Ahh… inilah dia bicara kata golongan yang tidak bertanggungjawab dalam perniagaan. Mudah berjanji apa sahaja.
Saya tertanya-tanya sendiri. Apakah mereka tidak merasa malu dan takut kepada Allah SWT atas perbuatan yang selalu ini.
Dalam hati saya tak putus-putus mengucap. Rasanya mulut ini mahu sahaja membebel yang bukan-bukan. Apa tidaknya, sudah dua bulan saya mendengar janji-janji palsu mereka. Loya tekak hampir terhambur keluar.
Hati kecewa saya pula hanya terpamer menampakkan sebuah senyuman bercampur sindir.
Serik, ralat semua berbekam jauh di sudut hari. Inilah yang dikatakan takdir. Puas saya menyimpang akhirnya berakhir juga dengan jerutan kaki temberang.
Rasa geram berbaur cemuh saya pada 'ahli keluarga' syarikat Melayu ini tidak sudah-sudah. Bukan saya tidak pernah mendengar cerita-cerita putar belit 'ahli keluarga' syarikat ini. Penipuan mereka macam disuruh-suruh. Sudahlah tidak pandai berniaga, ada hati menipu pelanggan.
Jadi muak dan bosan bila mana bersungguh-sungguh salah seorang daripada pekerja syarikat tersebut menjelaskan itu ini kepada kami. Katanya mereka sedaya upaya sedang berusaha hendak membaik pulih nama syarikat yang sekian lama tercemar.
Tapi apa sudah jadi? Inilah yang dikatakan cakap tidak serupa bikin. Masih kekal dengan 'perangai' yang sama. Beginilah kisah Melayu lupa diri. Entahkan bila hendak maju kalau asyik lupa diri!
Memandangkan kes ini bukan kecil, rakan-rakan juga keluarga saya mengusulkan pandangan agar saya membuat aduan polis, KPDN dan lain-lain yang berkaitan.
Customer have right to speak out their rights?
Alhamdulillah, repot polis sudah keluar dan saya telah memanjangkan aduan ini kepada KPDN. Terima kasih kepada orang kampung saya, Encik Ghazali kerana sedang berusaha membuat siasatan.
Doakan saya mendapat balik hak saya sebagai pengguna. Moga kekuatan usaha kami ini membuahkan penyelesaian dan mencapai harapan.
Kini tanpa perlu diajar-ajar, manusia yang ditindas dan dizalimi seperti saya, akan merintih jiwanya mencari keadilan. Rintihan jiwa manusia yang dizalimi itu mencari keadilan, adalah jalan untuk dia bertemu dengan Tuhan. Di situ Allah memperkenalkan Diri-Nya sebagai YANG MAHA ADIL (AL-‘ADL).
Selayaknyalah golongan manusia yang alpa ini dihukum Tuhan kerana culas dalam mengatur urusan sesama manusia.
TANBIHUL GHAFILIN
Sejak berdepan dengan karenah syarikat ini, saya membuat persepsi bahawa manusia seperti mereka adalah golongan tidak cerdik juga tidak baik. Merekalah golongan yang lupa diri. Allah benci penipu dan orang yang mudah dipedaya.
Fikir-fikirkanlah peniaga-peniaga muslim yang beriman. Tunjukkanlah peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram, sudah tentu tidak ada penipuan dalam perniagaan.
Ya Allah, berilah aku ketabahan dalam membina kekuatan supaya menjadi Mukmin Profesional... orang yang BAIK dan CERDIK. Bukan manusia lupa diri... Na'uzubillah~
8 comments:
Kalau di sini, karenah seperti itu sangat biasa. Perkataan 'bukroh' (esok pagi) amat mudah terbit dari mulut untuk lari dari janji.
Ada seorang sahabat, sampai malas nak follow-up cameranya yang dihantar untuk baik pulih, kerana sering sahaja pula diminta hadir esok hari, kemudia minggu hadapan, kemudian bulan hadapan senhinggalah bertahun.. akhirnya diam..
Hehe... bila anta cerita tentang Pak Arab, baru ana teringat kes seorang saudagar Yunus yang jujur dan sanggup tegur saudaranya sendiri bila tidak beramanah dalam muamalat.
Tapi orang kita ni megah dengan kebodohan sesama sendiri. Kaki kelentong je kerjanya. Sanggup berkompromi untuk menganiaya bangsa seagama sendiri.
Sangat memalukan~
masalah nye..kenapa ya selalu orang kita bila niaga mula kencang, dah mula lupa asal usul. kalau dalam kitab mutoalbadrin (Sekolah agama Johor) esi petang dulu, dah detail dah bab muamalatnya.
apapun didoakan usaha saudari sebagai pengguna itu berjaya.
--> ambil dari kata2 ibnu ali...perkataan 'Bukroh' perkataan tersebut sangat sinonim dengan pak arab mesir...lain kali kalau nak janji dengan arab mesir...kena cakap "ghadan"..kalau "bukroh" tu entah bilalah dapatnyer..entah2 x dapat terus hehe...
manakala buat tuan punya blog ini..teruskan usaha untuk dapatkan apa yang di hajati...kalau sampai ke tahap perlu di saman peniaga tu go on...tapi sebelum tu pastikan dapatkan semua bukti2 lengkap sebelum mendakwanya..jangan sampai enti pulak kena dakwa/saman sudahla..:)kena ajar sikit!
To alwarada... syukron di atas cebisan doa anda. Moga usaha ini berhasil~
To Qassam's... hehe nampaknya pakat-pakat dok suruh ana buat kes saman. Sejuta cukup tak???
Tapi kan ustaz, segeram-geram ana la... ana tidak la sampai nak menyaman company ni. Cukuplah dia bertanggungjawab dan pulangkan hak ana sebagai pelanggan.
Nampaknya company ni masih 'degil' macam perangai Pak Arab. Ana tengah usahakan 'penawar' untuk ... and d'geng. Harapnya lepas ni ada keinsafan la sikit~
Waalaikumussalam wbt.
Apa maksud akak dengan Laskar Pelangi yang menghuni pada tahun lepas? -kurang jelas.
Mungkin novel barangkali,tapi tak pernah baca lagi.
Sekadar baru tengok filemnya di youtube.Andai kata,novel,mahu juga ketahui siapa penulis isalmiknya..Mohon pencerahan,jika dapat pengetahuan.
salam..hmm moga2 kita x tergolong org yang lupa diri...syukran atas posting ni...insaf.
salam ukhuwahfillah..maaf tumpang singgah ..
Post a Comment