Tuesday, October 06, 2009

Murah Berbaloi


Pada hari Ahad yang lalu saya singgah beraya di IKEA Damansara Utama. Nampaknya sudah lama saya tidak ke sana semenjak terlibat dengan insiden kemalangan kecil di hadapan entrance parking IKANO. Rindu pula rasanya. Kali ini saya amat berhajat untuk membuat sedikit pelaburan keperluan asas rumah.

Kenapa saya suka membeli-belah di sana?

Hebat sangatkah IKEA?

Sebenarnya tidak semua barangan jualan di IKEA menjadi pilihan hati saya. Hanya barang-barang yang menarik dan murah sahaja akan disambar dahulu. Kalau bijak memilih, insyaAllah kita akan mendapat barang yang pasti tidak mengecewakan. Malah, setiap kali ke IKEA saya akan berkira-kira budget yang sesuai supaya perbelanjaan mengikut nafsu lebih terkawal.

Nafsu membeli itu selalu ada tetapi awas dan berpada-pada supaya tidak tergoda...

Dari tingkat atas sampai ke ceruk reject corner telah saya risik. Pelbagai barang yang bersesuaian dengan harga diteliti dan diamati. Ada juga barangan yang langsung tiada hati untuk didekati. Kebiasaanya bila ada barangan yang menarik perhatian saya, proses mengangkat dan meletak semula akan berulang sehingga saya betul-betul rasa yakin samada berkehendak atau perlu. Keperluan membeli mungkin menguasai, sebaliknya tujuan keperluan itu sangat mendahului dan mempengaruhi saya. Akhirnya keputusan untuk membeli selesai terjawab di kaunter pembayaran.

Alhamdulillah saya pulang dengan senang hati kerana perbelanjaan pada hari tersebut tidak mencecah RM60.00. Dengan sejumlah wang ini, saya rasa berbaloi memiliki lima jenis barangan keperluan asas yang agak praktikal, simple dan comel made in IKEA.
Hari ini kegembiraan itu bertambah setelah saya menggunakan sebahagian daripada barangan tersebut. Biar pun murah, ternyata materialnya sangat baik dan terbukti berkualiti~
Percubaan memasak menggunakan peralatan dapur IKEA...

7 comments:

memory green said...

Perbelanjaan berhemah sebegini harus dicontohi. Memilih barang yang sesuai dengan kemampuan kita untuk dibeli, tetapi berkualiti, amat baik. Ini jadi panduan ramai. terima kasih. ada masa jenguklah blog saya. Salam perjuangan. daripada Cikgu Rujhan.

damaiinx said...

salam.....
Humaira..

tol,gak..tuh
skrg..kene
byk..berbajetkan

seimbang ngan harga ngan kualiti..
bru,brbaloi...
he3..

mie said...

Ikan masak apa tuu??
Sungguh menyelerakan hehe

Sy selalu gak ke IKEA, suke tgk design brg2 die, nmpak unik, harga dan kualitinye pn ok.

imanshah said...

teringin juga ke ikea, tak pernah menjejakkan kaki dan tangan ke sana, maklumlah jauh

Aisya Humaira said...

To memory green... Terima kasih atas pandangan cikgu Rujhan. Sebenarnya, saya tidaklah taksub dengan produk IKEA. Tidak semua barangannya sesuai dimiliki oleh saya yang bercitarasa sederhana.

Saya juga gemar berbelanja dan mencari barangan asas di tempat sendiri. Terutamanya kedai-kedai hardware yang berstatus 'Kedai 2 Ringgit' dan 'Kedai Borong'. Di situ pun banyak pilihan yang murah dan sederhana. Tapi perlu berhati-hati memilih kualitinya~


To damaiinx... Wa'alaikumussalam wbt. Saya pun tengah memurnikan semula budget akhir 2009 yang belum mencapai sasaran. Em,pihak kerajaan kita pun sudah siap sedia untuk mengumumkan belanjawan 2010. Kita tengok nanti siapa untung, siapa rugi. Yeahhh~


To mie... Itu ikan masak sambal. Saya campur sos nasi ayam plus tomato. Resepi sendiri yang memang boleh tahan.. hehe [masuk bakul terangkat sendiri]

Kalau ke IKEA memang best. Tidak dapat beli, dapat tengok produk dan dapat curi ilham interior design dia pun jadilah. Boleh dikatakan 2 3 bulan sekali mesti rasa rindu hendak berkunjung ke sana semula. Bonda saya pun suka ke sana. Maklumlah orang perempuan. IKEA pelengkap imaginasi kami~


To imanshah... InsyaAllah cuti sekolah nanti turunlah ke KL. Bila lagi hendak meronda dengan kereta baru. Singgah ke IKEA bawa kaki dan tangan. Paling penting jangan lupa bawa hati dan wang untuk membeli produk-produk yang unik di sana. Lepas sekali sudah terjejak, insyaAllah pasti akan terasa dekat~

saffmukmin said...

berbaloi2..kalau ia menang memakai.walaupun harganya trpksa ditutup dua blh mata,huhu~

Bijan said...

berbelanja jgn sampai membazir, berjimat jgn sampai kedekut :P
hu3 padat sgt ayt saya ni.. sy sendiri pon tak reti nk explain lebih2
walaubagaimanapun akak punya stail mmg cun.. ngeh3 boleh la saya dapat rasa makanan yg dimasak menggunakan brg2 IKEA yg lazat tu :P