Monday, January 10, 2011

Salam Takziah

"Setiap jiwa akan merasai kematian. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada kami." [al-Anbiya': 35]

Kematian
.

Sebenar-benar makna 'kehilangan' yang tiada berganti
.

Menerima perkhabaran itu bukanlah sesuatu yang dipinta
. Ya. Walaupun khabar sedih tersebut bukan datangnya dari kalangan keluarga terdekat kita. Namun, sedikit-sebanyak ia tetap menyuntik rasa bukan?

Dan saat saya menyudahkan baris-baris terakhir catatan singkat ini, saya sebenarnya sedang berkongsi rasa itu.
Tanpa dipaksa, berbalam-balam menyelubungi jiwa.

Semoga Allah mengurniakan kekuatan tsabat dan sabar kepada jiwa mereka yang menempuh ujian getir ini.

Ya Allah, cukuplah perkhabaran kematian menjadi peringatan buat kami yang akan menyusul pula.

Al-Fatihah~

Nota:
1. Ahad, 26 Disember 2010. Waktu panggilan 10.02 pagi dari Mesir.

2. Isnin, 10 Januari 2011. Waktu panggilan 7.32 malam dari Malaysia.


3. Salam takziah buat kedua-dua sahabat saya yang telah kehilangan bonda tercinta. "Semoga Allah membesarkan pahalamu dan membaikkan kesabaranmu dan mengampunkan bagi bondamu."


5 comments:

$hakirShafiee™ said...

alfatihah~~`

IMANSHAH said...

pernah mengalami duka yang sama

salam takziah

Izzah Al-Maliziyyah said...

To ShakirShafiee™...

Al-Fatihah..Ameen. Allah yubarik fik ya akhi~



To Cikgu Imanshah...

Allah menguji cikgu dengan ujian itu kerana Dia Maha Tahu cikgu juga mampu menghadapinya~

مسافر اسلام said...

Assalammualaikom wtb ya ukti. Khaifahaluki? Allhamdullah ziarah blog ana. Ana jarang ke blog buat masa ini, hal dunia mengherot ana kemasa semasa.

Setiap manusia di uji Allah, bukan hanya dugaan dunia, mahupun dugaan kematian sekalipun. Al-Fatihah.

JazakaAllah

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Musafir Islam...

Alaikumsalam wbt. Alhamdulillah, bikhair. Kullu ya Rabb wa enta thoiyyib.

Semoga kita diberi kekuatan jiwa yang sabar. Sebagaimana Rasulullah dan sahabat yang abrar~