Tuesday, December 30, 2008

Kegilaan OCL

Jesus disebalik OCL Zionis Laknatullah
Dalam keterujaan kita menyambut kedatangan Maal Hijrah 1430H dan keghairahan 'Salam Natal' jingle pau...jingle pau...jingle cha siew pau...lin yoong pau...tau sa pau...
Subhanallah!
Kegilaan puak Zionis juga semakin melampau-lampau dengan Operation Cast Leadnya (OCL). Nasib rakyat Palestin kini sangat sulit
apabila serangan udara oleh rejim Zionis mengakibatkan 290 terbunuh manakala 780 lagi cedera dalam tempoh 24 jam.
Kenapa keadaan sadis ini bagai disuruh-suruh? Apakah rakyat Malaysia akan sentiasa perihatin terhadap isu ini. Atau sekadar mengutuk dan menyumpah-nyumpah kegilaan ini mengikut musim tertentu?

Sanggupkah kita merelakan rutin yang sama sebagai satu kebodohan yang nyata? Kebodohan kerana merelakan kesungguhan rejim Zionis yang ingin 'memaqbulkan' impian mereka. Bedilan demi bedilan bagaikan pesta senjata. Akhirnya, meraikan korban dan kemusnahan di merata-rata hanya dengan air mata, hanya dengan usaha yang belum nyata. Bila akan nyata ya?

Jika kita menganalisis isu Palestin tanpa mengambil kira pengaruh Kristian Zionis di dalam polisi luar AS, maka analisis dijamin tidak tepat. Kejayaan kumpulan ini mengheret kaum Yahudi untuk dijadikan 'pariah' dan samseng yang dibenci oleh masyarakat dunia adalah kejayaan terbesar mereka. Mereka memerlukan golongan Yahudi untuk mendiami Palestin, kemudiannya membina negara mereka dan berakhir dengan pembinaan kuil di tapak di mana terletaknya Masjid al-Aqsa.

Mengapakah itu semua diperlukan mereka?
Hal ini semata-mata demi menjayakan impian karut mereka untuk menyambut kedatangan Jesus buat kali kedua dan membawa 'the happy milleneum'. Para pendakwah kumpulan ini seperti Jerry Farewell, Billy Graham, Pat Paterson dan lain-lain orator Kristian Avangelist telah mencanangkan perkara ini di khalayak ramai semenjak tahun 60'an lagi.

Bagi mereka, kewujudan negara Israel perlulah dikekalkan demi menyambut 'hantu' Jesus. Bagi mereka juga, sebarang ancaman terhadap kewujudan negara Israel adalah ancaman dan penghalang kepada kemunculan hantu Jesus. Oleh yang demikian, kumpulan ini menggunakan segala prasaranan dan daya demi mempertahankan negara haram Israel Laknatullah yang mereka bina bersama golongan Yahudi Zionis.
Selagi kegilaan ini tidak dihapus, selagi itu agen-agen syaitan ini akan merasa bangga di muka bumi Allah. Ideologi yang dipegang oleh iblis ini menyatakan kekuatan sahajalah yang merupakan kebenaran. Dia berbangga kononnya dia adalah kejadian yang lebih utama. Malah mengistiharkan diri mempunyai kepintaran yang tidak ada tandingannya. Maka dari itu dialah yang berhak menguasai dan memerintah kejadian-kejadian lain yang bertaraf rendah.

Saya terfikir sejenak, agaknya inilah puak 'Almufsidun fil 'ar'... bangsat dan perosak!
Marilah kita sama mendoakan agar usaha meletakkan kembali Masjid al-Aqsa dan hak nyawa-nyawa rakyat Palestin terus terbela.
Jangan kita terlalu sibuk dengan program realiti TV, ghairah mencari harta hingga ada yang mahu menongkat langgit dan sebagainya. Tetapi beri peluang dan buka ruang pemikiran kita untuk menyelamatkan pada sesuatu yang lebih bermakna. Saya menyeru supaya kita jangan tanyakan orang lain, jangan lihat kiri dan kanan, tanyakan dahulu diri kita... apakah yang aku akan buat?

Sunday, December 28, 2008

Mahabbah Hijriyah


Rindunya hati orang yang bermakrifah kepada mengingati Tuhan. Dan sebutan mereka waktu bermunajah adalah untuk kerahsiaan. Di situlah orang yang menyintai Allah seperti bintang-bintang yang bersinar cahaya. Hanya harapkan redha Ilahi. Hati, lidah keduanya terkunci daripada yang ditegah dan dibenci... dan dalam sujud hening ini, tatkala lembaran lalu sudah berlabuh... kumohon kekuatan cebisan kata dan rasa Saad bin Abi Waqqas. Aku adalah anak-anak panah Islam. Biar tercampak ke mana sahaja, tetapkanlah diri ini untuk terus berjuang demi Islamku...

Salam Mahabbah Hijriyah 1430 buat semua pengunjung blog MyHumairaKu~


Saturday, December 27, 2008

Anyah!


"Anyah ana, Anyah? Anyah ana, Anyah?", kedengaran suara manja Amir dari bilik sebelah. Mungkin pertanyaan biasa tentang saya kepada umi dan babanya.


Alamak, awal pulak si budak sepet ni bangun. Dalam gelap subuh, Amir teraba-raba mencari saya di bilik. Terkedek-kedek mengusung pampersnya yang sarat dengan 'hasil' malam tadi.

"Anyah!", terjengul Amir di sudut pintu bilik sambil melemparkan senyuman kepada saya yang masih di sejadah.


Setelah kedengaran azan subuh, saya menangguhkan bacaan Al-Quran. Amir di sisi setia bersama cat.

"Sayang Anyah. Em, kiri
pulak", saya membuat permintaan special kepada Amir. Pipi kami bertemu. Terasa nyaman sekali pipi gebu Amir.

Usai solat subuh, pampers Amir juga siap bertukar baru. Menangis-nangis tak nak Tok Cik (Mak Bun saya)
tukarkan. Meronta-ronta nama Anyah dari bilik air. Sekarang ini, Amir sudah tidak menghiraukan sesiapa lagi. Anyah... Anyah... Anyah...

Nampak rumah nenek, tanya Anyah.

Belum turun kereta, tanya Anyah.

Masuk rumah nenek, tanya Anyah.


Leka bermain, tanya Anyah.

"Esok lusa Anyah balik. Padan muka Amir", ngomel Tok Cik kepada Amir.

Tangisan Amir menjadi-jadi, bukan main 'jenuh' lagi nak ditukar pampers baru.
Akhirnya, saya berjaya memujuk Amir dengan game Flash Player 'Anjing VS Kucing'. Lega...

Menjelang pagi. Seperti biasa, Amir akan mengheret catnya ke mana sahaja. Kata kakak, sekali pun ke pasaraya mesti tidak renggang Amir dengan teady bear kucing saya.

"Anyah, Anyah! Pin-pin...", renget Amir tak jemu-jemu membuat permintaan yang sama kepada saya.

"Ok, dok elok-elok. Kalau tak, Anyah tak buka", saya memberi peringatan
sambil mengangkat Amir ke atas katil.

Sepagi ini, Amir bukan sahaja menyibukkan diri dengan laptop klasik saya. Tapi lebih dari itu, Amir mengusung segala bantal busuknya
untuk 'berkubang' di bilik ini. Karenah Amir 'macam-macam ada'. Habis dikhatamnya episod Upin & Ipin, video Funny Cat pula jadi sasaran. Sesekali saya menakutkan Amir dengan memasang video iklan raya Proton.

"Ni Anyah buka 'antu' ea", idea kuno yang ditawarkan untuk menakut-nakutkan Amir.

"Akut, akut atu, akut atu..", bentak Amir sambil menutup mata. Geli hati saya. Terasa puas, bila berjaya mengusik Amir.

Saya meneruskan kerja-kerja terbengkalai. Amir pula asyik dengan ulangan video-video pilihan. Bila terasa jemu, terjengkel-jengkel dia keluar masuk bilik. Buku-buku serta barang-barang saya turut diusiknya. Geram sangat pada Amir. Kemudian, kami berdua sama-sama menikmati chocolate stick wafers Apollo.

"Em, sedapnya", ajar saya kepada Amir yang masih pelat mengajuk.


BULAN MENGEMAS

Sesekali Amir meninggalkan laptop dan menghampiri saya untuk membantu. Dalam erti kata sebenar, membantu untuk melambatkan kerja. Tengoklah aksinya. Terloncat-loncat turun naik katil. Kemudian bersantai-santai pulak kat atas bagasi. Dia tak apa-apa, tapi Anyah pula yang letih membebel...
Seawal subuh tadi, saya memulakan misi memacking barang-barang untuk dibawa ke Selangor. Kain baju dihitung kira untuk tidak berlebihan dan berkurangan bila mula mengajar nanti. Baju-baju kurung yang kelihatan season juga diasingkan. Tapi, yang season itulah tidak jemu-jemu dipakai bertahun-tahun. Memandangkan bagasi perlu dihadkan, maka baju-baju yang banyak berjasa ini hanya akan bergantungan di dalam almari sahaja.

Seingat saya, bulan ini sudah tiga empat kali saya mengemas barang-barang yang sama. Kalau dulu, mengemas untuk dibawa pulang ke kampung. Tapi sekarang, mengemas untuk dibawa ke penempatan baru. Hilang teruja, timbul sengsara. Apakan daya, demi amanah, kuteruskan jua...

Alhamdulillah, 80% sudah siap disusun. Proses pemeringkatan terakhir pula mungkin akan dibuat sehari dua ini. Sambil meniduri Amir, saya sempat melepaskan lelah di sisinya. Terasa lagaknya diri ini bagai seorang ibu sedang menidurkan anaknya...hehe bakat terpendam tau!
Amir terbuai lena. Saya pula larut dalam kisah Ummu Aiman. Ibunda Rasulullah SAW yang kedua. Seorang wanita yang memiliki kasih sayang yang cukup dalam... Assalamu'alaikum WBT~

Thursday, December 25, 2008

Cerita petang Khamis...

Ia hadir lagi...

Cerita tentang hari Jumaat memang indah. Segala keajaiban dan kisah-kisah Islam berkisar pada hari Jumaat. Semuannya kerana kebesaran, kehebatan dan kekuasaan Allah SWT. Baru sedap nak memulakan cerita, adalah seorang sahabat saya bertanya melalui SMS...
"Ada ceta (cerita) baru ker kat blog?"
"Ada. Cerita zaman purbakala pun ada", jawab saya bersahaja dan meneruskan penulisan.
Tapi kali ini, saya perlu langsaikan entry Jumaat lepas yang telah 'terbantut'.
Berbalik pada hari Jumaat, kemuliaan dan fadhilatnya amat banyak sekali. Tidak mungkin saya dapat menggarap kesemuanya di sini. Saya berharap sedikit sebanyak penulisan petang Khamis ini akan membawa perubahan dalam hidup kita untuk membina hari-hari yang seterusnya.
Hari Jumaat dianggap sebagai hari raya mingguan dalam Islam. Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:
"Sebaik-baik hari dalam seminggu adalah hari Jumaat. Padanya Allah mencipta Nabi Adam, dan padanya juga dimasukkan ke Syurga, dan padanya juga dikeluarkan. Dan tidak terjadi hari Kiamat melainkan pada hari Jumaat." [HR Abu hurairah, 5 perawi kecuali Bukhari]
Hari Jumaat juga dikenali sebagai Sayyidul Ayyam (penghulu segala hari). Nama lain bagi hari berkenaan ialah Yaumul 'i-mazid (hari pemberian tambahan), kerana pada hari tersebut Allah akan memberi rahmat yang banyak kepada hamba-Nya. Segala permohonan yang diminta akan dikabulkan andainya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan 'waktu mustajab'.
Mengenai 'waktu mustajab' ini Rasulullah SAW ada bersabda, Malaikat Jibrail r.a. telah datang kepadaku, sedangkan di tapak tangannya ada satu cermin putih.
"Ini adalah hari Jumaat, yang telah disediakan untukmu oleh Tuhanmu, untuk menjadi satu hari raya bagimu dan umatmu selepas kau. Di tengah-tengah cermin ini ada satu titik", kata Malikat Jibrail r.a.
"Titik apakah ini?", tanya Rasulullah SAW kepada malaikat.
"Ia adalah satu saat daripada dua puluh empat jam, barang siapa berdoa kepada Allah Ta'ala pada saat itu, nescaya Allah SWT memperkenankan permohonannya. Ia (Jumaat) adalah penghulu semua hari", jawab malaikat itu lagi.
Dalam sebuah hadith lain dijelaskan Rasulullah SAW ada bersabda,
"Barang siapa membaca surah Al-Kahf pada hari Jumaat, maka memancarlah cahaya dari bawah tapak kakinya hingga ke puncak langit. Cahaya itu terus menyinarinya pada hari kiamat dan diampunkan antara dua Jumaat."
Rasulullah SAW juga bersabda,
"Barang siapa membaca surah Al-Kahf di malam Jumaat dan di siang Jumaat, Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya hinggalah ke Jumaat berikutnya, dan memohon kesejahteraan baginya tujuh puluh ribu malaikat sehingga pagi, dan ia terpelihara daripada penyakit sopak, kusta dan fitnah dajal."
Amalan dalam solat pada hari Jumaat yang merupakan sunnah Rasulullah SAW termasuklah membaca Al-Sajdah [surah ke-32] pada rakaat pertama, dan Al-Insan [surah ke-76] pada rakaat kedua dalam solat subuh.
Ia adalah sunat dilakukan dan semoga kita dapat mempraktikkan dalam kehidupan seharian disamping amal-amal lainnya. Jangan pula kita menganggap, hari Jumaat hanya istimewa dengan solat Jumaat. Amat sedih sekali masyarakat kita mengandaikan hari Jumaat ini sebagai satu perkara yang rutin, yang diulangi tanpa ada apa-apa kesan di dalam jiwa... jauhkan prasangka ini, agar hari Jumaat benar-benar istimewa di hati kita.

Sekian sahaja cerita petang Khamis... Sekarang, Amir telah selamat kembali semula ke kampung. Menghabiskan cuti sekolah umi dan baba dia yang masih berbaki. Walaupun sedikit huru-hara, saya tetap rindu untuk melayan karenahnya. Anyah, Anyah, Anyah? Amir telah memanggil...ok Assalamu'alaikum WBT ~

Wednesday, December 24, 2008

Mana-mana pun sama...


"Tie dapat Sarawak kak. Dah la Tie nak nikah 25hb ni. Budak-budak kelas Tie, 13 orang dapat Sarawak. Budak Sains kelas lain pun majoriti dapat sana. Best la kak dapat semenanjung... jealous Tie", keluh seorang sahabat kepada saya.

"Saya dan Zura juga dapat Sarawak. Ok la awak dapat sini. Em, nak tak nak pergi je laa", cerita seorang sahabat lain kepada saya seperti merajuk.

Saya senyum membaca SMS mereka dan cuba membalas dengan secantik-cantik ayat memujuk hati...

"Mana-mana pun sama. Pergi dulu. Mungkin ada hikmah-Nya", saya memberikan nasihat sekadarnya.


ADA APA DENGAN KECEWA


Seminggu dua ini banyak juga keluhan berbaur kecewa yang diterima daripada sahabat-sahabat. Tapi apakan daya, saya hanya mampu mendengar dan dalam masa yang sama bertindak sebagai motivator sambilan tidak terlatih. Saya cuba untuk meletakkan diri pada situasi mereka. Namun, bak kata pepatah kita, berat telinga mendengar, berat mata memandang, berat lagi hati mereka untuk melangkah terbang... terbang ke Sarawak.

Wah, jauhnya macam hendak terbang ke overseas pula ya. Dicelah-celah kekecewaan ini, ada
juga berita gembira daripada sahabat-sahabat seangkatan yang dapat mengajar di tempat sendiri. Bukan main teruja lagi 'depa' siap menyatakan jarak dari rumah ke sekolah.
Kejernihan air yang membiru dan jajaran pohon kelapa sedang menanti...

Namun, fikiran saya lebih terarah pada mereka yang menghadapi rasa kecewa. SMS kami sering berbalas untuk bertukar maklumat dan pendapat. Sudah pastinya hati-hati ini sedang menjeruk rasa. Malah ada juga yang larut memikirkan keadaan diri yang bakal ditempatkan di lereng gunung, atas banjaran, lembah, kaki bukit, tepi sungai, di tengah hutan belantara dan pulau-pulau terpencil. Siang malam mengusung kecewa dan risau bergalang-ganti...

Sebenarnya, rasa kecewa dan risau ini boleh dikurangkan. Keberkesanannya pula terpulang pada ketahanan mental, emosi dan kesabaran kita. Dalam jangka masa yang singkat, sudah tentu bukan satu perkara mudah untuk menerima sesuatu kenyataan. Kenyataan untuk jangka masa yang panjang dengan kesan yang berbagai terhadap diri sendiri dan keluarga.

Kepada sahabat-sahabat juga buat diri saya, kita perlu bina kekuatan hati dan minda. Our mind control everything. Jika tidak, segalanya akan lemah. Justeru, kita try to cut connection feeling. Bulatkan azam untuk lebih terfokus kepada masa depan kita, keluarga, rezeki dan keilmuan. Letakkan semua ini di bawah tunjang agama demi fi sabilillah kita sebagai pendidik.

Betul, bukan senang untuk cut rasa kecewa ini semudah kita padamkan lampu atau tutup pili air. Saya sarankan kita hilangkan rasa ini step by step dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain. Secantik-cantik tempat kita, barangkali tempat orang lebih indah dan damai. Jauh dari keriuhan dan kesibukan kotaraya. Cuba pujuk hati kita membayangkan desiran angin meniup pohon-pohon nyiur, sawah padi terbentang dan deruan ombak menghempas pantai. Semua ini pasti akan menambahkan kecintaan kita untuk lebih lama 'berkampung' di sana.

Disamping itu, kita buang sikap risau yang akan
mengundang masalah kesihatan fizikal dan mental. Risau inilah yang menjadikan kita sedih dan kecewa. Apatah lagi untuk terima penempatan baru dengan segalanya yang asing pada kita. Lagi-lagi mereka yang akan mengajar jauh di pendalaman, felda serta ceruk-ceruk desa. Kalau kita tanya kepada sesiapa pun sama ada hendak pergi ke pedalaman, pasti tiada yang sanggup.
Lorong-lorong gigih mencari dan memberi ilmu...
Bayangkan terpaksa berjalan berjam-jam, menaiki bot tiga hari tiga malam, siapa yang mahu? Ketiadaan coverage untuk berhubung menggunakan telefon dan internet. Pendek kata, terputus dari segala macam aksesibiliti, kemudahan asas yang serba daif, tiada panggung wayang, pusat membeli-belah dan keselesaan lain.

Dalam fikiran dan bayangan kita sudah terlintas pelbagai kesulitan yang bakal ditempuhi. Dengan bekalan elektrik yang hanya bergantung kepada janakuasa. Operasi generatornya belum tentu 24 jam sehari. Mungkin bekalan ini tidak konsisten dan akan terputus pada masa-masa tertentu untuk menghadkan kos minyak. Apatah lagi dengan ketiadaan pengangkutan awam melainkan jalan-jalan kampung yang becak dengan sungai dan paya. Turut berdepan dengan kebarangkalian risiko seperti bot terbalik, diserang binatang buas, lanun dan sebagainya.
"...Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan..." [Al-Insyirah: 5-6]

Dalam rasa itu, kita cuba bertafakur, renung sehadam-hadamnya tentang nikmat yang kita telah kecap selama ini. Maka untuk takdir yang Allah SWT anugerahkan kali ini juga sebenarnya ada hikmah dan nikmat yang masih belum kita nampak. Wajarlah sebagai hamba-Nya, kita mengucap rasa syukur seikhlas hati, sebanyak mungkin hingga rasa itu meresap jauh ke dalam diri.

UBAH PERSEPSI

Tekadkan diri untuk ubah persepsi kita. Walau seburuk mana pun keadaannya nanti, kita harus belajar mencari sinar mentari disebalik awan. Cari sebanyak mungkin untuk memberi peluang membina rasa cinta pada sesuatu yang baru. Buat apa susah-susah kita fikir yang buruk sedangkan kita boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, kita akan dapat yang buruk jawap
nya. Ini hukum alam yang dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, hukum Law Of Attraction.

InsyaAllah, takdir hari ini adalah jalan pendidikan dari Allah SWT untuk kita belajar tentang kehidupan. Gunakan peluang merantau di tempat baru ini untuk meneroka kehidupan habis-habisan. Anggaplah kita akan memulakan misi kelana atau kembara baru yang bakal mematangkan diri, menambah ilmu, meluaskan pengalaman serta meningkatkan jati diri kita sebagai pendidik berkualiti, mulia dan terhormat dunia akhirat.
Wajah-wajah yang dahagakan ilmu dari insan bergelar guru...
Apa yang penting, jangan mengeluh lagi. Buangkan rasa kecewa itu sejauh-jauh yang mungkin. Jika orang lain sibuk memperkatakan tentang elaun yang tinggi serta kenaikan pelbagai insentif, biarkan mereka dengan hal-hal itu. Tanamkan dalam diri kita untuk bekerja semata-mata kerana Allah SWT, bukan mengharapkan habuan, cuma perlukan keperihatinan pihak kerajaan. Semoga amal ibadah kita diterima di sisi Allah SWT, selalu diberi petunjuk dan perlindungan-Nya di mana sahaja. Amin~

Monday, December 22, 2008

PAWNS IN THE GAME


Alhamdulillah, kini segalanya telah pulih...

"This webpage is not available. Error 320 (net::ERR_INVALID_RESPONSE): Unknown"

"Server error and could not complete my request?", ya Allah, apo kono...

Sepanjang empat hari ini saya tidak 'selesa' untuk berblog. Bermula pagi Jumaat lagi, blog saya seakan mengalami masalah serius. Punca dan kebarangkalian masalah cuba dikenalpasti biarpun saya ini tidaklah searif mana tentang IT. Namun, usaha 'cuba jaya' saya tetap menemui kegagalan. Disebalik kegagalan menyelesaikan masalah, saya juga menemui kejayaan lain. Kejayaan dari segi menambah ilmu-ilmu baru walau hanya dengan sepatah kata 'IE'. Dari banyak yang saya tidak tahu, akhirnya menambah tahu biarpun sedikit. Alhamdulillah...

Terima kasih kepada beberapa orang sahabat yang sudi bertanya khabar tentang masalah ini. Pertolongan kalian itu amat saya hargai. Hingga kini, saya berblog cuma sekadarnya. Again and again, request still not complete. Image juga tidak dapat saya selitkan dalam beberapa entry baru ini disebabkan masalah upload.

Tidak sia-sia...

Nampaknya, masalah 'songeh' ini sedikit sebanyak telah merencatkan mood saya untuk menulis entry baru. Saya sedar, setiap sesuatu itu pasti tiada yang sia-sia, melainkan ada hikmahNya. Blog yang seakan terkena komplot sekutu google ini saya tinggalkan sekejap. Pawns In The Game by William Guy Carr menjadi pilihan. Buku yang telah saya beli lapan tahun sudah semasa menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia. Inilah buku yang disyorkan oleh pensyarah kesayangan saya, Prof Dr. Sulaiman Bin Noordin suatu ketika dulu.

BIDAK-BIDAK DI PAPAN CATUR
Iblis dan 'bidak-bidaknya' ada di mana-mana...
Buku ini sudah lama terkenal di seluruh dunia dan telah diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa. Kandungannya penuh dengan pembongkaran fakta-fakta dan peristiwa-peristiwa sejarah yang melibatkan banyak bangsa-bangsa besar dunia. Kebenarannya dibuktikan oleh dokumen-dokumen yang sah serta masih tersimpan pada masa ini di perpustakan-perpustakaan muzium di negara-negara Eropah dan Amerika.

Membaca buku ini telah meluaskan pandangan dan pengetahuan saya. Tetapi pendedahannya tidaklah sampai membawa saya kepada sesuatu yang dinamakan inferiority complex. Disebalik isi kandungan buku ini, saya dapat melihat kesan-kesan angkara komplot-komplot jahat (kuasa-kuasa sulit) yang dinaungi dan didalangi iblis terkutuk... Luciferean conspiracy!

Bagusnya buku ini dapat mengemukakan tafsiran amali kepada ayat-ayat al-Quran tentang suatu keturunan manusia yang mengakui diri mereka sebagai 'bangsa terpilih'. Inilah bangsa yang suka bermegah, sedangkan al-Quran menyifatkan mereka ini sebagai 'bangsa perosak atau pengacau' di muka bumi. Golongan bangsa inilah yang menjadi ejen-ejen (bidak-bidak) iblis disokong oleh si Luciferean Ideology yang dipelopori pula oleh Illumaniti.

Ayat-ayat al-Quran telah berulangkali mengingatkan tentang tipu daya yang dilakukan oleh iblis tersebut. Kesempatan entry kali ini, saya suka untuk berpesan kepada diri sendiri dan pembaca blog ini agar kita sebagai umat Islam beringat-ingatlah selalu kepada pesanan Allah dalam ayat-ayat suci.

Syaitan itu merupakan suatu makhluk halus yang bersifat spiritual dan tidak dapat dipastikan dengan pancaindera manusia. Makhluk jenis halus ini berupaya menyerap ke dalam tubuh badan manusia melalui saluran-saluran darahnya. Malah, agenda kejahatan ini digiatkan lagi dengan memasang ejen-ejennya dari jenis manusia sendiri. Jika kita perasan, hal ini jelas dinyatakan antaranya dalam surah An-Nas; 1-6, surah Al-A'raf; 16-17, surah Al-Hujurat; 39.

'AKU BUKAN MUSUH HARTA'

Saya amat tertarik dengan semangat nasionalisme yang didedahkan dalam buku ini. Apa yang mereka amat pentingkan adalah bagaimana hendak memegang kuasa ekonomi dan politik. Mereka berazam hendak menguasai untuk faedah kepentingan diri mereka, teraju yang mengendalikan segala kekayaan, sumber-sumber tabii dan tenaga manusia seluruh dunia.
'Sepanas' lagu puisi Dr. Asri, sehebat itulah cita-cita mereka yang berusaha untuk memalingkan dunia ini kepada dasar fahaman mereka. Dasar yang terang-terang mahu menubuhkan suatu pemerintahan diktator totalitarian yang mengingkari Tuhan sama sekali. Subhanallah... ~

Saturday, December 20, 2008

A dan B sama membina...


Petang Sabtu...


"Blog awak tak menarik le", sedikit pandangan bersahaja daripada seorang sahabat kepada saya petang tadi. Sama ada itu pandangan ikhlas atau provokasi yang sengaja dicetuskan, saya sendiri tidak pasti.

"Terima kasih. Tak mengapalah kalau tak menarik. Saya sekadar mencetus idea untuk memberitahu apa yang saya tahu", jawab saya seikhlas mungkin kepada sahabat A ini. Senyum saya memekar kerana tertarik pada perkataan tak menarik itu. Ya, kenapa saya perlu kecewa dengan kritikan kelat sebegini.

Malamnya pula...

"InsyaAllah, saya akan sentiasa buka blog (nama sebenar penulis) dari semasa ke semasa. Sangat tertarik dengan journals yang (nama sebenar penulis) hasilkan", sahabat lain pula memberi pandangan. Berbanding petang tadi, malam ini saya tertarik pula dengan perkataan sangat tertarik sahabat B. Betul, kenapa saya perlu 'syok sendiri' dengan komen manis sebegini.

"Terima kasih kerana sudi membaca. Saya bukan penulis blog yang baik. Malah tak menarik pun. Tapi blog saya 'hidup' untuk saya menambah ilmu bagi mengambil tahu apa yang tak tahu. Akhirnya, saya menulis bila mahu memberitahu walau sepatah kata. Sharing is caring. Thats all", jawapan kepada sahabat B juga saya jawab apa yang terlintas di fikiran. Jangan pula ingat saya hipokrit hendak berlakon merendah diri. Tiada maksud lain yang tersirat di hati. Sebenarnya, saya ini mudah geli hati bila ada yang suka memuji.

BATU DAN AIR
Sifat batu dan air sama membina...

Kesimpulannya, pandangan pelbagai sahabat-sahabat ini amat saya hargai. Saya menerima pandangan A dan B untuk bantu 'membina', bukan 'meruntuh' saya. A dan B saya jadikan 'bahan konkrit' supaya menguatkan lagi semangat penulisan di blog MyHumairaKu. Sebagaimana sebuah bangunan, pembinaannya yang utuh memerlukan bantuan batu dan air. Keduanya perlu diadun bersama dalam kadar nisbah yang sesuai.
Mungkin A menilai tak menarik kerana blog saya 'berwajah' tidak secanggih blog lain. Mungkin A juga menilai tak menarik dari sudut gaya penulisan saya tidak memenuhi kehendaknya. Maka sahabat A ini layak memberi kritikannya.


Jika A begitu, B pula begini. Pada saya, sahabat B juga punya hak yang sama untuk memberi komen terbuka. Walaupun sebaliknya, pandangan B mungkin ada benarnya. Pandangan dan kehendak masing-masing berbeza. Terpulang pada yang memberi dan menerima.
Kita perlu akur dengan skill dan level pemblog adalah berbagai. Kita tidak boleh membuat persepsi konkrit bahawa semua bloggers mempunyai minat yang serupa. Ringkas atau panjang, berat atau ringan, jelas atau kabur itu adalah kemampuan penulisan masing-masing.


Secara peribadi, saya mengakui cara pemikiran dan penulisan-penulisan saya tidak sehebat bloggers lain. Mungkin kerana saya tidak pandai membuka isu-isu 'panas' semasa yang kontroversi dan luar biasa. Mungkin juga kerana saya ini tidak berani menulis selantang lidah-lidah orang politik di parlimen. Barangkali juga kerana saya yang menulis ini tidak pandai mengolah ayat-ayat berbaur hadith dan keagamaan. Semuanya itu adalah saya...
Jika anda juga berpandangan seperti A dan B, itu sudah cukup baik bagi diri saya. Ini membuktikan penulisan saya dinilai dan diambil kesah, malah direspon walaupun hanya dalam penulisan maya.~


Friday, December 19, 2008

Ia hadir lagi... Sayyidul Ayyam


Indahnya terlalu istimewa...
Ia hadir lagi... setiap minggu, pasti ia yang ditunggu. Merasai kehadirannya langsung tidak seperti hari-hari lain. Patutlah istimewa sangat. Kehadirannya membuatkan penampilan saya akan turut berubah. Pernah juga insan-insan di sekeliling menegur, kononnya saya agak menawan dari biasa. MasyaAllah, menawan ke?

"Amboi dia, asal hari Jumaat je mesti melawa habis. Ada apa-apa ke ni?", tegur sahabat kepada saya. Biarpun hanya dengan sepotong ayat bersahaja, adakalanya bernada nakal. Pada saya, itu semua sekadar gurauan mahu mengusik. Sengaja saya tidak mengendahkan, supaya mudah mengurangkan segan di hati. Lebih senang cerita, saya tidak mahu diri sendiri larut dalam pujian orang.

Betul, semuanya nampak berbeza sekali. Malahan, tindakan saya seakan luar biasa efektif. Terfikir juga mengapa ia selalu terjadi begini. Adakah kerana saya menginginkannya? Adakah ia juga satu kebetulan semata-mata? Ya! Segalanya mungkin...

"Ya Allah, sedar tak sedar esok dah Jumaat laa...", petang Khamis semalam saya beranalog sendiri. Berkira-kira waktu yang berlalu. Menghitung jemari, tarikh itu dan ini. Tak sedar sudah menghampiri penghujung tahun. Namun, telah banyak yang terlepas pergi. Rugi... rugi...


Hari ini saya terbangun seawal pagi lagi. Mungkin kerana 'kepuasan' diperbaringan semalam membuatkan pagi ini mudah terjaga tanpa menanti peringatan rutin. Sudah tentu saya mendahului my alarm signal. Ayam belaan jiran juga sudah mula berkokok. Tidak jemu bersahut-sahutan mengejutkan kami di sini.
Disebalik keheningan subuh yang masih pekat, sayup-sayup kedengaran bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari masjid berhampiran. Biarpun tidak sejelas mana, saya cuma membuat telahan. Barangkali bacaan itu adalah ayat-ayat dari surah Al-Sajdah...


*** InsyaAllah, jika tiada sebarang kesulitan, ikuti sambungannya seawal petang Khamis hadapan~

Thursday, December 18, 2008

Aisyah Gadis Merah Jambu [Qishshotun 2]


"Lembar demi lembar kutelusuri pesona peribadinya. Hati yang kagum ini selalu tergerak untuk berupaya mengikuti Ash-Shiddiiqah Binti Ash-Shiddiiq. Si Gadis Merah Jambu... special like 'tsarid'!", the true story dari saya yang hanya seorang Aisya Humaira.

Gambar sekadar hiasan
[...sambungan qishshotun 1]
Rumah yang didiami Rasulullah SAW bersama Sayyidatina Aisyah r.a bukanlah sebuah istana yang megah dan besar. Rumah yang baginda tempati bersama isteri-isteri beliau lebih tepat dikatakan sebagai bilik-bilik kecil di perkampungan Bani Najjar di sekeliling Masjid Nabawi. Bilik Sayyidatina Aisyah r.a terletak sebelah timur masjid. Pintunya pula di sebelah barat bilik Sayyidatina Aisyah r.a terletak dalam Masjid Nabawi sehingga masjid itu seakan-akan menjadi serambi ruangan.
Rasulullah SAW biasa memasukkan kepala Baginda ke bilik Sayyidatina Aisyah r.a sementara baginda beriktikaf di masjid. Pada saat itu, Sayyidatina Aisyah r.a pun menyisir rambut Baginda [HR Bukhari dan Muslim]
Perabot-perabot yang ada di rumah Rasulullah SAW hanyalah tempat tidur dan sehampar tikar juga sebiji bantal dari kulit yang diisi sabut. Beberapa helai kulit yang digantung, geriba tempat air minum, bejana untuk menyimpan air dan kurma serta sebuah mangkuk untuk meminum air. Langsung tidak memiliki lentera duniawi. MasyaAllah... sedangkan kita hari ini hidup lebih sempurna dari itu. Namun masih ada yang tidak tahu bersyukur.
Sayyidatina Aisyah r.a begitu cinta pada Rasulullah SAW. Sehinggakan jika dia tidak menemui Baginda di sampingnya pada malam hari gilirannya, dia akan merasa gelisah. Sayyidatina Aisyah r.a menuturkan bahawa, "Suatu malam, aku tidur di sisi Rasulullah SAW. Malam telah larut ketika aku terbangun dan aku tidak menemukan beliau di sampingku. Saat itu rumah-rumah tidak berlampu. Aku bergerak meraba-meraba dalam gelap. Tiba-tiba tanganku menyentuh kaki Baginda yang tengah bersujud. Dalam sujud itu, Baginda berdoa," Ya Allah, aku berlindung kepada redhaMu dari murkaMu. Aku berlindung kepada perlindunganMu dari seksaMu. Aku berlindung kepadaMu dari diri
Mu. Tidak bisa kuhitung pujian untukMu. Engkau adalah sebagaimana Engkau puji diriMu sendiri" [HR Muslim, Malik, Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majah]
Special like 'Tsarid'

Tsarid ke ni...

Rasulullah SAW sangat sayang kepada Sayyidatina Aisyah r.a. Memanglah Sayyidatina Aisyah r.a wanita yang cantik jelita. Tetapi Sayyidatina Aisyah r.a juga wanita yang bijak dan cergas. Walaupun usianya masih muda, dia rajin dan cepat mempelajari sesuatu. Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Keutamaan Aisyah atas wanita-wanita lain adalah seperti keutamaan tsarid (bubur daging dan roti) atas makanan yang lainnya." Tsarid adalah sejenis makanan yang paling istimewa ketika itu.
Kecintaan Rasulullah kepada Sayyidatina Aisyah r.a melebihi kecintaannya kepada isteri-isteri Baginda yang lain. Pada suatu ketika Rasulullah SAW ditanya, "Siapakah orang yang paling engkau cintai?", maka beliau menjawab, "Aisyah".
Hal ini didasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Amr bin ‘Ash, dimana dia datang kepada Nabi seraya bertanya,"Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling engkau cintai?", beliau menjawab, "Aisyah". Kemudian Amr bin Ash bertanya, "Siapakah orang lelaki yang paling engkau cintai?", beliau menjawab, "Bapaknya (Abu Bakar)". Dia bertanya, "Kemudian siapa lagi?", beliau menjawab, "Umar", yakni Ibnu Al-Khathab, semoga Allah meredhai semuanya.
Ini pula keadaannya ketika mula-mula berpindah ke rumah Rasulullah SAW. Sayyidatina Aisyah r.a membawa permainannya, kerana kelakuannya yang masih keanak-anakan. Suatu hari ketika Rasulullah SAW sampai ke rumah, dilihatnya Sayyidatina Aisyah r.a sedang bermain. Lalu Rasulullah SAW bertanya:
"Apakah itu ya Aisyah?"."Ini adalah kuda nabi Sulaiman", jawab Sayyidatina Aisyah r.a.
"Sayap apakah itu?", tanya Baginda lagi.
"Ini adalah sayap kuda. Bukankah kuda nabi Sulaiman ada sayap untuk membolehkannya terbang?", jawab Sayyidatina Aisyah r.a.
Jawapan Sayyidatina Aisyah r.a yang bersahaja dan agak melucukan itu membuat Rasulullah SAW ketawa.
Pada suatu hari yang lain pula, ketika Rasulullah SAW sampai, Baginda mendapati Sayyidatina Aisyah r.a sedang tidur. Sedangkan seekor kambing memakan roti di dalam rumah. Rasulullah SAW ketawa melihat keadaan itu. Baginda lalu membangunkan Sayyidatina Aisyah r.a dengan perlahan-lahan.
Rasulullah SAW memang selalu berlemah-lembut terhadap Sayyidatina Aisyah r.a kerana dia masih terlalu muda. Oleh itu, Rasulullah SAW memberinya kesempatan dan peluang untuk mempelajari dan memperbaiki diri.
Begitu banyak keutamaan dan kemuliaan yang dimilikinya. Semoga setelah membaca kisah pada qishshotun kali ini, hati kita akan tersentuh dan semakin menambah rasa cinta kita kepada Gadis Merah Jambu ini.
Terlalu banyak keutamaannya, sehingga hanya sebahagian kecil sahaja yang mampu saya ceriterakan.
Al-kisah 'black girl' berimej merah jambu berakhir di sini...insyaAllah temui anda pada qishshotun akan datang. Jangan lupa ikuti! [wah, macam Aisyah GMJ The Movie pula]... Assalamu'alaikum WBT~
*** Terima kasih kepada penyumbang rujukkan dan sahabat yang menghadiahkan buku kepada penulis. Kebaikkan kalian, hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya.

Tuesday, December 16, 2008

Tentu segalanya bersebab...


Assalamu’alaikum WBT.

Pertama sekali mabruk buat semua student KPLI Jan 2008, either IPPM atau Institusi Perguruan mana sekali pun. Segala teka-teki kita sudah terjawab. Diharap kalian berlapang dada walau di mana kita ditempatkan. Saya yakin kita semua still akan mengajar di dalam negara. Mustahil pula student KPLI akan 'dicampak' untuk mengajar di negara orang. Setakat negeri orang je kan...

Hebat sungguh aturan Allah. Tentu segalanya bersebab.

Allah Maha Mengetahui...
Kita selalu mengeluh, "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?"...Al-Quran juga selalu menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." [Al-Baqarah : 216]
Kita selalu mengeluh, "Kenapa ujian aku seberat ini?"...Al-Quran menjawab lagi, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." [Al-Baqarah : 286]
Kita selalu mengeluh, "Kenapa rasa sebegini kecewa?"...Al-Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Ali-'Imran : 139]
Kita selalu mengeluh, "Bagaimana harus aku hadapinya?"...Al-Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu'." [Al-Baqarah : 45]
Kita selalu mengeluh, "Kepada siapa aku hendak berharap?"...Al-Quran menjawab lagi, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal." [At-Taubah : 129]
Kita selalu mengeluh, "Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?"...Al-Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." [At-Taubah : 111]
Kita selalu mengeluh, "Aku tak tahu!"...Al-Quran menjawab secantik-cantik bahasa, "...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafi
r." [Yusuf : 12]
Kita selalu mengeluh, "Sampai bila aku merana begini?"...Al-Quran menjawab tidak jemu-jemu, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." [Al-Insyirah : 5
-6]
Berbakti walau di mana...
Pada sahabat-sahabat yang berjaya ditempatkan di negeri masing-masing... tahniah. Mungkin itu dinamakan rezeki 'sireh pulang kegagang'. Tidak dilupa juga pada mereka yang berjaya mendapat negeri jauh dari kampung halaman. Sungguh pun jauh beribu batu, luas perjalanan, pasti akan bertambah lagi pengalaman dan pengetahuan.
Dengar khabar, cik Dila dari PK1 dan cik Seri dari PK3 bakal ditempatkan di pendalaman Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang. Congak-congak, lima jam menyusur Kuala Tembeling baru sampai ke sekolah. Teringat memori 2003, saya juga pernah menyusuri sungai Kuala Tembeling bersama warga PERHILITAN Pahang. Wah, advanture and challenges sungguh! Memang sesuai dengan stamina cik Seri. Tahniah buat insan terpilih ini!

Biarpun sukar menempuhnya, pasti akan manis mengenangnya...

Pada puan-puan yang telah ditempatkan di negeri-negeri berjauhan daripada suami dan anak-anak anda, jangan berkeluh kesah. Terima dahulu seadaNya. Ikhtiarkan kemudian, insyaAllah kalian dipermudahkan. Pada cik-cik yang berjauhan daripada tunangan atau buah hati anda... lagi tahniah! Ini menunjukkan anda perlu 'berkerja keras' bagi mempercepatkan sesuatu yang baik... amin.
Suka atau tidak dengan takdir ini, semoga kita sentiasa akur dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan. Sebaik-baik pilihan kita, ketentuan Dia jualah yang terbaik. Syukur selalu ya... sekurang-kurangnya kita sudah memiliki sumber rezeki yang tetap. Saat kita mengecap kegembiraan hari ini, jangan dilupa jasa-jasa semalam. Ringankanlah lidah kita juga untuk mendoakan cikgu-cikgu yang telah berbakti mencurahkan ilmu hingga kita menjadi guru.
Selamat menghadapi alam baru sebagai seorang guru. Di mana sekalipun kita nanti, jaga diri, hiasi peribadi. Paling penting, jaga akhlak seorang pendidik dan jangan sesekali meninggalkan solat. Ilmu dicurah bertambah berkat, dunia akhirat insyaAllah selamat~
*** Penulis ditempatkan di negeri Selangor.


Monday, December 15, 2008

Aisyah Gadis Merah Jambu [Qishshotun 1]


"Lembar demi lembar kutelusuri pesona peribadinya. Hati yang kagum ini selalu tergerak untuk berupaya mengikuti Ash-Shiddiiqah Binti Ash-Shiddiiq. Si Gadis Merah Jambu... the true beauty!", the true story dari saya yang hanya seorang Aisya Humaira.

Gambar sekadar hiasan
Sayyidatina Aisyah r.a adalah salah seorang wanita yang amat terkenal dalam Islam. Namun, popularitinya tidak sehebat
celebrity mininovela hasil kerjasama produk penjagaan wajah Fair & Lovely itu. Darjat mulianya, amal dan karyanya cuma nyata dan ketara hanya pada yang mengetahuinya.
Dia dilahirkan di Makkah, kira-kira 9 tahun sebelum Hijrah. Sayyidatina Aisyah r.a adalah anak kepada Ummu Ruman binti Amir. Ibu Sayyidatina Aisyah r.a merupakan seorang wanita yang pintar dan cergas. Malah ibunya juga adalah antara wanita yang awal memeluk Islam.
Bapa Sayyidatina Aisyah r.a pula terkenal kerana dialah lelaki pertama yang memeluk Islam. Di samping itu, Abu Bakar juga sahabat nabi paling disayangi oleh Baginda. Abu Bakar seorang yang sangat lemah lembut, bijaksana dan berharta.
Sayyidatina Aisyah r.a mempunyai seorang adik beradik kandung iaitu Abdul Rahman. Sedangkan Asma’ adalah kakaknya dari ibu yang lain. Melalui ibu bapa yang terkenal, mulia dan berakhlak terpuji ini, Sayyidatina Aisyah r.a mewarisi sifat-sifat kedua ibu bapanya. Bapanya terkenal dengan panggilan Abu Bakar as Siddi.
Sayyidatina Aisyah r.a pula dipanggil Aishah Siddiqah. Didikan sempurna yang diterima oleh Sayyidatina Aisyah r.a menjadikan dia cergas, pintar, fasih dan kuat keimanannya kepada Allah SWT.
Kerana wahyu, aku isterimu.
Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, ia berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Tiga malam aku bermimpi melihat kamu. Malaikat datang kepadaku menghantarkanmu dengan memakai sepotong baju sutera seraya berkata: Inilah istrimu. Ketika aku buka wajahmu, ternyata itu memang benar-benar kamu. Lalu aku katakan: Kalau itu memang datang dari sisi Allah, maka Allah pasti akan menjadikannya kenyataan."
Setelah Rasulullah SAW kematian isterinya, Sayyidatina Khadijah r.a, Rasulullah SAW berkahwin dengan Sayyidatian Aisyah r.a. Ketika itu Sayyidatina Aisyah r.a berusia 9 tahun. Perkahwinan itu berlangsung pada bulan Syawal, 2 tahun sebelum Hijrah.
Dikalangan orang-orang Arab, ketika itu perkahwinan antara pasangan yang jauh beza usia adalah tidak dianggap pelik atau luar biasa. Iklim Arab yang panas menyebabkan
physical changes yang cepat pada anak-anak perempuan termasuk Sayyidatina Aisyah r.a. Di samping kelebihan dan potensinya untuk mengembangkan kemampuan intelektual. Karakter ini disebut precocious yang bermaksud menjadi dewasa lebih cepat dari usia
.
The true beauty without
Fair and Lovely.
Fair and Lovely GMJ TV9
B
iar pun precociousnya gadis itu, Imam Al-Tabari meriwayatkan bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah s.a.w. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Sudah tentu the true beauty itu tanpa calitan Fair and Lovely. MasyaAllah... Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya. Sayyidatina Aisyah r.a menjawab:
"Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."
Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita sudah bersuami atau sebaliknya. Tetapi sebarang produk kecantikan itu mestilah yang disahkan halal materialnya.
Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.
Sekian dahulu al-kisah penulis 'black girl' berimej merah jambu. InsyaAllah, sama-sama kita 'mengikat' hati dengan kehebatan Aisyah Gadis Merah Jambu di entry qishshotun 2... Assalamu'alaikum WBT~
*** Terima kasih kepada penyumbang rujukkan dan sahabat yang menghadiahkan buku kepada penulis. Kebaikkan kalian, hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya.

Sunday, December 14, 2008

"Gadis Merah Jambu"


"Wah, cerita apa tu mak? Tak kenal pun!", saya bertanyakan pada mak tentang topik yang dibincangkan oleh pelakon-pelakon jemputan itu. Bunyi macam menarik, teringin juga hendak mengambil tahu.

"Laa... dah habis colour lain ka nak letak tajuk dia?", saya kembali memprovok mak tentang tajuk drama bersiri itu. Kalau gadis mawar mungkin saya boleh terima. Sedikit geli hati kerana dalam fikiran saya terbayangkan kartun pink panther.

Gadis Merah Jambu vs Pink Panther

Gadis Merah Jambu? Aduh! Saya serasa pelik dengan tajuk drama bersiri yang ditayangkan di saluran TV9. Jangan katakan tidak puas hati dengan tajuknya, pelakon-pelakon cerita berkenaan pun saya tidak kenal. Sari Yanti? Fizow Omar? Asing... asing...
Maklumlah, saya ini bukan 'kaki' TV. Dari dahulu lagi, saya cuma memilih masa dan siaran-siaran tertentu sahaja untuk ditonton. Bila bercerita tentang perkembangan drama di TV atau pelakon-pelakon baru, memang saya mengaku naif. Pendek kata, tidak perlu masuk campur atau mencelah jika ada ruangan sembang-sembang berkaitan semua ini.
Dulu pernah juga menjadi penonton setia drama bersiri Solehah. Itu pun cuma bersemangat pada siri pertengahan sahaja. Selebihnya saya hanya menanti episod akhir dan mengikuti perkembangannya melalui cerita-cerita teman serumah.
Sebagaimana yang diberitahu mak, saya langsung tidak teruja untuk menantikan episod Gadis Merah Jambu. Malah, dengan mudah pula saya terlupa tentang hari dan masa siaran yang diberitahu mak.
Berbalik pada cerita berkenaan, saya terfikir-fikir sesuatu...Kebetulan hari ini saya mengenakan pakaian berwarna merah jambu. Tafsir al-Quran di tangan juga berwarna merah jambu. Itu belum lagi memakai sandal merah jambu snowfly London. Saya sukakan warna pink. Namun warna-warna lain juga tetap menjadi pilihan selain hitam dan coklat. Semua warna ciptaan-Nya menarik dipandangan saya.
Setiap kali melihat iklan TV mengenai drama tersebut, pemikiran saya cuma beralih dan terkisah pada dia seorang. Gadis merah jambu yang selayaknya. Sengaja saya bergurau dengan mak. Saya mengatakan yang gadis merah jambu yang sebenar bukan pelakon cerita itu.Tapi si merah jambu itu adalah saya.... Aisya Humaira. Kisahnya lebih hebat berbanding Gadis Merah Jambu yang disiarkan sekarang ini.
Nantikan episod Aisya Humaira pada
entry akan datang! Gadis Merah Jambu yang pastinya tidak 'mengikat' kaki anda dari berganjak menonton drama itu. Tetapi akan memikat hati anda mendengarkan kisah si Merah Jambu ini. InsyaAllah... setakat ini dulu al-kisah dari 'black girl' yang berimej merah jambu.
Kini mata sepetku mula memberat. Jemari pula seperti segan yang amat. Nampaknya semua sudah memberi signal. Mohon permisi ya... Assalamu'alaikum WBT~

Saturday, December 13, 2008

Kak Nik dan janjiku...



"Rajin ya adik menulis...", respon ringkas daripada seorang yang saya anggap sebagai kakak sendiri.

"Tak juga. Mungkin sekarang ini idea dan masa saya agak seteru. Maka, keduanya menyatu...", saya menjawab seadanya apa yang lahir dari hati.

Hampir setahun lebih saya dan kak Nik mengenali satu sama lain. Banyak juga cerita yang kami kongsikan bersama. Dari yahoo messenger membawa kepada email, dan akhirnya kepada 'khidmat pesanan ringkas'. Pernah sekali dua kami lanjutkan perbualan singkat di mobile phone. Sepanjang mengenalinya, kak Nik selalu cakap yang saya ini lucu orangnya. Betul ke? Aduhai kak Nik... mahu juga adik tergelak kerana perkataan 'lucu' kak Nik itu.

Ta'aruf kami semakin hari semakin meluas. Seminggu ini, adik-adik kak Nik juga ramah menegur saya di 'sini'. Sesekali confius juga saya mahu mengecam yang mana satu kak Nik dan adik-adiknya, Aqilah, Aisha serta Zulqarnain. Apa tidaknya, mereka semua berkongsi id ym kak Nik. Sporting betul...

Sebenarnya, kami belum pernah bersua muka. Namun, ukhuwah yang terjalin tetap segar. Gurau dan senda kami sentiasa terjaga. Nasihat dan pendapat juga saling bertukar. Boleh dikatakan sepanjang Aidil Adha ini kami banyak bertegur sapa di yahoo messanger.

Pagi hari ini, selesai solat Subuh, saya masih berkesempatan untuk bersantai-santai di depan laptop. Sambil membaca dan minum, terasa 'galak' mahu menulis lagi. Beginilah sindrom bila student dapat bercuti panjang. Setelah kotak new post dibuka, jemari terasa kaku. Hati sedikit 'tandus' mahu memulakan penulisan baru. Saya tangguhkan sekejap. Menulis ini usah dipaksa. Segalanya akan datang sendiri bila tiba masanya. Saya juga bukan blogger yang memerlukan pendapatan di sini.
Laptop dibiarkan seketika...
Saya memilih untuk mengeluarkan beberapa koleksi majalah NUR yang masih dalam simpanan. Alhamdulillah, semuanya tersusun cantik di bilik mak. Akhirnya, ilham yang 'terbantut' tadi kembali tercetus tatkala teringatkan kak Nik. Ya, kak Nik! Saya tersenyum, terus tertawa geli hati teringatkan perkataan 'lucu' kak Nik.

Janjiku pada kak Nik...

Janji semalam belum tertunai lagi. Mungkin janji itu nampak seperti mudah. Tetapi belum tentu ia menepati kehendak. Harapnya sedikit sebanyak penulisan ini akan dapat membantu kak Nik, 'bakal-bakal' dan diriku juga. Hehe...

Gambar sekadar hiasan

Ringkas menawan, tetapi tidak tabarruj.

Setiap wanita mengimpikan perkahwinan sekali seumur hidup. Tapi saya yakin, hasrat ini belum tentu kekal di lubuk hati kaum lelaki. Dengan kuasa Allah, siapa yang tahu, mungkin rezeki sekali akan disusuli berkali-kali. Kita merancang, namun Dia jualah sebaik-baik penentu.

Berbalik pada perkara yang pertama kali. Semestinya semua mahukan segala-galanya berjalan dengan sempurna. Baik acara akad nikah sehingga majlis persandingan. Namun saya memandang acara persandingan bukan satu kewajipan atau keperluan. Adat kita sahaja yang mengkehendakkan begitu. Sekalipun nampak janggal tanpa acara ini, pasangan pengantin tetap dirahmati. 'Masjid' sudah sedia terbina tanpa cacat dan celanya. Itu yang kita cari, redha Ilahi.

Pada hari bahagia itu nanti, diharap konsep ringkas menawan menjauhi tabarruj. Larangan tabarruj ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” [Surah al-Ahzab : 33]

Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

Gambar sekadar hiasan

Berandam yang berbentuk 'li tadlis' mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud:

"Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn).

Bersolek juga perlu secara ala kadar dan tidak berlebihan. Pastikan bahan solekkan bukan diperbuat daripada benda haram. Pada pandangan saya, mungkin solekkan sendiri atau dari kalangan ahli keluarga juga sahabat dapat membantu menjimatkan kos juruandam. Jika khidmat ini diperlukan, maka kita perlu titikberatkan pemilihan juruandam.

Berandam sesama jenis tidak mengapa. Misalnya lelaki mengandam lelaki, perempuan mengandam perempuan. Di kampung saya, juruandam kebanyakkannya dari kalangan 'lelaki lembut'. Biarpun sifatnya lembut, lelaki tetap lelaki. Haram menatap wajah wanita. Apatah lagi menyentuh kulit wanita yang bukan muhrimnya.

Henna dijari...

Henna atau berinai pula macam mana? Hasil pembacaan saya, berinai ini dibolehkan. Bahkan Nabi SAW sendiri pernah mengenakan inai pada rambut dan janggutnya. Memakai inai pada kuku pun tidak menjadi masalah. Tetapi mestilah inai asli dari daun inai. Bukan inai pewarna yang menyeliputi kuku atau kulit hingga menyebabkan air wuduk atau air mandi wajib tidak sampai ke kuku atau kulit tersebut.

Kalau kita lihat wanita-wanita zaman salaf berinai, Nabi SAW tidak menegahnya, malah menyuruhnya. Dalil: Dari Aisyah ra:

"Nabi SAW melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan? Maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda, jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dgn inai)." [Abu Daud : 4166 dan an-Nasa’iy : 5092]
Bagaimana dengan pengantin lelaki pula? Lelaki tidak boleh pakai inai (henna) dijari kerana menginai kuku adalah feminis. Fiqh Syafi’iy mengharamkan lelaki berinai dikuku (al-Nawawi,al-Majmu’: 1/292).

Gambar sekadar hiasan

Maka tegahan wanita berinai atau henna itu adalah tidak benar. Tegahan itu sebenarnya untuk lelaki. Apa faedahnya jika lelaki mengenakan inai? Malah tegahan ini kerana hadis Imam Ahmad :

"Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan” [al-Musnad : 2984, dari Ibn Abbas, disahihkan oleh Ahmad Syakir]

Yusuf al-Qardhawi menyatakan ulama’ berpendapat bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasaan wanita. Inai yang digunakan untuk perubatan (medication) tidaklah mengapa (tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit cagu (kuku rosak).

Selain itu, aksesori juga adalah set-set tambahan untuk menambahkan seri pengantin. Misalnya memakai cincin ada caranya. Sebaik-baik pakailah dengan niat untuk mengikut sunah dan bukan sekadar mahu berfesyen sahaja. Pengantin lelaki juga boleh mengenakan pemakaian cincin. Tetapi mengikut ketetapan syarak. Rasulullah pernah berpesan pada menantunya Sayidina Ali selepas Ali berkahwin dengan puteri Rasulullah, Fatimah az-Zahra:

"Sekiranya kamu ingin memakai cincin, pakailah di jari manis dan juga kelingking. Jangan pakai di jari tengah dan telunjuk kerana itu adalah cara berhias bagi umat Nabi Lut."

Gambar sekadar hiasan

Hari perkahwinan adalah detik bersejarah bagi kebanyakan orang. Justeru antara yang begitu dititikberatkan adalah busana yang sesuai dengan keperibadian. Bagi kalangan muslimah seperti kak Nik, usah peningkan kepala. Sekarang sudah banyak sekali busana pengantin yang menepati ciri-ciri anggun, sopan dan tatasusila.

Malah pereka busana pengantin kini semakin prihatin dengan keperluan wanita bertudung. Pada pandangan saya, pemilihan tudung tidak perlulah terlalu sarat. Cukuplah nampak kemas dan memberi keselesaan sepanjang hari. Pengenaan sarung tangan dan kaki juga adalah sangat penting. Bagi menambahkan seri pengantin muslimah yang sejati.

Cukuplah setakat ini. Semoga entry kali ini tidak menghampakan janjiku pada kak Nik. Buat pembaca yang mempunyai idea mahupun ilmu pengetahuan lain, dialu-alukan untuk berkongsi di sini. Sebarang kesalahan tulisan saya juga harap diperbetulkan demi survival Islam~