Monday, June 08, 2009

Fresh - Organic - Halal

Episod singgah menyinggah bermula atas pakej jom cuti sekolah selagi sempat. Dari Sungai Besar saya singgah bermalam di rumah kakak yang terletak di bandar Seberang Jaya. Keletihan memandu terubat juga dengan keletah anak buah yang semakin galak membesar.

Asalnya saya berhasrat untuk meneruskan penyinggahan kedua di Sungai Petani.
Cadangnya mahu juga singgah pekena beberapa menu di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), cawangan Sungai Petani. Dengar cerita masa operasi di sana 24 jam sehari. Jujurnya, kalau mengikut kehendak diri saya yang sebenar tidaklah berapa gemar makan fastfood.

Saya anti KFC!

Pelbagai plan sudah diatur dan dimaklumkan kepada ibu saya. Tetapi memikirkan keadaan roadtax kereta sudah tamat tempoh, dengan keberatan yang amat sangat untuk menuju ke sana,
saya akur membatalkannya.

Saya meneruskan perjalanan ke kampung.

Kebetulan, baki keletihan semalam belum reda. Mata saya yang sepet pula semakin mengecil. Gamaknya, kesan langsung akibat sarapan nasi lemak di rumah kakak.

"Aduh... lemah berlemak. Bagus juga ni kalau dapat 'mai secawan'!" saya bermonolog sendiri.

Dek kerana teringin dan mengidam yang entah berapa bulan ni, saya mengambil keputusan untuk singgah juga pekena RFC di cawangan Shahab Perdana, Alor Setar.


Alhamdulillah, sehingga menjilat jari. Sungguh, makanannya sungguh sedap dengan harga yang berpatutan. Malahan keselesaan dari segi kebersihan serta kakitangan yang sopan, adalah di antara review positif di mata saya. Semoga ia berterusan dan berkembang.

Tahniah kepada pengurus RFC Sdn. Bhd.


Sudah semestinya produk halal tanggungjawab bersama. Inilah dia fresh fastfood dengan ayam organic yang halal, kurang masin dan tidak terlalu berlemak. Selamat berdiet juga~


10 comments:

GAP KEMBALI said...

salam ihumaira

jauh perjalanan. ada juga dengar RFC ni, sedak ke ?

Ibnu Ali said...

الله يبارك فيه

Nine said...

Salam...
Fam saya pun anti KFC n Boikot..
sekarang duk beli RFC jer kat alor setar kalo singgah sana..
Sedap gak..
Kopi Radix n Radix cola pun best..
:D...

Maiza said...

salam..
RFC mmg sedap..Sekarang kita dah ada pilihan..jgn pandai ckp boikot je tp x laksanakan..tunggukan kemunculan RFC di seluruh negara..insyaallah..

Anonymous said...

Salam,

Wow tentu sedap RFC nie kan. Kat Perlispun dah dibuka. Nanti makan la banyak2 okey.

IMANSHAH said...

kenapa kat Ipoh takder??

Izzah Al-Maliziyyah said...

To GAP KEMBALI.. wsalam wbt. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Sedap, sampai menjilat jari.. hehe~

To Ibnu Ali.. syukron~

To Nine.. wsalam wbt. Saya memang suka minum kopi radix. Minum di luar saja. Di rumah, saya minum minuman lain~

To Maiakmar.. wsalam wbt. Aik, dulu bkn ke cik Mai peminat KFC..hehe. Kita sam-sama mendoakan hidup RFC~

To imanshah.. kenapa kat Ipoh takde, saya tak pasti. InsyaAllah akan datang kot~

patenjihah said...

salam..hihi
saje2 terlalu pulak blog nih

rfc kat kedah jeke?

ala..mehla bine kat bangi
nak rase..;)

patenjihah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam... satu wadah perjuangan ekonomi ummah dan menjaga maruah anak bangsa dan agama kita. maju HPA untuk ummah... insyaAllah..