah...
berlainan dengan sebilangan insan
hidup bagai hilang pedoman
nafsu diikut tiada batasan
menanggung susah di akhir zaman
Terima kasih izzahnm
Sedihnya...ingatkan peristiwa 18 April...hhuhuhu..
Betul tu. Bila dikenang balik, nampaknya teguran Dia Maha halus. Sampai ke hari ni terasa lagi kesannya. Hakikat yang perlu dimuhasabah dari segenap inci, baik mereka yang di atas mahu pun kita yang di bawah~
memang betul...teguran dari Yng Maha Halus itu...bagi mengingatkan supaya kita jangan terlalu sombong dan bongkak..bak kata pepatah...ukur baju di badan sendiri...
Di samping..amanah yang sebetulnya jangan di abaikan!! x berkat hidup ini...maka marilah kita pakat2 bermuhasabah diri..janganlah saling salah menyalahkan...wassalam
Hari ini See Foo telah meluahkan isi hati yang terbuku bagi pihak kau rang semua
To Admin SKSU @ Qassam corner... syukron di atas luahan rasa yang hampir sama dengan ana. Luahan rasa insan yang bernama 'yang berusaha'. Moga lepas ni usaha-usaha kita akan lebih dihargai dari pihak yang sudi belajar memahami~
To See Foo... Terima kasih juga di atas luahan rasa semasa postmortem petang tadi. Diharap organisasi kita akan lebih beringat supaya sejarah yang sama tidak akan berulang lagi pada program-program yang akan datang~
Wah.. apa sebenarnya berlaku.. penasaran betul.. tido dalam tanda tanyalah saya malam ni.. hehe..
Apa-apa pon, Allah SWT sentiasa nilai dan ambil kire segala yang termasuk di dalam proses. Kita manusia terlibat dalam mewarnai proses. Ramai orang yang mengutip sampah pada masa, tempat dan keadaan yang sama. Tapi ganjaran yang diterima oleh masing-masing tidak sama kerana Allah maha Adil memberikan pahala kepada yang layak dan ikhlas.
Proses adalah hak manusia untuk terlibat sedangkan hasil adalah hak mutlak Allah untuk menentukan.
Beruntunglah mereka yang ketika menjalani proses menjadikan Allah sebagai matlamat. Hingga ketika ditentukan hasil, baik mahu pun buruk, kita tetap kita yang menggantungkan segala-galanya kepada Allah dan redha serta sentiasa berusaha mencari hikmah yang terkandung disebalik semua kejadian..
:) Ntah apa yang saya mengarut ni.. sudah-sudah saya pergi dulu.. semoga bermanfaat.. :)
Apa tragedinya tuh?? hanya ahli je yang tahu kot!!
Post a Comment