Tuesday, September 15, 2009

Yang sukar dimudahkan, yang lalai diingatkan

Alhamdulillah, saya sudah... anda bila lagi? Mudahkan ia sebagai kewajipan kita atas keperluan orang lain...

Zakat badan aka zakat kepala atau lebih famous dikenali sebagai zakat fitrah. Hukumnya fardhu ain ke atas setiap umat Islam yang telah cukup syarat dalam bulan Ramadhan. Dengan berzakat, keberkatan dan kemanisan ibadah di hujung Ramadhan kita akan semakin bertambah. Akan semakin indah berseri menjelang Syawal nanti.

Pada sahabat-sahabat saya yang sudah mencukupi syarat seringan itu, segerakanlah tanggungjawab anda. Jangan tidak tahu, zakat lebih aula daripada sedekah & infaq sunat. Seafdhalnya, lunaskan kewajipan ini di mana harta atau pendapatan kita diperolehi. Di mana hasil titik peluh kita dibayar. Tidak perlu bertangguh untuk membayarnya di kampung. Jangan pula melepaskan tanggungjawab kita ini di bahu ibu ayah.

Kadar bayaran zakat fitrah bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor pada tahun ini telah ditetapkan dengan kadar RM7.00 bersamaan 2.70kg beras. Kenaikan kadarnya adalah disebabkan oleh kenaikan harga beras di pasaran semasa dan peningkatan pendapatan tahun ini.

Dalam kekalutan dan keghairahan kita menambahkan persiapan yang semakin hari semakin tidak mencukupi, zakat jangan dilupa. Kemudahan membayar zakat sudah maju seiring teknologi moden. Kaunter-kaunter zakat bercambah dibuka hingga ke celah-celah pusat membeli-belah. Bayaran menggunakan perbankan internet, e-Fitrah juga sudah ada. Bayaran melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) juga diputuskan mufti dan pakar agama bahawa ia kaedah yang tidak menyalahi hukum syarak.

Segala kemudahan telah disediakan.

Yang terlalai juga diingatkan. Apa lagi ditunggu...

Namun orang yang terlupa membayar zakat fitrah, tidak berdosa. Walau bagaimanapun, diwajibkan ke atasnya untuk mengqadha' hutangnya. Dengan kata lain, kewajiban zakat fitrah itu tidak gugur darinya dan tetap wajib dibayarkan walaupun sudah melewati batas waktu akhir (nihayatu waqtin) yang ditentukan.


Ringankan tangan, besarkan hati.

Jom cepat berzakat.

InsyaAllah, anda bayar, anda tidak rugi. Sudah pasti ia bakal menenangkan jiwa kita berbanding kebahagian pelaburan yang lain. Seandainya masih ada yang sengaja tidak mengendah dan mengabaikan kewajipan ini, jadilah kita ibarat si pencuri yang sombong. Jumlah serendah RM7.00 itu bukan milik kita. Bukan hak kita m
elainkan milik fakir miskin dan ketujuh asnaf yang berhak menerima zakat. Wallahu'alam~
Sebahagian cenderamata yang masih disimpan ketika pernah berkhidmat dengan LZS

4 comments:

imanshah said...

alhamdulillah..tahun ni saya akan bayar zakat arwah ayah, ibu dan dua adik saya

damaiinx said...

salam,Humaira;)
insyallah saya balik ke Tanjung karang...3hari raya,
Menggambil kesempatan nie..nnak ucapakan :
SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN AIDUL FITRI WAL FAEZIE..
Kemaafan dipohonkan.....
* Humaira raya kat maner..tuh..?

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

salam ramadhan kak.
tadi saya dah nak bayar, tp ditangguhkan utk bayar esok subuh insyaAllah.

Tahniah sudah tunai tanggungjawab.

Aisya Humaira said...

To imanshah... Alhamdulillah. walaupun belum melunaskan, tapi sudah memasang niat. Saya doakan agar cikgu dipermudahkan urusan pembayaran zakat fitrah untuk tahun ini... amin~

To damaiinx... Wsalam WBT. Selamat Hari Raya Eidulfitri juga. Sama bermaafan, mohon keberkatan, redha persahabatan, kekal berlarutan... amin~

** InsyaAllah, saya masih kekal beraya di kampung halaman sendiri @ KP, Malizy~

To TG... Wa'alaikumussalam WBT. Hehe Amil tengah tunggu TG tue. Tak sabar dia nak tadah tangan ajak TG mengaminkan doa yang sering diulangnya sepanjang bulan ini~