Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru, Cikgu!

"Terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur." [al-A'raf: 144]

Tanggal 16 Mei bersua lagi...

Selamat Hari Guru, cikgu!

Selamat Hari Guru, ustazah!

Terima kasih kepada kalian yang mengingati guru sebiasa ini.


Alhamdulillah, tahun kedua saya menyambutnya sebagai guru. Rasa terima kasih juga harus saya ucapkan kepada mereka yang pernah mendidik saya sehingga kini realis seorang guru.

Ya, guru semalam. Guru hari ini. InsyaAllah, guru hingga akhir nanti. Esok dan selamanya sebagai pejuang 'GTO'. Bukan Great Teacher Onizuka. Bukan juga Guru Terhebat Olan. Bukan dan bukan sama sekali.

Siapalah saya untuk berlagak menjadi cikgu Jepun, Eikichi Onizuka. Apatah lagi untuk berangan menjadi cikgu Jawa, Olan Bin Ngadiman. Walaupun saya menyukai watak cikgu-cikgu ini...

Saya tetap saya. Kami tetap kami. Geng cikgu yang sering dicemburui. Geng cikgu yang sememangnya berbakat serba-serbi. Geng cikgu yang mesra dan baik hati. Geng cikgu yang suka masak dan makan tak henti-henti (saya suka makan sahaja).

Kalau bukan kami, Great Teacher OKU, siapa lagi? Kalau bukan kami, Guru Terhebat OKU, siapa lagi? Ya, kamilah pejuang 'GTO' itu. Maafkan saya, andai pengakuan jujur ini berbaur 'masuk bakul dan terangkat sendiri'. Hehe...

Namun, saya akui segalanya masih misteri. Saya masih belajar menjiwai diri, kenapa dan mengapa diri ini terpilih sebagai guru. Terpilih untuk bersama insan-insan istimewa. Adakah kerana saya juga seorang yang istimewa?

Dek kerana persoalan dan alasan itulah, saya masih setia di sini.
Mencari dan terus mencari. Memberi semampu cara sendiri.

Sempena hari kebesaran guru ini, tahniah dan Selamat Hari Guru juga kepada kalian yang bergelar guru. Tekadkan semangat. Tabahkan hati. Perjuangan kita mendidik anak bangsa masih belum selesai. InsyaAllah, dengan terus berusaha, dengan selalu bersabar, sesiapa pun pasti bisa! Ganbatte kudasai~

Nota: Sempena acara pertukaran hadiah antara guru, tahun ini saya dapat hadiah baby comforter. Barangkali, rezeki anak-anak buah agaknya. Barangkali juga...

5 comments:

All About AnaYna said...

Selamat Hari Guru Cikgu!

Izzah Al-Maliziyyah said...

To 'AnaYNa'.. Terima kasih~

dmx said...

Assalamualikaum wkt..

...::: Selamat Hari Guru :::...

*Ustazah Izzah ...moga sentiasa dalam kerahmatan Allah swt selalu.

wAwA aRiFiN said...

kak fizah, ko nak mencari pun tkyah la setia kt cni...kt tempat lain pun leh cari jugak. :D

Izzah Al-Maliziyyah said...

To dmx.. Alaikumsalam WBT. Selamat Hari Guru juga buat cikgu dmx~

To wAwA aRiFiN.. Hehe, selagi terdaya, insyaAllah belajar untuk setia. Em, siapa tahu kan, esok lusa akan berubah hati. Bila terpaksa dan memaksa menguasai segalanya.. wallahu'alam~