Sunday, June 06, 2010

Tidak Mustahil

Gambar ehsan ILuvIslam.com; Misi kemanusiaan mesti diteruskan

Hari semalam, hari ini, khabar itu telah merusuh jiwa-jiwa kita. Barangkali, dalam rengusan marah yang meluap-luap, mahu sahaja mengepal-ngepal penumbuk. Emosi dan kesumat kita yang dulunya suam, kini kembali terasa panas. Kembali buncah bergelut...

Bukan kita tidak tahu, Israel tetap laknatullah. Inilah 'anak susuan' Amerika yang telah memalukan ibunya sendiri. Memalukan tamaduan manusia. Selagi didokong, dilindungi dan dimanjai sekutunya, sikap biadap Israel tidak akan pernah mengenal tempat.

Keangkuhan dan kebengisannya
bukan baru bermula semalam. Mengusir, menyeksa, merogol, mengebom, membunuh dan menyembelih sudah menjadi darah daging mereka. Patut sangat regim sejahat ini diheret dan diherdik di muka pengadilan dunia.

Sampai hatikah kita hanya dengan mengutuk dan mengecam sahaja?

Benar. Zaman ini bukan zaman retorik. Bukan lagi zaman berkata-berkata. Zaman ini zaman bekerja. Zaman ini zaman berjihad. Berkerja dan berjihad dengan tindakkan, praktikal juga amali dalam mengembalikan tanah watan milik Palestin yang dijarah Israel.

Kesungguhan ini juga bukan sekadar memerdekakan sekeping tanah. Tetapi kepentingan berjihad adalah untuk memandu kebangkitan umat Islam semula. Meninggikan syiar Islam di muka bumi Palestin itu yang amat kita dambakan.


Sungguh rakyat Palestin adalah saudara kita. Saudara seagama kita. Walau bukan saudara Satu Malaysia, kini sudah tiba masanya isu tanah suci mereka dijadikan sebahagian dari isu tempatan kita juga.

InsyaAllah, hanya dengan usaha, kerja keras dan perpaduan di kalangan muslimin seluruhnya, impian ini tidak mustahil. Tetapi harus disegerakan dan bukan bertangguh lagi.

Sebagai rakyat, kita mampu memboikot produk-produk tertentu. Produk yang bersepah gantiannya di pasaran. Sebagai pentadbir negara, pembatalan kontrak APCO Worldwide juga sudah melebihi kemampuan segala...

Atau kita masih mahu kekal dengan ego yang sedia ada? Maka ini bermakna dengan sengaja kita tergamak dan berbangga membantu 'talibarut' Israel. 'Talibarut' yang menjadi sekongkol kepada musuh Allah. Anda sanggup? Na'uzubillah!

Nah, apa lagi ditunggu-tunggu.

Boikot! Batal!

Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!~

Nota:
1. Membaca Israel sebagai Israhell dan Yahudi sebagai Yahudie.

2. Sungguh kita semua akan mati. Beruntunglah kita yang berjuang dan gugur syahid di jalan-Nya.

1 comment:

Ibnu Ali said...

Assalamualaikum Cikgu,

Manakan tidak. Lepas tersungkurnya Sultan Hamid II Khilafah Turki Uthmaniah di tangan YAHUDI/BARAT/KUNCUNYA, lantas mereka terus mencipta blok-blok negara Islam, kemudian diberi kuasa kepada pemimpin Islam yang menjadi proksi kepada mereka.

Mereka ni tak perlu mengaku Yahudi pun, cuma ikut telunjuk Yahudi. Perancangan jangka masa panjang ini berjaya hingga kini.

Lihat sahaja talam dua muka kerajaan Malaysia. Dalam pasport tertera:

"Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali ISRAEL"

Kalau kita perhatikan, atau kita faham laras bahasa ini, Malaysia "IKTIRAF ISRAEL SEBAGAI SEBUAH NEGARA".

Cuma hubungan diplomasinya sahaja tiada.

Negara mana di dunia yang tidak mengiktiraf ISRAEL sebagai sebuah negara? Tak silap ana IRAN sahaja.