Thursday, June 24, 2010

Hampir Hilang Siuman

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” [ali-Imran: 8]

Ini bukan cerita seorang cikgu menghempas kerusi ke kepala anak muridnya. Jauh sekali cerita kekasih menikam bekas kekasihnya. Malah, tiada kaitan dengan sindrom skizofrenia yang pernah melanda amukkan bekas komando, Rambo, Ronaldo dan Sarip Dol.

Hehe, tapi siapa pula yang mengamuk?


Sebelum itu, sila ambil perhatian. Artikel di dada kanvas MyHumairaKu ini bukan sengaja ditulis secara membuta-tuli. Bukan sembarangan untuk mengaibkan sesiapa. Maafkan saya, andai terdapat gelaran yang tidak muluk-muluk buat si fulan dikiaskan di sini.

Al-kisahnya...


Hari ini, entah dari mana kuasa strike Ultraman Cosmos telah menyinggah ke dalam diri muslimah saya. Kejadian 'ala amuk' yang tidak pernah saya jangkakan berlaku. Semuanya gara-gara si fulan yang berjaya menggoncang kewarasan akal saya. Hampir-hampir saya bertindak seperti orang hilang siuman.

Ya, hilang siuman seketika!

Barangkali kesan psikologikal lampau. Kesan rimas yang terpaksa ditahan-tahan. Kesan isu lapuk yang kembali meruncing. Maklumlah, sudah setahun saya berdiam diri tanpa sebarang tindakkan. Tanpa sebarang amaran. Berkali-kali itu juga kebaikkan dan kompromi saya disalahguna. Diambil kesempatan.

Sungguh setahun itu terlalu panjang tempohnya. Sebaliknya, peluang dan kesempatan untuk tidak mengulangi kesilapan seperti disia-siakan. Siapa yang tahu, dalam tempoh ini juga saya hanya diam memendam rasa. Maka, secara automatiknya 'bom jangka' saya mula menghitung detik. Hanya menanti masa untuk meletup.

Fikir saya, tidak perlu sampai bom mengebom. Sebolehnya, biarlah duduk bersemuka ini menemui jalan penyelesaian. Selesai dengan aman dan damai. Ini bukan proses mahkamah. Tiada hakim selayaknya. Tidak perlu junjung menjunjung al-Quran. Yang ada pun, cuma fakta dan auta. Selebihnya, hanya penyaksi-penyaksi bebas yang hebat mengomel di belakang. Bila di depan, semuanya kecut menunduk.

Ada juga si fulan-si fulan yang sempat membuat permintaan agar nama mereka tidak disebut. Tetapi tidak mengapa jika itu kehendak masing-masing. Cuma, bukankah menyampaikan kebenaran merupakan sesuatu yang wajib? Sekalipun sangat pahit untuk dinyatakan. Sedangkan ia juga selaras dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan jangan kamu menyembunyikan keterangan sebagai saksi dan sesiapa yang menyembunyikannya, adalah orang yang busuk hati." [al-Baqarah: 283]

Baiklah, berbalik kepada misi ultra. Di awal 'muqabalah', peluang mempertahankan diri kedua belah pihak agak terkawal. Alhamdulillah, putar belit si fulan masih mampu saya patah-patahkan dengan rasional. Namun, sudah fitrah seorang wanita, adakalanya emosi saya menyekat-nyekat nafas. Kelu juga mahu menyusun kata dan fakta. Bahasa dan intonasi saya pula semakin bersepah.

Akhirnya, kuasa ultra saya mula berkelip-kelip lampu amaran. Situasi kian mendesak. Adrenaline saya terasa mengalir kencang. 'Bom jangka' tidak dijangka. Detik dan terus berdetik laju. Adalah lebih baik saya tidak membuang masa lagi. Mahu baling kerusi? Baling meja? Angkat penumbuk? Angkat sniper? Itu melulu sedungu namanya.

Dengan kewarasan akal yang hampir mencecah tahap minimum, peti suara saya gegar menyaring. Gulungan pengajaran segera dibuat supaya si fulan ini tidak melalut lagi. Pengajaran itu ditegas berkali-kali. Biar ia tersemat. Biar ia menjadi pedoman kalau-kalau si fulan ini teringin untuk menjadi tupai buat kali kedua. Sekali pun bukan di dahan pokok, melompat di atas anak tangga juga besar risikonya.


Selesai. Bom jangka saya selesai meledak!

Saya bingkas bangun meninggalkan kepulan asap berpual-pual di situ.

Untuk makluman, si fulan ini adalah spesis 'buaya tua' yang selayaknya dipanggil abi.
Di sekolah, dihormati sebagai murabbi. Di luar, disegani sebagai tok kadi. Kalau terlalu tebal dompet berisi, elok nikahkan sahaja anak-anak sendiri. Ini dia pula teringin beristeri lagi.

Hendak dihitung bab mohon maafnya kepada saya, memang tidak henti-henti. Dari tanah air hingga ke tanah suci. Makin saya jauhi, makin dia meniti ke mari. Meniti dengan pembaharuan strategi. Tetapi sayangnya, sukar menjadi. Senyap-senyap, ada hati hendak menjadi keladi. Konon-konon keladi sejati. Ala-ala Dato' K memikat Siti. Ala-ala Bung Mokhtar menawan Zizie Ezzete. Huh, geli!

Bila dibiarkan dia bertepuk tangan seorang diri, tergamak pula saya yang disalahi. Ya, asalkan dia dapat menutup keaiban peribadi. Siapa yang tidak panas hati dengan drama swasta garapan 'pak aji' ini. Barangkali sehebat telenovela bersiri yang pernah ditayang di kaca TV. Atau yang pernah anda saksikan secara realiti. Hehe...

Apa pun isunya, mendedahkan kesalahan orang lain bukanlah hal yang utama. Saya tidak berhasrat ke arah itu. Betapa keimanan saya juga ada pasang surutnya. Marilah kita sama-sama mendoakan agar si fulan ini kekal beristighfar. Harap-harap, dia akan insaf beristiqamah sampai ke mati.

Ya Allah, tetapkanlah juga iman kami~

Nota:
1. Astaghfirullah, saya sudah pandai berkata menyampah berkali-kali.

2. 'Buaya tua' lebih banyak asam garamnya. Lebih berusaha berbanding 'buaya muda' yang mudah berputus asa.

3. Pada kalian yang sedia maklum, tidak perlulah kepoh bersok-sek. Artikel ini dimaju bukan untuk disensasikan seperti rancangan Melodi atau Galeksi.


4. Sentiasa berhati-hati dengan berita yang disampaikan oleh golongan fasik. Golongan yang diragui akan keimanan dan keadilannya.

9 comments:

Ibnu Ali said...

Assalamualaikum,

Ni kalau buat ceita melayu bersiri tengok petang2 'layan' juga ni. Hehe.

Tak kisahlah cikgu bagaimana pun keadaannya. Asalkan ianya dalam lingkungan 'dakwah' ianya diharap memberi faedah. Sebab 'peringatan' tu amat berguna kepada mereka yang digelar mukmin.

Kadang2 risau jika ada yang tersinggung. Bila tersinggung takut 'makan dalam' dan simpan sampai mati. Tapi bila teringat ceramah Ustaz ana di sekolah dulu antara kata2 penutup yang menarik

'Salah silap harap dimaafkan, dan yang tersinggung biarkan tersinggung, ini menunjukkan hati-hati tuan puan masih lagi hidup'

Wallahua'lam

imannuha said...

Assalamualaikum!
ohhhhhhh makin menjadi rupanya..ingatkan cerita tu dah lama berakhir!!!!Semoga Izzah sentiasa tetap pendirian..hehehe....

shameel Iskandar said...

Dugaan begini ada dimana-mana. Bersabarlah selalu. Mehnah dan tribulasi selalu menyapa hidup dan kehidupan.

Sedia Maklum said...

biasala... kalau dah kt depan, pengsok-sek mcm kami ni wajib memberi laluan kepada watak2 utama yg lebih arif & tahu jalan cerita untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri. Walaupun tak menyebok/menyampuk pon, tetap kene sembur dgn 'keladi'. Takperlaa...haha~. Kami paham... Kami maafkan sebab kami tau 'keladi' tengah berperang dengan kegatalannya.

*Tringat ayat 'Keladi' hari tu... "Ustaz telah ditelanjangkan di hadapan orang"... Kalau ikutkan, beliau (masih hormat guna perkataan beliau) yang awal2 pakai pakaian yang dah koyak rabak supaya mudah untuk ditelanjangi oleh orang lain. Ho3x...

Unknown said...

salam.

tahniah. diam kita akan diambil kesempatan. tidak bagus jika terlalu diam. membentak berkna kita perjuangkan hak. insyaALlah, kebenaran akan tertegak dan si gagk sesekali tidak akan cuba untuk gagap lagi. tengoklah nanti. saya pernah lalui suasana begini, sekalipun saya adalah lelaki

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Ibnu Ali.. Alaikumsalam WBT ustaz. Em, salah silapnya puas saya maafkan. Hehe entah kenapa lagi dimaaafkan, lagi menjadi-jadi~

To imannuha.. Assalamu'alaikum WBT kak. Biasalah kak, kalau sudah namanya 'keladi', 'keladi' jugak. Strateginya tenggelam timbul, umpama 'menarik rambut di dalam tepung'. InsyaAllah kak, doakan pendirian saya tidak akan tergugah~

To Shameel Iskandar.. Ya, sabar itu penting. Tanpa kesabaran, ikutkan hati rasa nak melenting. Silap-silap ada objek yang terpelanting. Alhamdulillah, belum sampai hati ke tahap itu~

To Sedia Maklum.. Back to surah al-Baqarah: ayat 283. Membetulkan sesuatu di tempat yang betul, adalah sebetul-betul tindakkan.

Ini bukan cerita 'diam-diam ubi berisi'. Saksi tetap saksi. Mana macho kalau hanya arif dan terlebih tahu di belakang sahaja. Cakkk!(Hehe jangan marah ya).

Persoalan mantiknya, 'keladi' terasa malu atau 'keladi' memang membuka peluang untuk dimalukan? Siapa yang memalukannya? Si pembawa cerita atau kesahihan SMS-SMS si tuan 'keladi' itu sendiri?

To Wan Mohd Noor.. Alaikumsalam WBT cikgu. Doakan saya akan lebih matang menangani segala bentuk masalah. Maklum la, asam garam saya baru secubit kalau nak dibandingkan dengan 'orang-orang lama'. Hehe itu sebabnya sokmo asyik terkena dan dibuli sahaja~

Anonymous said...

HuuuHHH...SKSU Wateryam gate scandal...:)

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Anonymous.. 1001 skandal ada di mana-mana. Bezanya cuma pada mereka yang melalui. Sama ada kuat atau tidak berdepan dengan situasi berstatus skandal tersebut.

InsyaAllah, sebelah tangan bertepuk pasti tidak berbunyi. Yang berbunyi hanyalah pengemar-pengemar skandal. Seperti 'panas punggung' jika tidak menunjukkan bakat masing-masing.

Kebiasaannya, bila mereka letih dan bosan, maka akan sunyilah sesebuah skandal ditelan masa. Wallahu'alam~

CS said...

Sobrun Jamiil