Thursday, July 01, 2010

Habuan Cinta

Kerana cinta kita, dahiku rela bertanda...

Kesian. Pemuda mulus ini telah menerima padah angkara berang makwe 'syok sendiri' nya. Pernah beberapa kali, saya terserempak dengan cerita-cerita Amir mengenai teman nurserynya ini. Nina, Nina dan Nina...

Menurut sumber, Amir dikatakan masih dalam keadaan trauma setelah ditolak oleh Nina semasa pertelingkahan mereka. Pertelingkahan kecil yang menyumbang 'habuan cinta' sebanyak lima jahitan di sebelah kanan dahinya.


Barangkali, Amir belum memahami bahawa cinta seorang wanita adalah sejenis emosi.
Bagaimanapun, masih terlalu awal baginya merancang masa depan kerana Amir dan Nina dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.

Alahai Amir, Angah tumpang simpati! Hehe, tetapi sebenarnya, terasa geli hati...

Betul. Tidak mudah memahami jiwa anak-anak sekarang. Anak-anak yang belum mumayyiz dan akil baligh. Anak-anak yang masih selembut rebung. Pada tahap ini, jiwa mereka mudah dilentur dan senang dipengaruhi.

Ibubapa juga seharusnya memberi respond yang tepat kepada salah laku dan cara fikir anak-anak. Tengkingan dan leteran hanya akan meletihkan pada yang memberi dan yang mendengar.


Mudah-mudahan, anak-anak seperti Amir akan membesar sebagai manusia yang harmonis dan seimbang. Baik pada ibadah, akhlak dan pekerti
. Ameen Ya Rabbal'alamin~

Nota: Amir pernah menggelarkan dirinya Aidil, watak pemuda alim dalam drama bersiri Nur Kasih. Tetapi sayangnya, Amir lebih tertarik dengan rancangan realiti Akademi Fantasia berbanding Imam Muda.
Aduh!

3 comments:

`AnaYNa` said...

Salam..lawak la amir yg cute tu..nakkan watak aidil tp suka tgk AF.ekeke!

dmx said...

assalamualikum...
izzah...
suka..ngok view dlm movi tuu
tringat...kampung halaman

salam kejauhan...:)

Izzah Al-Maliziyyah said...

To 'AnaYNa'.. Alaikumsalam WBT Ana. Aha, lawak. Itulah, sekejap alim, sekejap sekular. Entah yang mana satu lekat di hati~

To dmx.. Alaikumsalam WBT dmx. Betul. Ala-ala Tanjong Karang. View kampung yang mendamaikan. Sejuk mata memandang, turun sampai ke hati~