Friday, September 18, 2009

Selamat Semua...

Kesiannya si yatim piatu yang ditugaskan untuk menjaga rumah saya di SB...

InsyaAllah, pagi ini saya akan bertolak pulang ke kampung halaman. Dalam keghairahan membuat persiapan, suka untuk saya sama mengingatkan pada diri sendiri dan anda di luar sana agar selalu untuk berhemah dan berhati-hati di perjalanan.

Pandu dengan cermat ya.

Biar tiba ke destinasi lewat sedikit. Asalkan selamat tiba kepangkuan orang yang tersayang. Itu lebih baik daripada menyesal dihantar ke tempat-tempat yang tidak kita ingini. Malah lagi meyesal meratapi nasib diri yang 'terkurang sifat' tidak bertangan atau berkaki. Na'uzubillah...


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pulang ke kampung halaman pada yang berpeluang. Pada mereka yang jauh nun di perantauan, jangan bersedih hati. InsyaAllah kegembiraan itu ada di mana-mana andai kita menjadi insan yang sabar dan bersyukur. Semoga Allah SWT sentiasa bersama-sama kita semua.

Selamat Hari Raya Eidulfitri... maaf zahir & batin dari saya~
Kurang lebih 10 minit lagi akan tiba di pekan Kuala Perlis... 5, 4, 3, 2, 1... Assalamu'alaikum!

4 comments:

imanshah said...

Salam..selamat menyambut hari raya aidilfitri dan kembali ke fitrah asal kejadian manusia, bersih, suci dari noda dan dosa..selamat jalan semoga dapat bertemu lagi Ramadhan

damaiinx said...

salam,Humaira;)
Moga selamat sampai....
ker destinasi...
salam aidul fitri wal faezi...
bermaafan sesama kite...

Aisya Humaira said...

To imanshah... Wa'alaikumussalam WBT. Selamat Hari Raya Aidulfitri juga. Semoga kita masih menjadi tetamu Ramadhan di tahun mendatang... amin~

Todamaiinx... Wa'alaikumussalam WBT. Salam Aidulfitri juga. Cegitu la harapnya. Maaf berterusan, ukhuwwah berpanjangan~

damaiinx said...

salam..
Humaira..
nnak,jemput..
ke blog ngan rakan bloging yg sudi
...ader,sprice..kot