Sunday, March 07, 2010

Ada Sesuatu Ingin Dikhabarkan

Terima kasih kepada pengirim kad yang tidak bersetem ini... "Tahaadu Tahaabbu"

Alhamdulillah, tanggal 4 Mac 2010 yang istimewa sudah pun berlalu. Terima kasih juga saya titipkan kepada bonda tercinta. Susah payah beliau melahirkan saya ke sini. Susah payah beliau 'menjadikan' saya hingga ke hari ini. Pejam celik, pejam celik, kian besar panjang rupanya. MasyaAllah, anak siapakah ini?

Sekali pandang, tidak ubah persis remaja belasan tahun. Dua kali pandang pula, nampak juga susuk kedewasaannya. Tambah yang ketiga kali pandang, baru soheh kedut-kedut wajahnya. Inilah aturan alam. Melaluinya harus dengan kesedaran diri. Betul ngak?

Saya tidak seperti orang lain...

Sempena perubahan digit baru ini, tiada terselit sebarang impian dan harapan yang tinggi. Tidak juga terlalu spesifik.
Cukuplah sekadar diluaskan rezeki yang halal. Dikurniakan kesihatan yang baik supaya saya tidak malas dan lemah dalam segala hal kebaikan. Dan dipermudahkan untuk meneruskan hidup yang serba sederhana ini.

Barangkali saya sedikit keterlaluan di sini. Dengan tidak segan silunya, saya mahu menyatakan sesuatu, "Ya Allah, saya masih nampak muda!". Sungguh. Maafkan saja di atas kejujuran saya ini.

Namun, ada sesuatu yang lebih besar ingin saya khabarkan. Bukan mahu membuka rahsia sesiapa. Juga bukan mahu memuji, jauh sekali hendak memuja. Madah berhelah pun bukan. Cuma saya mohon jasa baik kalian mendoakan saya agar sentiasa dekat dengan Allah. Doakan selalu ya. Makasih!

Ameen Ya Rabb~

8 comments:

Jue Anna said...

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan dipertemukan jodoh!amin..

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Salam kak.
Maaf kelewatan ...
Semoga dipertambahkan iman dan amal sempena bertambahnya usia ini. Ingatlah kematian juga semakin menghampiri..BarakAllahu fi Kum...

Ur Bro,
TG

Nurul Iman said...

suka membaca coretan ni...bahagia

shameel Iskandar said...

Selamat panjang umur. Moga pertambahan umur akan menambahkan lagi keimanan dan memesrakan lagi kita dengan-Nya.

Abgbent said...

Salamelekom,wbt adikku Humaira yang sememangnya istimewa. Adik juga saya kasihi kerana DIA.

Doa saya panjatkan semoga adik beroleh kesejahteraan dan bertambah-tambah keimanan, Amin.

Walaupun terlewat mengirimkan komen bersalut doa begini sempena hari jadi, itu tidak bermakna bahawa abg jarang berziarah ke sini. memang tidak!

Sememangnya jika ada kesempatan abg akan menelaah lukisan jiwa adikku Humaira yang cukup istimewa. :) Teruskan berkarya duhai adikku Humaira yang saya kasihi kerana DIA.

mrmn said...

Salam wbt
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk mendoakan sesuatu buat sahabat2 blog. Dah besar panjang akak humaira, semoga cepat bertemu jodoh soleh. InsyaAllah. Doakan ana juga.

Alhamdulillah, akan mula kerja dah. Semoga jadi murobbi yang lebih tabah dan cekal. Suka sekali berkunjung disini, disebabkan ada kisah terbiyah. Kisah guru dan pelajar.Kisah anak2 kurang upaya. Lantas, didik diri untuk muhasabah selalu.

Teruskan berkongsi. InsyaAllah ,semoga sama2 berusaha menjadi pendakwah di medan masing2.

Baru siap semua urusan .Lagi seminggu tunggu majlis graduasi.

IMANSHAH said...

Salam, selamat menyambut ulang tahun kelahiran..dalam mehnah ada rahmah!!

Izzah Al-Maliziyyah said...

To all of comment...

Alaikumsalam WBT. Terima kasih sudi singgah mendoakan saya. Amin atas doa-doa murni kalian itu. Moga diperkenankan Allah SWT~