Thursday, December 03, 2009

Wajah Rahsia Hati

Senyuman tipis selama 30 saat lebih menarik berbanding senyuman tajam sesingkat 0.1 saat... klik!

Setiap manusia dilahirkan dengan wajah yang menarik. Namun, wajah yang menarik tidak akan berseri sekiranya tidak mempunyai peribadi yang menarik. Peribadi yang menarik merupakan terjemahan bersama perasaan yang terkandung dalam diri individu. Apa yang kelihatan ini bukan sekadar ilusi pandangan mata.

Jika seseorang tidak mempunyai hati yang ikhlas, sentiasa dengan de
ngki dan riak, wajahnya tetap akan membayangkan kekeruhan, kelat dan kusam. Wajah adalah bayangan hati.

Wajah yang ceria memaparkan kesucian dan kejernihan hati. Sedalam mana ia terlindung, pasti akan terpamer jua. Seperti lirik lagu nyanyian Fauziah Ahmad Daud, "kenakalan atau kesungguhan, sukar mencari perbezaan, betapa kau cuba melindungi, jelas di wajah rahsia hati..."

Tiada siapa yang mempunyai peribadi sempurna 100 peratus. Namun, kita perlu berusaha mempertingkatkan peribadi. Sentiasa ukir senyuman. InsyaAllah, senyuman itu akan memberikan kita kekuatan sekalipun sedang lemah menanggung sakit mahu pun kusut terbeban dengan seribu satu masalah~

Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria[Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman]

4 comments:

syaf said...

betul
takat muke encem, cantik hati busuk pon x ok gak
yg penting kalu hati bersih, ingat Allah, jege hubungan ngan Allah, solat,..itu barulah org yg cantik atau encem

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Salam.
Ana setuju dengan apa yang akak sebutkan tu. Ana suke tengok muke para student maahad tahfiz, betapa jernih dan sejuknya mata memandang wajah mereka yang berseri sesuai dengan kesucian hati mereka bersama ayat-ayat suci Allah Taala.

Moga kita semua terpilih untuk menjadi antara insan yang menyejuk mata insan yg memandang.

melalui Wajah Hati..

Ur Brother,
Tg

mizaranun said...

SAlam..
Ehm betul tu setuju wajah itu bayangan hati..apa yang ada dlm hati banyak terpancar pd wajah..kalo yg pandai menafsir tentu dapat meneka apa yg ada dlm hati..so jagalah hati..hihi

Aisya Humaira Al-Malizy said...

Alaikumsalam WBT to syaf, TG dan Mizaranum. Jom jaga hati dan wajah. Biar kedua-duanya bersih berseri. Menjadi penyejuk mata yang memandang sekali gus sebagai penawar di hati~