Tuesday, March 22, 2011

Adik-Adikku, InsyaAllah Boleh!

"Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang bertujuan menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan." [al-Luqman: 6]

Setelah berpetang-petang siarannya, malam tadi, tamam sudah acara kemuncak rancangan Adik-Adikku Musim Ke-2. Senyap-senyap ada yang setia mengikuti perjalanan rancangan ini sedari awal kemunculannya lagi. Tidak kurang, ada juga yang langsung tidak sedar serta 'memandang sebelah mata' akan kehadiran adik-adik petah di saluran 1.

Tidak mengapa.

Mereka ada pilihan hati mereka sendiri.

Kalian ada pilihan hati kalian sendiri.

Dan saya juga ada pilihan hati saya sendiri.

Bagi saya, rancangan ini boleh diklasifikasikan sebagai warna-warni hiburan yang mampu mendidik jiwa. Sebuah rancangan TV yang mendorong pengisian minda. Dan semestinya sebuah program realiti yang menyediakan tapak akademi kepada penda'ie-penda'ie muda.


Tahniah!

Terutamanya kepada pihak JAKIM dan RTM yang sudi menjadi penerbit bersama. Tidak dilupa, penaja-penaja hadiah berfaedah yang bermurah hati menaja. Lebih-lebih lagi, mabruk'alaikum kepada para murabbi yang beridea dalam mengetengahkan bakat-bakat cilik kita.


Sungguh tidak dinafikan, kesemua finalis rancangan ini telah berjaya 'menyihir' penonton dengan pelbagai teknik persembahan yang sangat berbakat. Bahkan, aksi mereka dilihat konsisten serta memikat. Isi penyampaian juga diadun dengan baik supaya bijak menasihat walaupun adakalanya sedikit menyengat.

Pasti sekali, ramai yang memuji-muji program kerohanian ini. Ya, terbaik. Hebat dan wajar diteruskan lagi.


Setuju!

Saya sendiri memang terasa puas dengan sajian ampuh sebegini. Berbanding lambakan program realiti lain yang entah apa-apa mengarutnya. Sudahlah 'tidak sihat', membazir dan melalaikan masyarakat.

Berbalik kepada pentas akhir realiti 'Adik-Adikku', cuma pada malam tadi saya agak kepelikkan. Ralat dan masih lagi tertanya-tanya kerelevanan lagu nyanyian Siti.

Macam 'lari tajuk' pulak!

Entah kenapa pada musim ini, pihak penganjur menampilkan 'mereka' dalam rancangan sebegini.

Perlu sangatkah?

Aha, tapi kenapa ya?

Adakah kerana yang seorang itu tersohor nombor satu Malaysia. Dan yang seorang lagi itu ikon jelitawan Permata Negara? Bukankah 'mereka' selayaknya angun bergaya segelamor biasa? Dan tidak hipokrisi sebagaimana 'mereka' berpenampilan di pentas anugerah popular lain?

Sungguh. Jujur saya katakan, 'mereka' terbabit telah menjadikan pentas akhir rancangan bercorak Islami ini agak jengkel dan 'kurang kena' kesesuaiannya. Sedikit sebanyak kehadiran 'mereka' yang tidak diperlukan ini boleh mengecewakan mood peminat 'Adik-Adikku'.

Bukan apa. Persepsi orang yang melihat kita banyak bergantung kepada cara kita berpakaian. Bukankah ia menjadi aib jika kita mempersendakan bab tudung kepala sendiri? Bahkan, ia boleh menimbulkan fitnah kepada Islam.

Sudahnya, buat mata-mata yang menonton sedap mengata sahaja.

Diharapkan untuk musim mendatang, pihak penganjur dapat menapis dan menyesuaikan para jemputan yang lebih terpilih akhlak teladannya. Biar aura dan seri rancangan ini tidak 'selekeh' dek yang bernama 'Dato dan Seri'.

Tambahan pula ini rancangan berjenama Islamik. Dikhaskan untuk anak-anak yang masih rebung. Risau juga kalau-kalau pemikiran mereka bercampur-baur dan keliru. Maklum sahaja, ini bukan pentas akademi sebagaimana pentas 'rebung' Idola Kecil atau Tom-Tom Bak beraksi.

Apa pun, tahniah sekali lagi untuk rancangan sebagus ini.

Sama-samalah kita mengislahkan diri.

Adik-Adikku, insyaAllah boleh!


Nota: Nantikan pula rancangan abang-abang dan kakakku di pentas final AQ Musim Ke-5!

5 comments:

Ibnu Ali said...

Terkejut sekejap salah seorang murabbi ialah Ustaz Fauzan Madzlan. Senior di Mesir dahulu.

Tapi sayang, program sebegini tidak mendapat liputan meluas seperti pidacil di Indonesia. Kalau tergodeh2 channel petang2 hari ternampak, barulah tahu.

Bagaimanapun tahniah buat penerbit! Anda mesti berani di dalam RTM!

CikguKajai said...

Wa... akak dah boleh jadi juri tetap dah ni.. komen yang mantop..:)

Alangkah baiknya kalau dapat buat kat skolah... tp guru besau nanti cakap; "jangan!!!,nanti bbudak tak belajar, tak masuk kelas, PPD marah.. peruntukan takde.."

Hmm.. sampai ke sudah la...
( terus tergelak termuncung2)

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Ibnu Ali...

Ya, untuk perkara kebaikan, mesti berani. Bukan sahaja di dalam RTM. Di mana jua mesti ada keberanian~

Tambahan:
RTM hanya menyediakan liputan meluas untuk 'program realiti politikus'.


To CikguKajai...

Jika diizinkan-Nya, tetap dan berpencen..hehe~

Tambahan:
Ada tak jawatan juri profesional DG**?

IMANSHAH said...

salam

terlepas pandang..nafsu menonton dah hilang..sungguh, saya hanya menonton bola sahaja

CikguKajai said...

Juri pro DG?? hehe..ada.. Boleh apply, dan... yang paling penting kena ada cop mohor..

p/s; Jgn lupa bagi bold kat DG tu nanti ye...

#Bagi saya jadi tukang cop nye pun..jadilah...emmm..

Selamat menulis lagi karya-karya sebegini,moga dunia persuratan Melayu Muslim menganjak masyarakat ke arah 'Baldatun khair wa rabbun ghafur'