Thursday, February 12, 2009

Manis di luar, perit di dalam...


Februari tahun lepas mengingatkan saya tentang sakit dan wad. Baru lagi bulan kedua di IPPM, demam saya menjadi-jadi dan berlarutan hampir seminggu. Akhirnya, dipaksa ke hospital. Setelah mendapatkan rawatan, saya ditahan di wad kecemasan Hospital Besar Melaka.

Alhamdulillah, Februari kembali...


Sudah seminggu lebih ulcus bermaharajalela. Ini bermakna sudah seminggu lebih juga saya menanggung sengsara di sekitar bibir dan bahagian dalam rongga mulut. Inilah azab ulcus.
Nampak di luar manis tersenyum, tapi hakikat di dalam perit terseksa.

Beradoi je...

Untuk pengetahuan pembaca, ulcus ni berasal daripada perkataan Latin yang selalu disebut sebagai ulser mulut. Biasanya
ia wujud seakan-akan kawah dengan bukaan berwarna putih atau kuning. Dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah dan mempunyai saiz sekitar 2-5mm.

Kali ini
, ulcus di dalam mulut saya wujud lebih daripada satu 'kawah' di kawasan yang berbeza. Malah ia mengakibatkan dinding mulut dan gusi saya sedikit membengkak dan cedera. Penyakit ini memang menyeksakan yang empunya badan. Biarpun ia kerap terjadi di musim panas, tetapi ulcus bukanlah dikategorikan sebagai penyakit berjangkit.

Sakitnya banyak membataskan saya untuk bercakap seindah biasa. Paling tidak tahan apabila hendak menggosok gigi dan makan. Namun, makan tetap makan walaupun sedikit dan berpantang menu. Saya berusaha mengunyah sedaya yang mungkin. Tak sangka juga, sejak kehadiran ulcus nampaknya saya mudah pula untuk mendapatkan ais-krim. Dua hari berturut-turut dapat pekena ais-krim. Nikmatnya!


Selagi ulcus bermukim, selagi itu saya perlu menahan sabar dan banyakkan minum air masak. InsyaAllah ia akan beransur pergi dalam masa tiga minggu. Mudah-mudahan sepanjang menanggung perit ni, senyum saya semakin murah~


5 comments:

Mohd Hafizi said...

Syafakillah~

Ibnu Saif said...

Salam.. akak... Cuba try Nih.. Letak GaraM kt ulcer tuh.. Fuhhhh.... Sedap eh kak... sakit... tapi mmg sedap pas tu...

tapi kalo x tah sakit.. akak x yah buat laa camtu... cuba beli ubat tuk ulcer mulut nih kt pharmacy mane2..

pas letak ubat.. insyaAllah 1-2 hari sembuh laa tuh... :-)

Aisya Humaira said...

Assalamu'alaikum WBT to Hafizi... jazakallah khairon kasiron~

Wa'alaikumussalam WBT to Ibnu Saif... syukron drop bagi usul.

Aha sedap sakit ni. Nikmat betul!Nyut-nyut je mengulum dan mengetap gigi tahan sakit.

Betul, garam tu kira salah satu penawar. Tapi akak ni takut nak cuba. Takut melompat tak cukup kaki... hehe~

memory green said...

Assalamualaikum,
Didoakan selalu moga Cikgu Humaira cepat sembuh. Saya tak tahu petua-petua tentang mengubati ulcus atau ulcer mulut tu , tapi di samping ubat-ubat... banyakkan bersabar lah ya Cikgu. Terima kasih.

Aisya Humaira said...

To Memory Green Wa'alaikumussalam WBT... terima kasih. Doakan masalah ulser saya ni cepat baik ya cikgu. Sekarang ni wujud ulser kat gusi pula. Rasa macam cedera je dalam mulut saya... hehe~