"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." [ath-Thalaq: 2-3]
Dalam hidup kita, berfikir dan bermuhasabah sangat diperlukan. Kedua-dua proses ini merupakan salah satu tugas utama setiap mukmin yang berakal. Setiap mukmin yang benar-benar mahu beriman kepada Allah SWT.
Dengan berfikir dan bermuhasabah, kesejahteraan hidup kita juga mudah dicapai. Malah, ia dapat menjana minda optimistik dan membina kesan positif terhadap sesuatu perkara.
Namun, tidak semua kesannya muluk-muluk sahaja. Adakalanya, semakin jauh kita berfikir dan bermuhasabah, semakin sulitnya mencari natijah. Kita sukar menemui titik-titik jawapan. Hati kita terus-terusan diselubungi khilaf.
Ya, kita keliru. Buntu. Dan bercelaru. Selalunya dalam membuat pilihan dan keputusan.
Itu sebabnya, kekadang timbul persoalan mengapa kunci telah tersedia di depan mata, tetapi solusinya tidak juga berkunjung tiba. Kita berkeluh-kesah tidak sudah-sudah.
Seelok-eloknya ubah cara berfikir dan bermuhasabah.
Di sinilah peri pentingnya takwa dan tawakal. Maka, bagi yang setia beramal dan beriman dengan 'ayat 1000 dinar' di atas tentu lebih mudah untuk memahami dan merasai akan fadhilatnya.
Teruskan. Bertakwa dan bertawakallah bersungguh-sungguh kepada-Nya.
Janji Allah bukan omongan kosong. Bukan sia-sia...
Oleh yang demikian, kita kena yakin dan percaya bahawa Allah merancang dengan penuh rahsia. Dan apabila sampai masanya, Allah akan beri nikmat-Nya juga. Nikmat yang kita tidak terjangkakan.
Barangkali saat itu, desis hati kita pasti berbunga-bunga merafakkan syukur.
"Ya Tuhanku, bagaimana harus aku percaya semua ini? Betapa 'azimnya nikmat yang Engkau berikan!"
Alhamdulillah. Akhirnya, segala persoalan kita terjawab jua bukan?
InsyaAllah, selagi kita bertakwa dan bertawakal, pasti Allah akan ketemukan kita pada kemuncak solusi yang telah ditentukan-Nya~
Nota: Selalunya saya beroleh idea dan bersemangat baru sejurus meratah buku. Tetapi terasa perlahan dan sambil lewanya saya menghadam ilmu. Entahlah. Lambat atau cermat wallahu'alam!