Friday, December 11, 2009

Bukan Sekadar Potong

Menjaga kebersihan merupakan sebahagian keperluan dalam beragama. Bersih bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk manfaat bersama. Ia termasuklah kebersihan diri (bersih fizikal, hati dan amalan) dan juga kebersihan alam sekeliling. Kesemuanya demi mendapat kasih sayang Allah SWT. Apabila Allah kasih, mudah saja diberikan-Nya taufik dan bimbingan ke arah jalan kebaikan dan keselamatan.

Salah satu aktiviti rutin yang menjadi tanggungjawab saya sudah tentulah menjaga kebersihan dan keselamatan rumah. Kebersihan dan keselamatan perlu bermula di kawasan halaman rumah. Namun begitu, luar dan dalam merupakan kombinasi yang sama penting bagi menjamin kesejahteraan. Memandangkan saya tinggal di kawasan perumahan, halaman depan dan belakang rumah mempunyai petak kawasan bertanah yang tidak bersimen.

Rumput, duri keman (semalu), lalang serta tumbuhan liar lain bermaharajalela pada musim-musin bumi disimbah hujan. MasyaAllah, suburnya benar-benar mengalahkan tanaman pasu saya. Tanaman yang selalu dibaja dengan tinggi harapan biak membesar. Harapkan pagar, pagar makan padi, harapkan lain, lain pula yang menjadi. Rumput oh rumput, kenapa cepat panjang? Macam mana aku tak cepat panjang, lambat sangat potong... hehe tersindir rasanya. Mujurlah bukan si kerbau yang disalahkan.

SEBELUM MENJADI MANGSA

Sepakat pula sindiran si rumput dengan pepatah orang Arab, "Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu".

Sebelum saya menjadi mangsa kelapangan, cuti sekolah membuka ruang dan peluang. Inilah peluang menebus kembali aktiviti bertangguh di setiap hujung minggu.

Lagi dibiarkan, lagi bertambah sulit...

'Kelestarian' yang tidak diharapkan itu memang merimaskan pandangan mata. Malah mengusarkan hati saya takut-takut ada makhluk lain pula yang tumpang menghuni. Perasaan tidak selesa, tidak tenteram dan gundah gulana bercampur aduk setiap kali menjengah ke luar. Cuti-cuti sekolah sebegini saya perlu lebih mengambil berat. Perlu lebih produktif dari hari persekolahan biasa. Sekurang-kurangnya aktiviti ini dapat menjadi penawar kemalasan. Selagi berkudrat, benih-benih kemalasan harus diperah keluar sebanyak yang boleh.

Rangkaian tumpang menumpang. Iklan gempak, servis hampeh. Satu kebiasaan!

Ayuh potong! potong! potong!

Jangan tersalah andai pula. Suruhan ini tiada kaitan langsung dengan konotasi lucah sebagaimana panasnya iklan P1 W1max. Bersihkan minda anda. Jom potong rumput!

Akhirnya, berbaloi-baloi macam deco deco Celcom Blue. Modal kerajinan bersama penangan grass trimmer membawa kejayaan. Segala tenaga dan keringat dikerah dengan penuh semangat. Halaman hadapan sudah siap sekemasnya pada minggu sudah lagi. Semalam adalah waktu yang tepat untuk keluar mengadap 'kebun' halaman belakang. Kebetulan pula cuaca agak cantik dan mengizinkan.

Pagi ini, letih dan sengal badan mula terasa...

Alhamdulillah, tapi cukup nikmat bahagianya. Bahagia dan bangga dapat melunaskan kewajipan kerja rumah. Biar pun lambat, semuanya berakhir juga di tangan sendiri. Kerja-kerja berkaitan pembersihan ini bukan sekadar rutin pakai buang. Lepas lelah begitu sahaja. Saya melihat ia sebagai salah satu terapi yang unik. Membuka ruang fikir agar saya dapat menilai erti sebenar susah, usaha dan berjaya. Selain menyihatkan tubuh badan, wang ringgit sebagai upahan memotong rumput juga dapat diselamatkan.


Malah, ada rasa bangga melihat titisan peluh saya yang jatuh pada celahan rumput. Dari celahan itu, sekeping tanah kelihatan mesra dengan pelbagai serangga kecil. Burung-burung pula riang berkicau hinggap selesa untuk mencari makan. Rupanya keperluan hidup ini menuntut pada perkongsian yang satu. Perkongsian bagi mengutip manfaat alam bersama agar berbudi kepada tanah. Esok lusa kepadanya jualah kita akan kembali.

InsyaAllah, cuma tinggal 20 peratus kawasan halaman belakang yang akan diselesaikan sekemasnya. Akar-akar degil semalu masih utuh mencengkam tanah. Timbunan rumput mati pula perlu dibakar untuk pelupusan. Mungkin kerja-kerja meracun akan disusuli kemudian. Terima kasih grass trimmer! Walaupun keupayaanmu tidak sehebat mesin rumput, kehadiranmu banyak membantu saya. Membantu menambah seribu kerajinan juga melatih sejuta kesabaran untuk memandang ke depan dengan fikiran positif~

Daripada Saad r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: 'Bersihkan halaman-halaman kamu, kerana sesungguhnya orang Yahudi tidak membersihkan halaman-halaman rumahnya.' [Riwayat at-Tabarani]

8 comments:

dmx said...

salam....
wah...
bagus....tu,selain riadah dpt gak mejaga kebersihan n kesihatan....
baru,rumahku surgaku....waaaa

Aisya Humaira Al-Malizy said...

Alaikumsalam WBT. Aha aktiviti 3 in 1 ni memang menguntungkan. Sihat, bersih dan selamat. InsyaAllah menuju ke arah 'Baiti Jannati'~

mizaranun said...

Salam cikgu..
Waa indah laras bahasa mcm baca novel lak..hihi
Ehm pepon cantik umah...:)

Izzah Al-Maliziyyah said...

To mizaranum..

Alaikumsalam WBT. Syukron.. andai indah dan cantik pada penilaian ustaz.. maka indah dan cantik itu datang dari-Nya. Penulisan saya tetap daif. Namun sekadar ini yang mampu untuk dikongsi bersama. Perkongsian pada yang sudi.. cewaaah~

imanshah said...

dapat juga memotong lemak-lemak yang terkumpul dalam badan!!haha

Salam maal hijrah

Putra Al-Maliki said...

selamat menjadi tukan kebun part time.. =)

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Izzah Al-Maliziyyah said...

To imanshah.. Alhamdulillah, 'terpotong' tak banyak, sikit pun jadilah. Lemak tidak menyamankan. Bisa mengundang musibah.. hehe~

To Putra Al-Maliki... InsyaAllah. syukron jazilan~

Rostina said...

slm...semoga ceria dan bahagia selalu. Sudi2 layari blog kesihatan anda di http://mytipskesihatan.blogspot.com