Saturday, January 23, 2010

Selesai Terawat

Karya orang kita patut contohi karya sebegini. Islamik luar dalam

Alhamdulillah, akhirnya 'demam' yang ditinggalkan dalam KCB selesai 'dirawat'. Satu kelegaan apabila kesinambungan yang ditunggu-tunggu tidak menghampakan. Plot-plotnya nampak lebih menarik dan mengharukan. Minggu lepas lagi saya siap menonton KCB2. Cuma agak lewat berkongsi komen peribadi. Terima kasih pada sahabat yang sudi mengirimkan cerita ini melalui email saya.

Jujurnya,
saya bukanlah 'kaki filem'. Apatah lagi filem-filem barat. Saya cuma mengharapkan lebih banyak karya sebegini. Karya yang punya magnet dalam mendidik jiwa. Bergenre islamik yang selayaknya diangkat sebagai contoh. Contoh islamik yang bukan ala kadar. Tidak hanya tangkap muat sahaja. Buat penonton berburuk sangka. Kritikan ini yang sering didengari. Kalau hendak karya itu betul-betul islamik, biarlah 'cukup perisa' islamik yang dibenarkan. Hendak khatam berkali-kali pun, pasti tidak rugi.

Saya kira, untuk menjadi pengkritik filem, saya bukanlah orang yang selayaknya. Tiada bakat untuk menganalisis secara terperinci. Apa yang dapat saya lihat, filem KCB sangat menjaga sentuhan fizikal antara lelaki dan perempuan. Cerita ini mempunyai standard cinta Islam. Cinta sejati yang harus dicari dan dimiliki. Jodoh pertemuan semuanya ketentuan Dia. InsyaAllah, sesulit mana pun, ia pasti berlaku atas nama jodoh yang sudah tertulis.


OST untuk KCB2 juga tidak kurang sedap dan sesuai sebagai halwa telinga. Sama membantu dalam memberi nafas kepada KCB2. Saya benar-benar suka dengan lirik dan iramanya.


Tahniah kepada KCB. Jika saya diberi peluang, teringin juga hendak bersama team produksi ini. Jadi tukang bancuh air kopi pun jadilah. Asalkan dapat bertemu watak Abdullah Khairul Azzam. Hehe... penasaran saya ini sekadar gurauan sahaja. Mana yang baik ambil sebagai teladan. Mana yang buruk tinggalkan sebagai sempadan. Sesiapa yang masih demam KCB, rawatlah segera~

6 comments:

Ibnu Ali said...

Satu flat ngan saya ni, Kang Azzam ada Anna pun ada.. heh

Cerita ini menarik, mungkin. Tapi watak Khairul Azzam mengecewakan. Sepatutnya dia tidak perlu disibukkan "mencari jodoh", tetapi menjadi pengislah di tengah2 masyarakat. Macam watak cerita Sang Murabbi, cerita perjuangannya lebih membuatkan saya tersentuh.

Kemudian Anna pula tidak mengeluarkan mana2 pendapat Ulama, mahupun dari Ibnu Qudamah yang dia ambil ketika mula-mula dipinang Furqan dahulu, ketika bagaimana menguruskan Walimah. Bagaimana pandangan ulama mengenai walimah dalam Islam. Nampak tidak realistik.

Keadaan Anna yang mengherdik Furqan ketika furqan mengaku mengenai AIDS amat tak sepadan dengan ilmu yang dia ada, apatah lagi terus sahaja menuntut cerai. Bertentangan sangat dengan pengamalan dia sebelum ini. Nampaknya KCB 2 ini menunggang langgangkan watak Anna.

KCB 2 hanya membuatkan saya terkagum dengan gadis2 indonesia yang jelita sahaja. Pemilihan Kang Abik tu...

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Ibnu Ali... Satu flat? Ustaz berjiran dengan artis KCB la ya? Hehe... cantiklah!

Em, saya juga setuju dengan pendapat ustaz. Agak terkilan juga dengan watak Anna yang terlalu drastik dalam menuntut cerai. Sedangkan watak itu seorang muslimah yang tinggi ilmu agamanya.

Tapi, sudah namanya cerita filem kan. Di luar filem sekalipun akan berlaku perkara yang kita tidak hendak. Begitulah sebaliknya di luar jangkaan kita. Sukar mencari sesuatu yang sempurna. Wallahu'alam~

Ibnu Ali said...

Bukan maksud ana mahu mencari yang terlalu sempurna. Dalam dan luar filem berlainan itu itu biasa.

Cumanya, bila dia membawa kita dalam KCB 1 dengan terbang tinggi. Dengan nilai yang tinggi. Sifat ilmiah yang baik. Tiba2 KCB 2 macam bawa kita mengelamun pula. Tu yang ana kecewa.

Tak menggigit seperti Sang Murabbi. Walaupun Sang Murabbi nampak "agak murah" mungkin pembikinannya. Namun nilai yang hendak disampaikan sangat mahal.

Wallahua'lam.

shameel Iskandar said...
This comment has been removed by the author.
shameel Iskandar said...

Sy teringat kata-kata Umar Tilmisani(bks Mursyidul am Ikhwan Muslimin)tentang pentingnya para daie menguasai bidang penerbitan demi kelangsungan dakwah(maaf sy krg ingat kata-kata itu krn kertas kerja yg sy miliki blum dihantar oleh kwn setelah bertahun meminjamnya. Atas dasar keterbukaan ini jualah Umar Tilmisani dikafirkan oleh golongan salafi Jalur Keras ( yg kini dirujuk kpd pengikut shiekh Rabi' bin Hadi al-Madkhali). Mlh seorg tokoh ikwan muslimin(maaf sy lupa nama tokoh tersebut) prnah mengatakan, teknolgi(trmasuk filem) umpama senjata yg tajam. jika digunakan utk berjihad, jadilah ia alat berjihad ttp jika digunakan utk merompak, maka jadilah ia alat utk merompak.


Salam.Sy bukan pengkriitk filem. Tp sejujurnya, dlm soal filem atau drama yg islamik, terbukti indonesia jauh lebih ke hadapan berbanding kita.


Lihat sahaja filem kiamat sudah dekat, kun fayakun, ayat-ayat cinta dan mcm2 lgi, ternyata di Indonesia lebih ramai pengarah filem yg islamik. Malah sy difahamkan filem Kun Fayakun mendapat kerjasama yg erat drp Majlis ulama indonesia dan Nahdatul ulama.

Bkn tiada filem atau drama islamik di Malaysia. Malah Almarhum P. Ramlee prnh menghasil filem islamik Semerah Padi ( wp filem itu mengelirukan umat islam ttg pelaksanaan hudud)

Namun, dlm keghairahan kita meniru indonesia , kita hampir terlupa yg kita mencedok bulat-bulat. Tgk sahaja novel ayat-ayat cinta. Maka berlambak penulis Malaysia mengutarakan tema yg sama dlm novelnya. Mlh ada novel Malaysia yg brtajuk Surah-Surah Rindu. Sepatutnya ruang utk diislamisasikan terlalu byk dan x terhad kpd soal cinta dan jodoh sahaja. Bak kata Dr Naquib al-Attas, islam telah mengislamisasikan hidup dan kehidupan manusia.

Mengislamisaikan masyarakat, ekonomi dll. Namun tema mengislamisasikan cinta juga yg diketngahkan oleh segelinitr novelisk ita lantaran tempias ayat-ayat cinta.

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..sy jd follower cikgu yg ke 90