Monday, January 17, 2011

Bila Cinta

"Bila ada seorang yang agama dan akhlaknya telah engkau sukai, datang kepadamu melamar, maka terimalah lamarannya. Bila tidak, nescaya akan terjadi kekacauan dan kerosakan besar di muka bumi." [Riwayat At-Tirmizy dan lainnya]

Bila cinta mula bersemi

Jangan terburu-buru hingga membuta-tuli

Kelak engkau mengulangi pahit nasib Laila bintu Al-Judi


Bila cinta mula bergelora

Jangan terkejar-kejar hingga hilang waspada

Kelak engkau mengulangi malang nasib Rithah Al-Hamqa

Bila cinta itu kurniaan dari Yang Maha Esa

Sambutlah ia dengan bijaksana

Sebagaimana Ummu Salamah yang dimaqbulkan doanya~

Nota: Puisi Bila cinta ini saya mahu tinggalkan ia dengan tanda istifham...


11 comments:

IMANSHAH said...

Ingatkan lirik bila Cinta Lagenda budak Setan..wahah.

Indah bahasanya, dan ada pengajaran di situ. KEnapa doa Ummu Salamah tidak dimakbul?

RuMaH TuA said...

bermakna... (",)

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Cikgu Imanshah...

Terima kasih. Em, maaf cikgu. Saya kurang tahu menahu tentang filem itu.

Sebenarnya doa dan kesabaran Ummu Salamah berhasil. Biarpun wanita ini pernah menolak lamaran Abu Bakar as-Siddiq dan Umar bin al-Khattab, akhirnya kebimbangan Ummahatul Mukminin ini terjawab.

Beliau dilamar sendiri oleh sebaik-baik manusia, yakni Rasulullah SAW. Tetapi lamaran itu tidak segera diterimanya.

Ummu Salamah mengungkap kata-kata, antaranya... "Sesungguh saya seorang wanita yang telah berusia... " Wallahu'alam~


To BaiTiL a'tiQa...

Benar. Sangat bermakna di antara Laila, Rithah dan Salamah. Kisah-kisah yang wajar dijadikan panduan dan teladan.

Bahkan kisah Rithah seorang perempuan yang mengurai benangnya ada disebut di dalam al-Quran [an-Nahl: 92]~

$hakirShafiee™ said...

yg penuh dengan pertanyaan..

CS said...

Assalamualaikum w.b.t

Bila cinta hadir,
Sambutlah ia dengan penuh syukur,
Bila cinta datang,
Tatanglah ia dengan penuh perhatian,
Bila ia cinta yang sebenar cinta,
Lapangkanlah hatimu,
Izinkan ia bermukim,
Kerana ia mungkin cinta yang tidak akan hadir lagi~~~

**hapuskanlah duka lama, noktahkanlah kisah lalu.

wish u all d best...InsyaAllah.

Izzah Al-Maliziyyah said...

To $hakirShafiee...

Istifham. Ya, biarlah sementara ini segalanya terus menjadi rahsia~


To CS aka My Ex-Roomate Peringgit,

Alaikumsalam wbt...

Entahlah CS. Masih was-was untuk buka cerita baru. Kekadang dengan lapang hati semuanya dilepas berlalu di depan mata. Mengalir dan terus mengalir pergi~

Tambahan: Masihkah CS ingat siapa kita di bilik comel itu? Hehe sedar-sedar kita sudah bertambah dewasa ya. CS pun sudah berdua.

Ibnu Ali said...

Bila cinta yang tidak dimaknakan. Mari kita raikan cinta!
Memaknakan cinta...

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Ibnu Ali...

Memaknakan cinta juga sebahagian dari hakikat jihad. Jihad yang berlandaskan syariat ya Ustaz Akhmal~

Anonymous said...

Cinta
Ungkapan terlalu indah
Menyingkap luahan berbeza-beza
dimengerti atau difahami
dirasai atau dikecapi

Cinta Zulaika diselimuti tipu daya
Cinta gelora, bermula dosa
Luahan rasa, penzahiran berbeza

Cinta Yusuf...
SATU yang tahu
Cinta bersemi dibuku hati

Cinta bersembunyi

Perasaan yang merasainya
Pemikiran yang memikirnya
Meresap ke dalam lipatan hati
Memunculkan Cinta Abadi


(Surah Yusuf, 12: 29 - 32)

(*___^)
Moga berupaya mengecapinya, InsyaAllah

Ibnu Ali said...

Alhamdulillah, begitulah jika kita memaknakan cinta dengan makna yang sebenar...

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Anonymous...

Sedap puisi kamu. Terima kasih mendoakan saya. Semoga terbaik untuk kamu juga~


To Ibnu Ali...

InsyaAllah. Dalam mihrab cintaku berdoa pada-Nya. Semoga... ~