Tuesday, September 22, 2009

Ziarah Khusus Bermusim

Pengalaman baru..."Kita bukan nak ke Tesco ya Amir"

Setelah masuk hari ketiga Syawal, pagi ini keluarga kami berkesempatan menziarahi kubur arwah Tok Ah dan Tok Hussein. Anak menantu juga cucu cicitnya yang tidak dapat turut serta hanya mampu mengirimkan salam doa buat arwah berdua. Siap berwudhu' dan berpakaian menutup aurat, dengan berbekalkan dua cerek air, surah-surah Yassin dan helaian suratkhabar, kami pun berkereta menuju ke tanah perkuburan.

Nampaknya parkir di hadapan pintu masuk Tanah Perkuburan Islam Kampung Wai sangat lengang. Kelihatan di suatu sudut, beberapa orang kampung sedang menggali liang kubur untuk kematian baru. Dengan rasa debaran dan insaf, saya melangkah dengan iringan doa berserta salam ziarah buat penghuni di sini...
"Sejahtera atas kamu penghuni tempat kaum Mukminin. Kamu telah mendahului dan kami akan menyusul kamu. Semoga Allah mengampuni kami."

KEMESTIAN ZIARAH KHUSUS
Amir menghadiahkan bacaan surah kepada arwah moyangnya... [berlakon je tu]

Tidak ada sebarang dalil yang terang tentang menziarahi kubur pada pagi Hari Raya. Ini hanya merupakan amalan kebiasaan orang-orang Islam kita di sini. Mungkin mereka berpendapat bahawa kerana pada hari raya kita menziarahi kaum kerabat dan sahabat handai kita yang hidup. Maka eloklah kita menziarahi juga yang sudah meninggal dunia. Selagi tidak ke kubur, mesti ditanya dan disebut-sebut.

Sebenarnya, menziarahi kubur pada asasnya digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. kerana menziarahi kubur itu mengingatkan kita kepada kematian.
Menziarahi kubur itu boleh menimbulkan sifat zuhud terhadap dunia dan ingat kepada akhirat. Jika menziarahi kubur hanya dikhususkan pada hari raya sahaja, nampaknya itu tidak betul. Sebetulnya ziarahi kubur boleh dilakukan pada bila-bila masa. Tidak perlu sampai menjadikan ia sebagai ziarah khusus.

Akan tetapi di Malaysia, saya pelik melihat amalan menziarahi kubur seolah-olahnya sudah menjadi suatu adat pada hari raya. Ziarah kubur bukan adat, ia adalah agama. Maka lakukanlah kerana agama, bukan kerana raya. Mungkin secara kebetulan setahun tidak pernah pulang ke kampung dan pulang ke kampung hanya pada hari raya. Pada hari itulah ada kesempatan, tidak mengapa. Berziarahlah ke kubur kerana itu suruhan agama tetapi bukan khusus di hari raya. Wallahu'alam~

3 comments:

imanshah said...

Sayu bila tengok kubur ayahanda...sempat bertahlil dan baca yaasin. InsyaAllah berziarah kubur akan jadi kemestian setiap kali pulang bercuti

damaiinx said...

salam..
Humaira..
tul too...biler raya
penuh jer kubur.......
mungkin...
hari biasa...
downg cibuk...
bangat,kot !!!
time...raya,je...
free kot...
wallahualam..

Aisya Humaira said...

To imanshah... InsyaAllah moga niat cikgu termakbul sebagaimana diinginkan. Apa pun, utamakan ziarah orang yang masih hidup. Namun, yang pergi tidak dilupa untuk kita turut beramah mesra~

To damaiinx... Wa'alaikumussalam WBT. Boleh jadi betul. Sibuk salah satu faktornya atau mungkin juga kerana takut hendak melangkah ke kubur pada hari-hari biasa yang kurang orang ke sana... hehe wallahu'alam~