Saturday, November 21, 2009

Tahaadu Tahaabbu

Buah tangan bulan November... nilaiannya bukan pada harga dan cantik kulit

Islam mensyariatkan perantaraan yang dapat menyebabkan keakraban, mendamaikan dan menghilangkan kabut hati. Salah satu perantaraan itu adalah saling memberikan hadiah diantara sesama muslim. Hadiah selalu memberikan kesan perdamaian, rasa cinta dan penghargaan daripada si pemberi kepada yang diberi. Kerana itulah Nabi Muhammad S.A.W menganjurkan agar memberi dan menerima hadiah. Beliau menjelaskan pengaruh hadiah di dalam meraih kecintaan dan kasih sayang diantara sesama manusia.

Tahaadu tahaabbu... "Saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian akan saling mencintai." [HR. Al-Bukhari]

Kesempatan yang ada ini, saya dengan berlapang hati untuk mengucapkan جزاك الله خيراً kepada sahabat-sahabat saya atas pemberian naskah ilmiah. Budi baik kalian hanya Allah S.W.T sahaja mampu membalasnya. Mungkin hadiyyatun ini dapat melakukan apa yang tidak dapat dilakukan melalui ucapan dan permintaan maaf sesama kita.

Positifkan pemikiran. Hindarkan perasaan syak wasangka yang hanya akan membina rasa sulit terhadap kebaikan orang. Usah dianggap hadiah yang diberi itu ibarat rasuah atau 'ada udang disebalik batu'. Pemberian yang baik dan halal, apa salahnya terima sahaja dengan hati terbuka. Bersyukur atas nama rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Alhamdulillah...

Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta’aala yang maha melimpah ruah kasih sayang dan kemurahan-Nya kepada kita. Persekolah 2009 sudah pun melabuhkan tirainya. Moga ujian-ujian Allah yang lepas merupakan seribu satu hikmah yang mesti direnungi. Saya percaya Qadha’ dan Qadar Allah tiada yang negatif kerana setiap satu kejadian, datang sebagai pelajaran. Apa yang diharap, saya akan lebih thabat dalam menganyam perjuangan tahun mendatang. Kabut dan serabut semalam perlu ditinggalkan dengan segera. Jom pulang bercuti~

7 comments:

IMANSHAH said...

Macam2 perkataan arab yang saya belaja dari blog ini!!

syaf said...

salam;...bagus 2...
yer saling memberi tanpa mengharapkan balasan..ikatan persahabat yg ikhlas...:)
good

mizaranun said...

Salam..
Selamat bercuti cikgu...(^_^)

Ibnu Ali said...

same2..

dmx said...

salam..
humaira...

SeLaMaT BeRcUtI...
N...BiSa..KtEmU lGi hu3....

Melawis said...

Salam...blog yang bagus..teruskan usaha dakwah sambil blogging...ana baru jumpa ini blog...so jom kita follow..

Izzah Al-Maliziyyah said...

A'laikumsalam.. kepada para guru, selamat bercuti juga. Buat semua pengunjung setia serta seluruh umat Islam, Selamat Hari Raya Eidul Adha 1430H. Kullu am wa-entum bikhair.. insyaAllah~