Saturday, May 08, 2010

Cikgu Humaira, Selamat Membaca...

Surah Al-Fatihah (Pembukaan) sebagai pembuka jalan menuju Allah

Membeli dan menerima sesuatu adalah dua perkara yang berbeza. Selalunya, kita membeli untuk melampiaskan hajat sendiri. Sebaliknya pula, kita menerima atas kehendak si pemberi.

Misalnya, buku. Anda pernah membeli dan menerima buku yang sama?

Barangkali anda pernah mengalaminya. Saya juga...

Sebenarnya, saya telah miliki buku di atas pada bulan Mac yang lalu. Miliki dengan wang saku sendiri. Bulan ini, buku yang sama juga telah saya miliki senaskah lagi. Dapat percuma atas nama gurauan. Fikir saya, terima kiriman kad. Rupa-rupanya buku. Wah, bertuahnya saya.
Alhamdulillah.

Benar. Rezeki itu Allah yang tentukan.
Bukan sia-sia, tetapi dengan ingatan 'halus'. Mengingatkan saya bahawa bukan semua orang dapat membeli dan menerima buku. Apatah lagi buku atau kitab yang mereka idam-idamkan. Malah, bukan semua orang yang miliki dapat memanfaatkannya sebaik mungkin.

"Cikgu Humaira, selamat membaca," nota ringkas penulis kepada saya.

Terima kasih kepada Tuan Abdul Shahiid Shafruddin yang sudi menghadiahkan saya karya sulungnya. Anda juga boleh berkongsi 'fadhilat dan khasiat' kandungan buku ini. Sila dapatkan informasi mengenai buku terbitan Pelima Media Sdn. Bhd. ini terus menerus di laman blog beliau~

Nota:
1. Kini buku saya bertambah lagi. Boleh saja dipinjamkan.

2. Kalau hendak jadikan hak milik peribadi, saya sedia membantu anda untuk urusan pembelian.


8 comments:

IMANSHAH said...

Selamat membaca cikgu

Izzah Al-Maliziyyah said...

Terima kasih cikgu~

shameel Iskandar said...

Bacaan ilmiah membina jiwa.
Lebih2 lagi bacaan ilmiah yg bersendikan agama. Pasti dapat membugarkan rohani yang layu, andainya dihadam dan dicerna seusai memabaca.

Tahniah kerna dapat buku yang amatistimewa. Sejujurnya saya belum lagi membaca buku tersebut.

Izzah Al-Maliziyyah said...

To shameel Iskandar.. Terima kasih cikgu. Jika mahu, saya sudi pinjamkan..hehe.

Buku dan ilmu. Ilmu dan amal. Amal dan tanggungjawab. Semuanya adalah amanah~

taqeyyabella said...

Semoga bermanfaat. ^__*

Izzah Al-Maliziyyah said...

To taqeyyabella.. Ameen Ya Rabb~

dmx said...

Insyallah....
Ilmu dan Amal brtambahnye Iman

Izzah Al-Maliziyyah said...

To dmx.. Ameen Ya Rabbal'alamin~