Tuesday, January 19, 2010

Cerita Lama Dimurnikan Kembali

"Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu." [al-Baqarah: 216]

Al-kisah cerita lama dimurnikan kembali. Inilah sejarah pertama kanvas MyHumairaKu menukar tiga 'hidangan' posting berlainan di atas 'meja' entry yang sama. Pada pengunjung yang menyedarinya, abaikan sahaja persoalan anda. Saya mohon maaf atas kesulitan yang tidak disengajakan.


Sepanjang dua minggu persekolahan 2010 berlalu, saya kira ada sesuatu yang baru dalam perjalanan hidup ini. Kunjungan kerja yang semakin bersusun sukar ditolak. Apatah lagi kehadiran peristiwa yang silih berganti. Semacam mimpi sahaja. Hakikatnya bukan kebetulan. Tetapi ketentuan untuk mewarnai ambang 2010 saya. Sudah pasti, tiada yang sia-sia, melainkan ada hikmah-Nya kan? Saya fikir, terima sahaja dengan senyuman, beri juga dengan senyuman. Mudah-mudahan yang digalas itu terasa ringan tidak terbeban. InsyaAllah...

Tahun ini...

Saya melihat rata-rata rakan blogger rajin betul menukar templete di blog masing-masing. Makanya, berkat sedikit cemburu, kanvas saya juga berjaya membuahkan perubahan. Keinginan ini telah lama tersemat. Akhirnya kerja-kerja menukar 'wajah' mampu dilakukan sedikit demi sedikit. Seronok juga belajar 'mengodek' blog. Biarpun peluang mengadap cuma di celah-celah kesibukkan. Nampaknya, banyak lagi 'term-term xml' yang teringin saya tahu dan tanya pada kawan-kawan. Diharap, tolong bersedia untuk sudi berkongsi ilmu. Hehe...

Bulan ini...

Ramai sungguh sahabat saya yang menyambut ulangtahun kelahiran. Meriah betul. 'Sannah Helwah' buat semua sahabat yang dirindui. Hendak mengucap satu persatu, takut pula langsung terlupa. Moga kalian sentiasa dalam keredhaan Allah SWT. Tidak ketinggalan, sekalung takziah bersama butiran doa buat sahabat yang telah 'jauh pergi' menemui Ilahi... Ustaz Hidayatus Saufi. Terakhir kelibatnya pergi bersama status 'kita bertemu di penghujung rindu'. Al-Fatihah~

6 comments:

Ibnu Ali said...

Allah menentukan dalam hal yang tak pernah diduga. Dipertemukan dengan tidak pernah diminta. Dipisahkan dengan kuasa iradahNya.

Terima kasih daun keladi.

mizaranun said...

Assalamualaikum cikgu..

Selamat kembali ke sekolah..
Moga lebih tekun mendidik anak bangsa..Hanya Allah dpt membalas jasa baik seorang guru...(^__^)

imanshah said...

Bila KEKASIH, mengundang dia pulang, maka pulanglah dengan penuh keimanan..moga ditempatkan di syurga abadi

dmx said...

salam...
izzah.....
Selamat megajar...
dan
takziah..buat fimili
arwah ustz hidayatus saufi
al-fatihah....

Anonymous said...

Salam

Boleh tak ajar macam mana nak upload ttema pada blog macam you buat nie. Kena bayar ke free themes nie

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Ibnu Ali.. Sama-sama daun mengkudu~

To mizaranum.. Alaikumsalam WBT ustaz. Selamat kembali ke sekolah juga~

To imanshah.. Ameen ya Rabb~

To dmx.. Alaikumsalam WBT. Selamat mengajar juga. Moga setiap 'pemergian' adalah keinsafan buat kita yang masih 'di sini'~

To Anonymous.. Alaikumsalam WBT. Free & bebas cukai~ (^_^)