Wednesday, April 13, 2011

Anekdot Tentang Gadis Bernama MARIA

"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi jangan melampaui batas. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas." [al-Baqarah: 190]

Terus-terang.

Sementelah momentem menulis saya ini sedang menurun, saya mahu duduk diam-diam. Berkonsentrasi meladeni seorang gadis bernama Mary (Maria).

Sebenarnya, sejak 2009 lagi saya berhajat mahu bersama Maria. Sahabat-sahabat saya ada berbisik-bisik memperkenalkannya. Malah, ada juga yang sudi menawarkan Maria untuk dipinjamkan.

Seingat saya, ketika itu Maria belum lagi berada dalam pasaran buku Malaysia. Cuma berlegar-legar sekitar Mesir, hasil keluaran PMRAM. Dan pertengahan 2010, PTS Islamika Sdn. Bhd telah berjaya mengambil peluang bagi terbitan pertama tanah air. Tahniah!

Alhamdulillah. Saya sudah mendapatkannya penghujung tahun lepas bersama kumpulan karya lain. Cuma baru sekarang tiba giliran dan berkesempatan untuk Maria. Itu pun setelah puas mengakrabi 'Sumayyah'.

Kini, hasil garapan penulis terkemuka Turki, Emine Uzqan Syenlikogiu yang diterjemahan oleh Tuan Mohd Rofizi Dollah mesra di tangan saya.
Apa yang menarik, kedua-dua penulis dan penterjemah Maria ini pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Mengikut coretan Emine atau Aminah, penulisannya ini berkisar tentang sebuah kisah benar yang pernah didengarinya sendiri. Sebuah kisah yang berlaku di negara Jerman sekitar tahun 30-an. Mengetengahkan episod konflik-pergelutan tiga penjuru, Islam-Ateis-Kristian.

Bagi saya, persoalan cinta yang diselitkan jatuh perkara kedua.

Membaca karya sastera Islami ini, saya menemukan petikan di bawah. Dalam bab berkaitan persidangan sulit tahunan bagi gerakan berfahaman Ateis. Sebahagian dari agenda jahat yang diboldkan ini sangat membuatkan emosi saya bergalau:

"...Perlu diingat, kita tidak akan berjaya mempengaruhi pelajar secara lebih berkesan kecuali dengan cara mempengaruhi sekolah-sekolah, lebih tepat lagi mempengaruhi yayasan-yayasan dan kementerian yang mengendalikan sekolah-sekolah. Pada hemat saya, cara yang terbaik adalah dengan menubuhkan berbagai-bagai persatuan serta memberi hadiah sebagai penghargaan kepada penyelia yang mengendalikan persatuan itu."

"Untuk pengetahuan tuan-tuan sekalian, cara ini adalah langkah yang berkesan bagi mempengaruhi keperibadian yang kurang iman..."

"Pada hemat saya, mungkin dengan cara psikologi seperti ini juga, kita dapat mempengaruhi para ulama Islam, iaitu dengan membahagikan mereka kepada dua bahagian; ulama yang taksub dan ulama yang mempunyai fikiran terbuka."

"Tuan-tuan yang dihormati, saya rasa kita juga boleh tambahkan lagi strategi gerakan ini iaitu perlaksanaan projek ibu tunggal (
single parent) yang melahirkan anak zina. Sekiranya masyarakat dapat menerimanya, ia adalah satu kejayaan besar bagi kita, Timur dan Barat. Dari itu, sama-samalah kita pertahankan revolusi ini."

"Tuan-tuan yang dikasihi, usaha tuan-tuan mempengaruhi wanita Islam sehinggakan mereka sanggup berbogel adalah hasil yang baik. Jangan lupa, wanita yang sanggup menanggalkan tudung kepalanya atas slogan kemodenan suatu masa kelak tanpa segan silu menanggalkan pakaian dalamnya pula. Semua ini bergantung pada usaha kita. Walau bagaimanapun, tuan-tuan jangan berasa pelik dengan keadaan serta suasana negara hari ini, kerana ia adalah negara tuan-tuan, dan negara tuan-tuan juga adalah negara kami."

Begitulah realitinya.

Senyap-senyap, Islam hari ini sudah lama terancam dari segenap lapisan. Tangan-tangan itu telah dan sedang giat berusaha. Sedaya-upaya mereka akan terus memperkosakan Islam sehingga ranap dan lenyap.

Dan kita, apakah sebenarnya yang kita sedang perjudikan untuk Islam kita?

Atas nama Islam yang dianuti, sejauh manakah perlaksanaan taklif kita sebagai muslim sejati?

Untuk menjawabnya, saya sendiri malu. Makanya, saya tidak berhasrat melanjutkan persoalan lagi.

Cukuplah anekdot ini tumpang menggambarkan. Cukuplah anekdot ini tumpang menyedarkan kita yang terkadang ghaflah dibuai keasyikan duniawi. Dan moga-moga ia juga dapat mengingatkan kita yang hanya selesa sebagai Islam 'cukup-cukup makan'.

Ya. 'Cukup-cukup makan' hingga terpaksa pula 'sampai hati' melihat kepincangan tunggang terbalik Islam kita sendiri.

Noktah.

Oh ya. Sepatutnya untuk Maria, satu dua hari sudah memadai. Akan tetapi dek kerana sering terlelap pulas, Maria dan saya terpaksa intim berhari-hari.
Jadinya, adalah lebih sedap menyelak-nyelak Maria satu dua bab ketika sarapan subuh. Segar dan lapang.

Saya mahu habis menikmatinya. Sambil berhibur mengisi masa, akan tetapi apa yang lebih penting, saya mahu dihidangkan dengan provokasi pemikiran dan ideologi.

Semoga ia bermanfaat~

Nota:
1. Sadis. Undang-undang Perancis sudah mengharamkan purdah untuk wanita Islam di sana. Sebaliknya 'dihalalkan' wanita yang mahu mendedahkan payu dara di Cannes
. Itu negara orang. Tetapi itu juga Islam kita.

2. Bertambah sadis di Malaysia. Macam-macam semakin 'loghat'. Sekolah Harapan, Jasin direkodkan produktif. Melaka bertambah maju dengan projek 'single parent'. Itu negeri orang. Tetapi itu juga Islam kita.

3. Syukran jazilan kepada sahabat budiman yang sudi menghadiahkan saya karya Tuan Sabariah Tuan Ishak. Sebuah buku kecil hasil rakaman intipati hidup sebagai seorang 'Bidadari Dari Timur (Memoir Isteri Seorang Pejuang)', Ustaz Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

6 comments:

Dinas Aldi said...

takut membaca petikan tu. walaupun bukan perkara baru tapi masih takut setiap kali mendengar mengenainya..

CKsr said...

Salam, selamat membaca 'Maria' dan nanti bila dah selesai, saya cadangkan, agar memperbanyakkan tulisan yang menyentuh hal ehwal pendidikan dan ulama'. Menarik bab ulama'terbuka dan taksub tu.. KPI tahap islam dgn Islam cukup-cukup makan mcm kelakar tp serius tu...

IMANSHAH said...

salam
dah baca negara 5 menara??

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Dinas Aldi...

Semoga takut dan risau itu akan menjadikan kita lebih berhati-hati dan prihatin~



To CKsr...

A'laikumsalam wbt. Terima kasih cikgu. Berkenaan ulasan lanjut, saya belum terfikir untuk dikhususkan entry khas. InsyaAllah~



To Imanshah...

A'laikumsalam wbt. Belum mengulit isinya. Tetapi sudah menerjah sinopsisnya tahun lepas. Ya, boleh mengagak ada 'sakti dan magisnya' yang tersendiri.

InsyaAllah telah dilistkan sebagai buku 'wajib sambar' di KLBF 2011~

Tambahan:
Minimal correction pada tajuk buku. Bukan Negara. Tetapi Negeri 5 Menara terbitan Gramedia Pustaka Utama.

Ibnu Ali said...

Assalamualaikum,

Maria merupakan novel pertama saya baca. Bahkan sebelum ini amat tidak berminat langsung dengan membaca Novel. Maria memberikan pendedahan demi pendedahan perancangan musuh.

Gaya penterjemahan yang cukup menarik minat. Sehinggakan saya membelinya 10 naskhah dan jualkannya kepada adik beradik dan kawan2 di Malaysia dulu.

14 April 2009 Saya Pernah Jatuh Cinta dengan Maria http://kalam-ummah-home-v02-5165.blogspot.com/2009/04/saya-pernah-jatuh-cinta-dengan-maria.html.

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Ibnu Ali...

A'laikumsalam wbt Ustaz Akhmal. Cukupkah bercinta dengan 'Maria' sahaja? Cuba-cubalah bercinta dengan yang lain pula~

Tambahan:
Semoga Allah memberkahi kamu atas segalanya. Ameen~