Friday, March 04, 2011

Sempena 4 Mac Ini

"Dan orang-orang yang mendapat petunjuk (hidayah), Allah akan menambah petunjuk kepada mereka dan menganugerahi ketakwaan mereka." [Muhammad: 17]

Sempena 4 Mac Ini

Saat
diri merasa cukup dengan segala nikmat pemberian

Saat diri melafaz syukur atas segala penganugerahan

Sungguh dalam diam, tiada malu mengharapkan

Sinar hidayah yang bernilai syurga

Selagi mana berbaki usia dan berhembus nyawa

Sebagai hamba-Nya...

Izzahnm @ Izzah al-Maliziyyah
29 Rabiul Awal 1432H
~Big River, Darul Ehsan~


Nota: Jazakumullah khairan kathira atas ucapan doa dan iringan hadiah kalian bersempena 'hari kedewasaan' ini.

9 comments:

Anonymous said...

salam alaik akk...

org slalu ckp,nanti dah sampai hidayah insyaAllah la saya akan buat......cthnya:pakai tudung..

hidayahkan perlu dicari

adakah sesuatu bnda yg wajib di buat perlukan hidayah dahulu untk kita laksanakannya

mcm mana kita nk bls blk org yg ckp mcm ni

~fatanah~

مسافر اسلام said...

Assalammualaikom wtb ya ukti, kahaifahaluki?

Teruskan dahwah dan muhasabah diri sepanjang masa. Semoga ia sebagai asbab Hidayah seluruh alam.

JazakaAllah

Ibnu Ali said...

@ Anonymous

Hidayah ni petunjuk. Pentunjuk ni Al Quran dan Sunnah. Maknanya bagi yang cari dia kan dapat jika kena cara mencarinya.

Allah pemberi petunjuk. Semua dapat hidayah kecuali yang enggan menerimanya. Yang menjadi masalah ialah yang enggan menerima. Bukan masalah bagi petunjuk tersebut.

Pentunjuk juga termasuk dalam perkara yang wajib dilaksanakan. Bahkan ianya pertama dilaksanakan jika dapat petunjuk.

Dapat petunjuk bermakna dia dapat iman untuk laksana syariat. Bermkana kekurangan tersebut bukan pada petunjuk. Tapi pada kekurangan iman.

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Anonymous...

'Alaikumsalam wbt Fatanah. Begitulah kebiasaannya yang kita dengar. Ayat klise ala-ala artis. Belum cukup ikhlas kerana Allah. Belum terima hidayah. Tunggu bernazar dan sebagainya.

Soal menutup aurat seperti berjilbab/ berkerudung adalah perintah dan arahan Allah. Jelas sekali di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Mahu tidak mahu, level pertama adalah wajib laksanakan perintah sebagaimana suruhan lain. Tanpa beralasan tunggu itu dan ini.

Tetapi jika ayat 'ala-ala artis' itu masih tidak segan silu, masih lagi buat 'pekak badak', bolehlah kemukakan pengajaran ini:

Ya, tunggulah... "Sehingga masuk kubur." [at-Takathur: 2]

Wallahu'alam~



To Musafir Islam...

'Alaikumsalam wbt. Alhamdulillah, bikhair. Ana asifah. Rasanya sudah lama tidak dapat berkunjung ke Fajar Subuh.

Ada sedikit masalah. Laptop saya akan stuck jika ke page yang mempunyai widget radio seperti blog saudara.

Wallahu'alam. InsyaAllah akan cuba diatasi pada masa mendatang~



To Ibnu Ali...

Syukran jazilan ya ustaz. Hujah yang jelas dan terang. Semoga ada manfaatnya bersama~

ayschaanur said...

semoga lebih diberkati umur & kehidupan enti =) aminn..

Anonymous said...

jazakillah akk ats komen n pendapat..

sorry sy nk tanye lg..nape org kita x utamakn menutup aurat..sedangkan bnda tu wajib..klu x ttp aurat x sah solat...

org amalkan yg rukun islam 5 tu je...syahadah,solat,puasa,zakat n haji.,mcm mana nk bg kefahaman n kesedaran bhw mntup aurat tu perkara yg wajib n penting..

~fatanah~

IMANSHAH said...

salam

saya juga lama tak berkunjung di sini. alhamdulillah, pengajian apa tu??

semoga segalanya dipermudahkan

Anonymous said...

Izinkanlah saya berkongsi duhai adikku Izzah di sini, moga-moga adikku Fatanah akan berterusan istiqamah, InsyaAllah... Salamelekom, wbt buat adik berdua.

Syabas dan tahniah! Begitulah minda nan jernih, pasti mencari jawapan pada persoalan yang belum pasti. Namun, tidak semua jawapan akan ditemui, kerana yang pasti, semakin mencari, semakin berbuih-buihlah kesukaran ditemui. Itu realiti kehidupan duniawi.

Nasihat buat adikku Fatanah untuk dikongsi, jadikanlah redha NYA sebagai ukuran sebenar kejayaan dakwah, kerana tidak semua nasihat yang diberikan kelak diterima oleh semua makhluk-NYA. Itu satu realiti, lebih-lebih lagi dakwah Rasulullah sendiri sehingga kini, masih ada yang tidak mahu mempercayainya. Itu sunnah nabi.

Usah diharap bulah jatuh ke riba tanpa usaha gigih melakukannya. (*___^)

Mengenai perlakuan menutup aurat, ada beberapa pandangan mengenainya, lalu pelbagailah jawapan yang terserlah. Bergantung pada keimanan yang ada.

Lalu, bukan tugas kita mendesak seseorang supaya mengikut pandangan yang kita ada. Kita hanya mampu berkongsi mengenainya.

Untuk mengakhiri contengan ini, saya amat bersetuju berkenaan pandangan saudaraku Ibnu Ali. Jawapan persoalan adikku Fatanah ada didalamnya.

Abgbent
(*___^)

Anonymous said...

salam alaik semua

jazakumullah kpd yg sudi memberi komentar..

benarlah iman adlah segala2nya..

lagi satu,kerana budaya tidak memakai tudung sudah mendarah daging dlm masyarakat kita sbnarnya..x memakai tudung boleh d terima oleh masyarakt walupun hakikat bnda itu wajib..moga kita semua sentiasa d beri hidayah n keimanan...

~fatanah~