Wednesday, June 10, 2009

Buah Tangan Musim Cuti

Minggu lepas, P&P musim cuti kebanyakkannya menyentuh tema-tema pengalaman indah. Walau pun kami tidak dapat menghayati mood minggu pertama cuti sekolah, namun saya tetap berusaha menghidupkan keceriaan di kelas.


Saya cuba mengkreatifkan P&P dengan membawa murid-murid menjelajah dan berekspedisi menerusi slot-slot P&P yang sengaja dipilih.

Selesai P&P dengan kepuasan yang memuaskan.


Cuti sekolah minggu kedua pun bermula.

Saya beridea untuk membawa pulang sedikit 'buah tangan'.
Penerokaan yang sebenar telah dikumpulkan selama menghabiskan percutian singkat saya di negeri kelahiran sendiri. Inilah 'buah tangan' yang sempat saya kutip untuk dikongsikan bersama mereka juga pembaca blog MyHumairaKu.

DUA HARI YANG KELAM

Gua Kelam merupakan salah satu daripada gua batu kapur Formasi Setul yang berada dalam Banjaran Nakawan dan telah diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis sejak 1997. Gua Kelam juga terletak di dalam Hutan Simpan Wang Mu dengan keluasan 2000 hektar dan telah diwartakan sebahagian daripada Taman Negeri Perlis pada 3 Julai 2008 di bawah Seksyen 11 Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1987. Pekan yang berdekatan dengan Gua Kelam ialah Pekan Kaki Bukit sejauh 500 meter.
Di sini terdapat keretapi mini yang bergerak ke dalam lorong Gua Kelam 2

Gua Kelam terkenal kepada umum bermula dengan penemuan bijih timah bermutu tinggi di dalam gua oleh pelombong-pelombong cina di pertengahan abad yang lalu. Menurut sejarah, nama Gua Kelam adalah gelaran yang telah diberikan oleh pelombong-pelombong bijih sempena kegelapan yang wujud di dalam gua itu sendiri. Pelombong-pelombong terpaksa menggunakan lampu karbid untuk menerangi kawasan dalam gua sepanjang menjalankan aktiviti mengeluarkan bijih timah.

Pengurusan Gua Kelam telah diletakkan dibawah Unit Taman Negeri Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan beroperasi pada hari Selasa sehingga hari Ahad bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.
Semenjak pembukaan Gua Kelam pada awal tahun 2008, tempat ini semakin kerap dilawati oleh pelancong dalam dan luar negeri yang tertarik dengan sejarah perlombongan dalam gua dan masih terpelihara.

Para pelawat yang ingin kesini boleh memandu kenderaan sendiri atau mendapatkan perkhidmatan teksi dan bas dari Kangar terus ke Gua Kelam yang mengambil masa selama 30 minit. Kadar bayaran yang dikenakan juga adalah sangat berpatutan dan murah.

Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang boleh dijalankan di Gua Kelam antaranya ialah menaiki keretapi mini dan menjalankan ekspedisi menjelajah gua secara berkumpulan. Selain itu para pelawat juga boleh menjalankan aktiviti berkhemah, abseling dan penyelidikan berkaitan arkeologi dan sejarah berkenaan perlombongan bijih timah.
Dua orang sepupu saya di hadapan pintu masuk Gua Kelam 1
Ekspedisi hari pertama di Gua Kelam 1
Inilah jalan yang pernah saya susuri 18 tahun yang lalu...
Kewujudan stalagtit dan stalagmit yang berusia jutaan tahun di Gua Kelam 2
Keretapi mini yang membawa kami meneroka Gua Kelam 2... macam 'back to the future'
Mengintai tapak yang sesuai untuk memulakan aktiviti bakar membakar pada hari kedua...
Pak Usu 'pulun' menunjukkan teknik membakar ikan...
Ikan bakar Mak Bun yang bersahaja... paling sedap di antara semua
Group mak dan sepupu saya... Gadis Merah Jambu sekadar memantau
Group berendam... dari kiri; Ucu, Luqman, Uda dan Nurain [kembar Luqman tengah berendam]
Habis berasap dan berendam... aktiviti berselera pula


6 comments:

Ibnu Ali said...

Salam,

Seronok sesekali buat ijtimak family begini. Tautkan ukhuwah.

Tapi saya selalu terlepas aktiviti beginim kerana berjauhan. Beruntunglah mereka yang dapat merasainya.

Biar gua itu kelam, tapi jangan ia kelamkan jiwa dan hati kita. heh

Barakallahufikum

dmx said...

salam,
mencabar gak...tengok gua 2.
memang cahaya spotlight ker @ cahaya flass,meremang bulu roma !!
apepun...suatu yg menarik untuk dilawati & diziarahi..sirrubarkatillah

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Ibnu Ali... Wsalam WBT. Betul tu. Memang seronok berijtimak dengan family. Tidak perlu menunggu Hari Raya atau family day. Sekurang-kurangnya aktiviti simple dan santai begini dapat memelihara serta mengekalkan hubungan kaffah al-'aqarib. Semenjak berkelana di rantau orang, adakalanya saya juga terlepas.. hehe kita sama saja~

To damaiinx... Wsalam WBT. Hehe nampak macam mencabar eh? Tapi saya anggap cabaran ini sebagai satu kelucuan di luar jangkaan. Kami asyik bergelak ketawa je sepanjang di Gua Kelam 2.. Ya, tu semua cahaya spotlight yang pelbagai warna~

norazlansarmudan said...

Salam,
Macam best je gua kelam tu...nanti ada masa sy bleh singgh...kat ner tu? Perlis belah mana?
Moga kebahagiaan keluarga berkekalan sampai bila2...amin

Cikgu Zailani said...

Bestnya.... Mcm mana prosedur kalau saya nak bawak rombongan ke sana ye....

shameel said...

Salam.
Teringin jugak sy nk ke gua kelam. Dlm gua yg kelam adakalanya dpt menjernihkan hati dan fikiran.