Nampaknya resepi ini sangat mudah dan cepat disediakan. Cuma perlu guna skill untuk memudahkan part yang leceh. Dalam bahasa kasar kakak saya, 'pakai otak'. Maklumlah adiknya ini tidaklah pandai memasak. Pulang ke kampung baru tunjuk kerajinan hendak belajar memasak. Baru nampak sedikit kemajuan. Sebetulnya begitulah. Kalau tidak saya berasap dengan resepi yang sama sahaja.
Sebagai muslimah, saya perlu tahu memasak dan wajar mempelajari teknik berkesan memasak secara ringkas dan cepat. Bukan belajat untuk sehebat taraf chef-chef profesional di hotel mewah. Hakikatnya, muslimah yang tidak tahu memasak atau malas memasak sebenarnya merisaukan malah menjengkelkan lelaki. Sudah tentu lelaki yang bergelar suami.
Bagaimana pula hakikat seorang lelaki atau suami yang tidak tahu atau malas menjadi imam? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama? Jengkelkah seorang wanita terhadap lelaki bernama suami seperti itu?
Saya kira perkara ini perlu diberatkan kerana kedua-duanya sama berperanan. Lekeh memperlekeh tiada penyelesaiannya. Masing-masing perlu menggunakan kekuatan mental dan keazaman untuk memperbaiki keadaan. Jika kita ingin mencari keredhaan Allah SWT, maka perlunya sikap rajin berusaha dalam menjana kehidupan bersyariat yang lebih baik dan tersusun. Wallahu'alam~
Berperisa kasih sayang dengan campuran pewarna keikhlasan... hanya dalam karamel kareem di MyHumairaKu
4 comments:
salam,humaira:)
wah...satu percubaan yg baik..
tentu sedapkan....wat juadah bbuka..:)
Salam, saya suka makan puding ni..kalau bleh hari2 nak beli kat pasar Ramadhan, walaupun harganya mahal..sekeping RM2.30..
Hurm soal jadi imam tu, insyaAllah, didikan yang diberikan oleh orang tua akan dipraktikkan. Tapi family saya dari dulu tak solat di rumah..kami semua solat di surau atau masjid..
To damaiinx : Wa'alaikumussalam wbt.. nampak macam sedap. Em, kalau makan sure lagi sedap.. hehe percubaan masuk bakul terangkat sendiri~
To imanshah : Wa'alaikumussalam wbt.. Betul. Harga puding gula halus agak mahal. Kali terakhir saya beli di pasar Ramadhan Bangsar tahun 2007.
Em, kesukaan cikgu imanshah rupanya. Nanti boleh request bakal isteri belajar buat. Saya boleh bagi secrete recipe.. hehe~
salam ukhwah. bleh tak bagi resepi puding karamel yang sedap ni??
hehehe :)
Post a Comment