Friday, January 21, 2011

Sila Ambil Kesah!

“...Oleh itu mahukah kamu berhenti daripada melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?" [al-Ma'idah: 91]

Pernahkah anda terlihat kelibat papan notis sebegini?

Sungguhpun nampak uzur bersopak, tetapi ia tidak jemu-jemu berhujan berpanas di situ. Taat terpampang memberi peringatan kepada yang 'jenuh taat'. Dan hanya yang 'tunggul' sahaja melihat ia tidak lebih dari sekeping papan tunggul semata-mata.

Tidak membawa makna apa-apa.

Bagi mereka, jika MDSB hendak menambah sepuluh papan notis lagi pun mereka tidak kesah. Taja dan pacaklah. Mereka tidak heran dan hairan. Apa yang mereka lebih kesahkan adalah habuan. Habuan 'mudah' untuk menjayakan harapan mereka yang melangit.

Justeru, 'langganan nasib' inilah sebahagian dari habuan (jika mengena) dalam memburu segala bentuk impian-impiana mereka itu. Kalian tahu? Kereta dan kediaman mereka belum cukup mewah dan besar. Pangkat mereka belum cukup gah untuk diwar-war. Harta dan pengaruh mereka belum cukup kukuh untuk membina empayar.

Pendek kata, serba-serbi belum cukup untuk mengajar mereka erti syukur.

Oleh yang demikian, ada MDSB mahu kesah dan tolong cukupkan?

Fikir saya, kalaulah papan notis ini boleh bersuara lantang, tentu nada sinikalnya berbunyi begini...

"Tidak mengapa. Aku mahu kesah. Aku pelik dengan Melayu
. Dan aku lagi jelek dengan Melayu bernama Islam. Semangatnya kuat, tetapi selalu tidak bertempat. Semakin berpangkat, berilmu, entah kenapa semakin dungu. Pandai baca Rumi Jawi, sayang sekali tak faham bahasa. Hish, memalukan agama dan kerjaya sahaja. Kau tolong tegur-tegurkan mereka. Mereka itu bukan siapa-siapa. Suku-sakat seangkatan, rakan taulan kau juga."

Astaghfirullah. Saya mengucap panjang. Sungguh sama sekali saya tidak menyangka. Terasa seperti ditibai sama.

Ya. Memang ada betulnya. Islam itu agama peduli dan ambil berat. Agama yang bersifat mengambil tahu. Tetapi perlu kena dengan caranya. Dalam mengambil kesah kita harus berpegang pada asas tahassus. Saya ulang, tahassus ya. Dan bukannya tajassus.

Lihat kembali pada dasar niat kita. Adakah soal mengambil berat ini demi kebaikan seseorang? Atau adakah sebaliknya, sekadar mahu menjatuhkan seseorang? Sejujurnya, tradisi tajassus inilah yang sering saya temui. Selalu terhidu. Pelik dan sangat jelek!

Baiklah. Tetapi mengapa perlu kepada tahassus?

Rasionalnya, bukankah Allah SWT tidak menjadikan manusia ini berdiri tunggal tidak berhajat kepada manusia lain. Siapa tahu, takdir Allah Taala selalunya tidak mustahil.

Esok lusa dibuatnya si fulan bin si fulan ini menjadi sebahagian dari keluarga saya. Barangkali bapa mertua atau sedara-mara saya. Bukankah, pada masa itu saya juga yang haru-biru. Terdiam membisu.

Tentu. Sedangkan hubungan yang sekarang ini pun saya sudah terasa malunya.

Maka, sila ambil kesah!

Berkatalah yang benar walaupun pahit. Sekalipun yang benar itu bisa merentan hati yang dikesahkan. Mohon pada-Nya, Rabbuna yusahhil~

Nota Eksklusif:
1. Sila jauhi melanggan nasib. Ia bukan sahaja suatu kesalahan. Suatu keaiban juga.

2. 'Man jadda wa jada wa Man zar'a hasoda wa Man kasal fa shala'. Boleh? (Signifikan bukan sahaja untuk orang Islam).



4 comments:

Ibnu Ali said...

Saidina Umar r.a. sendiri pernah berkata:

"Kita ini adalah orang-orang yang paling hina lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Kalau kita mencari kemuliaan pada selain Islam maka Allah akan menghinakan kita lagi"

IMANSHAH said...

salam

kubur lain2..itu jawapan klise

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Ibnu Ali...

Begitulah jika mulia yang diberi, tidak mahu dipelihara. Maka, dimana dan setinggi mana bertakhta pun, tiada siapa yang sudi hormat~


To Imanshah...

Hehe, itu jawapan orang sombong. Takut nanti diherdik orang suruh ke kubur sendiri dan kambus sendiri selepas mati.

Kita harus ambil kesah. Ambil peduli. Baik dalam soal menegakkan hak Allah Subhanahu wa Taala, mahu pun pada menunaikan tuntutan hablun min al-naas. Wallahu'alam~

ani yunan said...

Salam ziarah. Nice blog.