Blog ini adalah medan 'nasyru fikr' (penyebaran fikrah) dan juga medium berta'ammul (berinteraksi) untuk mencambahkan buah fikiran dan pandangan. Semoga penulisan di sini dapat membentuk 'public opinion' secara aman tanpa dipengaruhi dendam juga hasutan. Menulis secara beretika dan berhemah adalah lebih terhormat daripada membaling batu lalu menyembunyikan tangan. Atau tanpa pertimbangan akal, hanya sia-sia seperti 'anjing menyalak bukit'. Jazakumullah khairan kathira~ "Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir." [al-A`raf: 176]
MAN ANA
Seorang Izzah yang mendambakan kesederhanaan. Kerana itu, di antara luas laut budi dan tinggi langit kirmizi, dia tega memilih untuk terus teguh di tengah-tengahnya. Bagaimana mahu merungkai Izzah Al-Maliziyyah? Tidak semudah pada dokumen-dokumen yang sah. Apatah lagi DNAnya, fizikalnya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya. Mungkinkah Izzah ini sebuah ciptaan atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujur atau hipokritkah? Tetapi bukankah semuanya begitu? Yang jelas dan pasti hanya pada pengetahuan-Nya. Boleh menghubungi Izzah melalui email [ihumaira@yahoo.com] atau YM [ihumaira]~
HOW GREATFUL I AM?
"Jika kita bercita-cita menjadi seorang jutawan di dunia, guru bukanlah jalannya kerana 74% jutawan di dunia ini adalah ahli perniagaan. Jika kita bercita-cita menjadi seorang yang berkuasa, guru bukan medannya. Jika kita bercita-cita menjadi jutawan akhirat, jalannya terbentang luas. Kita telah berada di landasan yang betul."~ Special Teacher for Deaf & Disabled Students
"Tarbiyyah bukanlah segalanya tetapi segalanya bermula dengan tarbiyyah..." ~As Syahid Hassan Al Banna
"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." [Al-Imran:147]
"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mendirikan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar." [Taha: 32]
No comments:
Post a Comment