Wednesday, December 23, 2009

Salam Hijrah 1431H

"Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu." [adz-Dzariyat: 22)
Ketahuilah, segala keputusan dan ketentuan Allah SWT merupakan yang terbaik bagi seorang mukmin. Sempena kedatangan hijrah kali ini, hilangkan segala keluh kesah. Kutip dan kautlah segala yang bermanfaat bagi diri kita dan mohonlah perlindungan-Nya. InsyaAllah, misi saya untuk mengejar 3M, 'mencari, memiliki dan memberi' sebanyak-banyaknya.

Pada kalian semua, semoga cita-cita bersama harapan dapat menerangi dan melapangkan jalan kehidupan kita.
Agar setiap daripada kita mengetahui bahawa semakin beratnya musibah yang bakal dihadapi maka bantuan dan kemudahan yang dijanjikan Allah SWT akan bertambah dekat... "Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan." [ath-Thalaq: 7]~

6 comments:

Ibnu Ali said...

"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada keperibadian dan kepimpinan Rasulullah S.A.W itu terdapat contoh ikutan yang terbaik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan syurga) di akhirat serta dia pula berzikir (menyebut dan mengingati) Allah banyak-banyak (baik semasa susah mahupun semasa senang)." - (Surah al-Ahzab: 21).

proleadconsult said...

Allah Maha Sempurna dan mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Allah kasih pada hambanya lebih dari seorang ibu sayangkan anaknya. Sebagaimana setiap ibu inginkan kebaikan untuk anaknya...Allah pasti lebih lagi.

Mematuhi perintahnya dan menerima takdirny adalah satu kemuliaan buat kita.

syaf said...

betul 2
hope Allah akan mempermudahkan jalan ku untuk terus melangkah ke jalan yg lurus

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Ibnu Ali & Mr Proleadconsult..

Jazakallah atas ingatan kalian. Saya sangat percaya, di ketika hak Allah kita selesaikan, InsyaAllah Allah akan beri kita hak kita.

Allah akan beri hati yang tidak takut dan tidak sedih... Sebab kita adalah wali-wali Allah. Malah tidak ada perubahan bagi janji-janji Allah. [Yunus:62 & 64]

Hijrah kali ini perlu kepada reformasi. Cuba elakkan pembaziran masa, usia, dan perasaan. Jom segerakan 'TUNAIKAN HAK ALLAH SEKARANG'~

Izzah Al-Maliziyyah said...

To syaf..

Ameen ya Rabb. Moga dilimpahi hidayah-Nya. Jalan yang lurus sudah tersedia, cuma perlu betulkan langkah~

dmx said...

salam...
izzah....
moga..hijrah bukan kpd
dunya...
d nafsu...
amen.......