Friday, June 05, 2009

Kami belum serasi...


"Ai akak, malam ni dah tidur kat sana ke?" tanya teman serumah saya tersengeh-sengeh.

"Tulah pasal. InsyaAllah malam ni akak kena la juga tidur kat sana. Maklumlah malam pertama. Baru nak mencari keserasian. Macam manalah agaknya mood malam ni ya... hehe" saki baki gurauan saya kepada teman serumah yang baru pulang.


Alhamdulillah... penuh kesyukuran kehadrat Ilahi. Hari ini tanggal 11 Jamadil Awal 1430H bersamaan hari Jumaat yang baraqah, saya berjaya melangsaikan hajat yang telah lama tertangguh.

Berbulan mencari dan memilih. Kali ini saya tekad dengan kekuatan firasat jiwa bahawa inilah 'jodoh' saya.

Tiba masanya... letih!
Malam pertama bertemankan detik jam dinding juga siulan burung layang-layang yang tidak jemu-jemu...

Segala urusan pindah rumah selesai. Hari ini saya bina kesungguhan dalam menjayakan misi mengangkut sendiri barang-barang peribadi yang tak seberapa. Saya mengambil keputusan untuk memindahkan sedikit demi sedikit supaya tidak membebankan sesiapa. Kedua-dua teman serumah mempunyai komitmen masing-masing.

Tercungap-cungap juga dibuatnya.

Pagi ini saya tekad untuk menyelesaikan segala perancangan yang telah diatur. Kebetulan pula saya tidak mengajar. Peluang yang ada saya manfaatkan dengan bertungkus-lumus sehabis daya. Inilah sindrom keterujaan mendapat kediaman baru.

Perancangan dan idea-idea mula meligat di kepala. Jangan sampai poket tiba-tiba terpokai sebelum masuk gaji sudahlah. Apa pun saya perlu mendahulukan keperluan yang patut. Bukan perkara mudah untuk memenuhi sudut rumah yang maha besar ini.

Sukar juga memikirkan empat buah bilik dengan tiga bilik air yang agak luas. Mahu tidak, orang bujang seperti saya perlu beristiqomah untuk mengurus sebaik orang yang sedang membina rumahtangga.

Nampaknya banyak sudut kekosongan buat sementara ini.

Bergema dibuatnya.

Hari ini saya baru sempat mencuci bilik air dapur. Sepanjang hari, saya sekadar beraktiviti di ruang tamu bawah. Agak seram juga untuk naik berulang kali di tingkat atas. Berbagai bunyian 'mencuakkan' saya. Takut dan debaran berselang-seli. Malah, saya sudah pun terjerit kuat dek kerana cicak menghinggap di kaki tatkala hendak mengambil wuduk. Jauh di sudut hati, saya tidak sabar lagi untuk membawa bonda menemani saya di sini... hehe tiada niat hendak mengimport bibik ke rumah saya. Bondalah segala-galanya.

Labah-labah 'raksasa' muncul mengintai si cicak gemuk mengusik penghuni baru... serammmm

Angan-angan untuk memulakan episod baru di sini terpadam...

Trip kedua selesai. Barang-barang di rumah lama masih berbaki. Lantai rumah yang dimop berulang kali juga sudah kering mewangi. Nampaknya hari ini saya luar biasa rajin dengan tenaga yang bukan sembarangan. Dua buah rumah sekaligus saya mengemop. Dari manakah tenaga saya ini? Malah, sehingga saat posting ini ditulis pun saya masih belum mengalas perut.

CUBA-CUBA UNTUK SERASI

Dari pagi tadi saya mencuba dengan harapan menggunung.

Percubaan demi percubaan.

Nampaknya jangkaan saya tepat. Akses internet broadband Celcom di kawasan perumahan ini agak slow. Saya masih mencari sudut-sudut keserasian. Niat di hati mahu mencuba akses di tingkat atas. Alahai kecut juga hati wanita saya bila mengenangkan diri keseorangan.

Semoga dipermudahkan Allah segala urusan.

Esok dengan perancangan baru. Setelah selesai mengajar, saya perlu bergegas untuk memulakan percutian yang berbaki seminggu sahaja lagi. Kerisauan melanda kerana esok adalah cuti umum sempena Keputeraan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong. Bukan sahaja memikirkan kesesakan yang bakal didepani, tetapi roadtax yang akan tamat pada pukul 12.00 tengah malam esok!

Bila senja menjelang, saya akur mengenangkan rumah dan teman lama di sana. Di sini, saya cuba belajar berdikari walaupun 'kami belum serasi'. Bacaan surah al-Mulk alunan merdu Ustaz Zamri menemani saya dengan ruang rumah yang baru berpenghuni.

Jom solat dan mengaji... Baiti Jannati~


5 comments:

izzuddin said...

salam...
mabruk alaiki..coz dah masuk rumah baru..macamana tentu seronok kan..:) tinggalkat sana memang seronok..suasana kampung best..berbeza dengan sini..ala kullihal..mabruk sekali lagi untuk enti...Wassalam

Ibnu Ali said...

Besau la gak..

Aisya Humaira said...

To Ust. Izzu.. wsalam WBT.

Alhamdulillah, begitulah hendakNya & sedang berusaha untuk mendamba seronok yang berpanjangan. InsyaAllah minta didoakan juga ya ustaz. Tapi ana lupa sesuatu laaa. Lupa nak..

Allahu Akbar Allahu Akbar
Asyhadu An Laa Ilaaha IllaLlaah
Asyhadu Anna Muhammadan Rasulullaah
Hayya ‘alas Solaah
Hayya ‘alal Falaah
Allahu Akbar Allahu Akbar
Laa Ilaaha Illallaah!

To Ibnu Ali.. Mudah-mudahan bertambah 'besau' dgn rahmat & redha Allah~

cikgu_azam said...

Salam Cik Norhafizah,

Kalau buat kenduri kat perlis nanti jangan lupa jemput ana sama.

Anonymous said...

orgnya kecik molek jer..tp rumah dgn keretanyer bkn main besor..:)