Saturday, February 14, 2009

Weekend review...

Minggu lepas telah berlalu pelbagai peristiwa yang secara tidak langsung melibatkan penulis sendiri. Alhamdulillah! memandangkan nyawaku masih berhembus, dengan kudrat dan iradatNya maka weekend review dapat dipenakan di sini...

WINNER

Dua hari berturut-turut iaitu pada 11 dan 12 Februari 2009 telah berlangsung Kejohanan Ragbi Rimau MSSD Sabak Bernam 2009. Sekolah Kebangsaan Seri Utama diberi mandat sebagai tuan rumah untuk mengelola kejohanan ini. Saya dan dua orang rakan yang lain terlibat di bawah jawatankuasa pelaksana hadiah, sijil dan cenderamata. Manakala guru-guru lain pula dengan tugasan masing-masing.

Sebagaimana 'mulut-mulut angin' bercerita, memang benar pasukan sekolah ini sudah sinonim dalam sukan Ragbi Rimau. Mereka sekali lagi berjaya mengekalkan takhta juara bertahan dengan menundukkan pasukan lawan. Pasukan-pasukan yang turut menurunkan atlet-atlet 'rimau' mereka antaranya SK Kampong Banting, SK Simpang Lima, SK Parit 4, SK Binjai Jaya, SK Pasir Panjang, SK Seri Mawar dan SK Sungai Haji Dorani.

Setalah dua hari mengaum di gelanggang sendiri, akhirnya Johan Cup kembali disandang lagi. Maka genaplah 10 tahun piala pusingan kekal dirangkul oleh pasukan 'rimau' SKSU. Manakala pasukan 'rimau' SK Binjai Jaya terpaksa akur hanya dengan kemenangan Naib Johan Cup. Syabas dan tahniah pada semua pasukan yang menunjukkan semangat juang.

Rimau mati meninggalkan belang, rimau ragbi meninggalkan padang... jumpa lagi di MSSS!

Ala-ala histeria di sudut padang... inilah sukarelawan team pom-pom girls SKSU

Muka kecewa, hati membara... namun pasukan 'rimau' Binjai Jaya tetap bertenaga di gelanggang lawan

Wira-wira SKSU yang macho-macho... macam pendekar mustar daa!

Menang jangan sombong, kalah jangan sedih beb!

Nantikan Kejohanan Ragbi Rimau MSSS Tahun 2009 pada 22 hingga 28 Februari 2009. Dengan tuan rumah bersama SBPI Parit Baharu dan SK Seri Utama. Seperti biasa, penulis kekal mendukung tugasan 'ala-ala sopan' di bawah jawatankuasa pelaksana hadiah, sijil dan cenderamata. Lepas ni kalau nak nampak lebih macho dan berstamina kena la gantikan tugasan cikgu Saharudin, 'bapa rimau' SKSU... gagah setia di padang sekolah~

LOSER

Pada 11 Februari 2009 saya kehilangan handset Sony Ericsson Cybershot. Rasanya lebih molek lagi saya membuat pengakuan di sini ia adalah atas kecuaian sendiri. Pada malam kejadiannya, saya 'syok sendiri' beranggapan handset tersebut tertinggal di dalam kereta. Dengan senang hati saya mengambil keputusan untuk mencari keesokkan paginya.

Apabila pencarian pagi 12 Februari tidak berhasil, saya menunda untuk mencari semula selepas balik dari sekolah. Namun perasaan risau dan sedih tetap ada biarpun saya seperti tidak mengendahkan hal ini. Maklum la guru baru posting macam saya, perihal gaji masih dalam proses. Kos sara hidup seharian cukup-cukup untuk mendahului keperluan. Gamaknya kalau nak berganti handset baru perlu difikirkan berkali-kali.

Alhamdulillah...


Tengaharinya sebelum balik dari sekolah, sahabat saya menerima panggilan dari pihak Tabung Haji SB. Dengan pesanan yang mengembirakan hati, saya diminta datang ke kaunter untuk menuntut handset. Ini bermakna handset saya sudah 'digodek' untuk carian contact list. Malah saudara TH tu sendiri memberitahu bahawa dia telah membuat beberapa panggilan berdasarkan contact list dan membuka folder gambar saya. Walaupun sedikit malu, saya bersyukur kerana semua gambar dikategorikan menutup aurat.

Bila direview balik peristiwa ni, saya teringat kembali kata-kata pensyarah saya. Kalau kita berbuat baik pada orang lain walau seinci, Allah akan gandakan kebaikkan orang lain pada kita pula tak terhingga berdepa-depa. Nak dijadikan cerita, pada 11 Februari saya ke Tabung Haji SB untuk keluarkan duit. Sejak bermukim di SB rasanya sudah tiga kali saya ke sana.

Kebetulan hari tersebut saya dapat berurusan dengan saudara TH yang dikatakan hensem oleh 'mulut-mulut angin'. Kata 'mulut-mulut angin' la. Mata saya pula melihat itu satu kebiasaan saja. Entah apa silapnya, saudara TH tu tersilap memberi saya amaun RM300 melebihi dari pengeluaran sebenar sebagaimana di buku dan resit. Setelah mengira, saya segera memulangkan semula amaun berlebihan tersebut.

Disebalik kecuaian masing-masing sudah tentu ada hikmahNya. Saya melihat kesungguhan pihak beliau terhadap pelanggan mereka. Terima kasih kepada pak cik guard TH yang budiman dan saudara kaunter TH yang bersungguh hati. Usaha memulangkan handset kepada saya berjaya biarpun dengan sedikit masalah PUK cord.


Inilah yang dikatakan kalau dah jodoh tak ke mana. Apa sekali bentuk kehilangan pasti akan bersama kita kembali jika itu takdirNya [nyawa tidak tersenarai kerana ia pergi pasti tidak kembali lagi]~

7 comments:

imanshah said...

kenapa panggil rimau??

Aisya Humaira said...

Em, agaknya sebab teknik permainan ala-ala menerkam kot... wallahu'alam~

profezzy said...

salam alaik...
emmm...boleh jadi penulis rasmi untuk web sekolah ni..ayatnye bagus2..:)

Aisya Humaira said...

To profezzy Wsalam WBT... ye ke ustaz. Hok alahhh, tang mana yang bagus tu.

Em, jangan lupa projek kita. Kena tolong ambo untuk jayakan visi dan misi 'big boss'... hehe~

cikgu dila said...

salam kak fiza...
oo dah ada ragbi skang kt sana ek...spg 5 kalah ye?huhu...

siapa GB sksu skang ye?

Hamidi said...

betul tu, kalau dah jodoh tak kemana... kalau dah ketentuanNya hak kita...insyaAllah, kan jadi milik kita... tahniah... contoh yang boleh diteladani, buat baik dibalas baik.

Aisya Humaira said...

To Cikgu Dila, Wsalam WBT... aha sekarang musim 'rimau' menerkam dan mengaum. Masing-masing agresif di padang, includ cikgu-cikgunya juga... hehe. Hari Ahad ni dah start Kejohanan Peringkat Negeri Selangor. SK Simpang 5 bukan kalah, tapi tak menang je! GB baru, Encik Ishak Md. Noor.

To Hamidi, syukron sudi drop down your comment. Moga sama-sama beroleh manfaat. Terus thabat dan istiqomah dalam perjuangan~