Friday, August 07, 2009

Soal Mencari Jodoh

Pesan Abu Saif; Soal jodoh jangan tergesa dan jangan pula bertangguh... jangan juga 'kita berdua'

Syukur alhamdulillah, perkhemahan bersama murid-murid Kem One Malaysia 2009 telah berakhir. Setelah empat hari, tiga malam beraktiviti di kem, hari ini saya sekadar menghabiskan cuti rehat di rumah. Batuk dan pening kepala beransur baik.

Seharian di rumah, aktiviti saya cuma bersantai merehatkan badan yang agak kepenatan.

Kebetulan siaran televisyen pada hari Jumaat menarik semuanya. Kena pulak ada ulangan rancangan Semanis Kurma dengan episod 'Mencari Jodoh'. Sesuai sangatlah. Siap mengemas bagasi kem, saya menyambung bacaan siri travelog kembara Ustaz Hasrizal. Buku-buku yang telah dibeli pada KLBF 2009 yang lepas.

Hari ini semuanya berkisar tentang jodoh. Soal jodohlah katakan. Mesti pilih dengan betul, kalau tidak merana badan. Ramai pula yang memprovokkan saya ini terlalu memilih. Serba salah dibuatnya. Selalu saya dengar, mereka yang cepat sampai jodoh dikatanya menggatal. Lambat pula dituduhnya memilih.

Bukankah hidup kita perlukan pertimbangan?

Pertimbangan itulah yang dinamakan 'hak memilih'. Sedangkan 'hak ketentuan' hanya pada kehendak Allah SWT. Betul tak?~

14 comments:

Maiza said...

Salam..Mencari jodoh ni mmg kena betul2..salah ke membuat pilihan..bukankah hidup kita ini penuh dengan pilihan..dengan bantuan Allah pasti kita dpt membuat pilihan yg tepat.

Aisya Humaira said...

Wa'alaikumussalam WBT Mai. Betul. Pilih besertakan doa kepada Allah SWT. Nampak macam teliti, hakikatnya hidup ini perlu berhati-hati~

imanshah said...

Lama tul awak tidak menulis...moga bertemu insan terbaik buat meminpin ke syurga..

Aisya Humaira said...

Allahumaamin. Syukron jazilan di atas cebisan doa cikgu~

Wahana cikgu azam said...

Salam
Saya just mendoakan muga beroleh jodoh terbaik dlm pencarian itu nanti. Insya Allah

damaiinx said...

salam,Aisya Humaira..bzzy ngan tugas yer..
amanah Allah tu,yg utama...kan,kiter merancang,Allah yg menentukan..amin

Aisya Humaira said...

Wa'alaikumussalam WBT Cikgu Azam. Terima kasih mendoakan saya. Cuti sekolah nanti jemputlah ke Kuala Perlis. Kalau pun tak dihidangkan menu nasi minyak, berbuka puasa dengan menu laksa kola pun bolehlah kot... hehe~

Wa'alaikumussalam WBT damaiinx. Betul.. betul.. betul. Alhamdulillah, saya tidaklah sesibuk mana. Sekadar memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan~

..::بشرى::.. said...

sonok baca,pape pun pilih la betul2..istikharah,paling penting,fahamkan dulu apa matlamat perkahwinan,hala tuju keluarga,perancangan tarbiah dari sudut teori dan amali,dan juga prioriti masing2..bakal suami perlu ada semua ini,buku2 tarbiatul awlad oleh Dr abdullah nasih ulwan mesti da khtam bc,buku2 nasihat buat ibu bapa dan lain2 buku tarbiah keluarga..huhu..

shahfalah said...

salam.jodoh milik Allah.kita kena usaha dan berdoa kepadaNya..ana doakan akak bertemu jodoh yg membawa kita ke puncak nasuha..segalanya milik_mu Ya Allah..

Ibnu Ali said...

Kita sendiri ini milik Allah. Apatah lagi hal-hal yang berkait dengan qadha' dan qadarNya.

Kita dijadikannya pun ada hadafnya. Ulama pun ramai yang bujang. Bukan salah menjadi bujang tetapi salah jika menyalahgunakan "kebujangan" yang ada.

Berkata Ibnu Abbas: Suatu hari aku berada di belakang Rasulullah saw, baginda bersabda: Wahai budak, aku ingin mengajar kamu beberapa perkara: Peliharalah (kewajipan) Allah swt nescaya Allah swt akan memeliharamu, jagalah (hak-hak) Allah nescaya kamu akan dapatiNya membantumu, apabila kamu meminta mintalah kepada Allah, apabila kamu memerlukan bantuan mintalah bantuan daripada Allah, ketahuilah sesungguhnya jika suatu umat berpakat untuk memberikan manfaat kepadamu nescaya mereka tidak boleh memberi manfaat kepadamu melainkan sesuatu yang telah Allah swt tentukan kepadamu, dan jika mereka semua berhimpun untuk memudharatkanmu nescaya mereka tidak mampu melakukannya melainkan dengan sesuatu yang telah Allah swt tentukan ke atasmu, telah diangkat pena dan telah kering lembaran suhuf.

shameel_iskandar said...

Dalam mencari jodoh petunjuj Allah amat perlu. Takut, takut tersasar tanpa panduan. Bimbang, bimbang tergelincir dari landasan

Aisya Humaira said...

Assalamu'alaikum WBT buat sahabat-sahabat blogges yang sudi drop comment di sini... syukron jazillan semua. Frankly speaking pada yang sudi untuk tahu... i have a dream. Just the only one fate from Allah SWT. InsyaAllah that's acquaintance untill the end of life... called match make in heaven~

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

salam kak. Semoga hajat dan impian akak tercapai. ana doakan yang terbaik buat akak

Aisya Humaira said...

w'alaikumussalam wbt TG. Amin... terima kasih mendoakan akak~