Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Ma'assalama Ya Huzni La Mubarak

"Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu)
pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya).
Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman." [as-Saff: 13]

Allahu Akhbar Wa Lillah Al-Hamd...

Mabruk 'alaikum ya Misr!

Akhirnya, 11 Februari 2011, runtuh sudah pemerintahan tirani seorang Hosni.
Rasa senang sekali menyambut berita pengunduran yang dinanti. Menumpang syukur seantero Mesir sana. Dan sekalian mereka di segenap penjuru dunia.

Hatta saya ini bukanlah Misriah, hanya seorang Maliziyyah, saya tetap mahu mengucapkan ma'assalama kepada An Old Misr. Enta sudah menjadi huzni. Enta tidak mubarak lagi.

Ma'assalama ya Huzni la Mubarak!

Dan ahlan wa sahlan The New Mesir with A New Misr yang akan memegang kendali pemerintahan baru.
Mendoakan A New Misr yang masih misterius itu meneladani bibit-bibit pimpinan karismatik Khalifah Umar bersama pasukan tenteranya yang bijak, Amru bin Ash Radhiyallahu 'anhu.

Ya. Pemimpin bernama Islam sahaja tidak mencukupi. Tidak menjamin apa-apa. Pemimpin bernama Islam perlu membawa roh Islam ke dalam sesebuah pimpinannya. InsyaAllah, saya yakin Islam akan lebih luhur menjadi darah daging rakyat bumi Kinanah yang baru nanti.

Semoga semilir angin pembaharuan Mesir akan menyisir hingga ke segenap pelosok benua. Harapnya sampai ke sini juga. Ahlan. Ahlan bina... ~


Nota: Kepimpinan yang paling lemah adalah kepimpinan yang hanya bergantung kepada kuasa dan jawatan. Maka, apabila hilang pengaruh, natijahnya akan menerima nasib yang sama seperti Hosni hari ini.


Monday, January 10, 2011

Salam Takziah

"Setiap jiwa akan merasai kematian. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada kami." [al-Anbiya': 35]

Kematian
.

Sebenar-benar makna 'kehilangan' yang tiada berganti
.

Menerima perkhabaran itu bukanlah sesuatu yang dipinta
. Ya. Walaupun khabar sedih tersebut bukan datangnya dari kalangan keluarga terdekat kita. Namun, sedikit-sebanyak ia tetap menyuntik rasa bukan?

Dan saat saya menyudahkan baris-baris terakhir catatan singkat ini, saya sebenarnya sedang berkongsi rasa itu.
Tanpa dipaksa, berbalam-balam menyelubungi jiwa.

Semoga Allah mengurniakan kekuatan tsabat dan sabar kepada jiwa mereka yang menempuh ujian getir ini.

Ya Allah, cukuplah perkhabaran kematian menjadi peringatan buat kami yang akan menyusul pula.

Al-Fatihah~

Nota:
1. Ahad, 26 Disember 2010. Waktu panggilan 10.02 pagi dari Mesir.

2. Isnin, 10 Januari 2011. Waktu panggilan 7.32 malam dari Malaysia.


3. Salam takziah buat kedua-dua sahabat saya yang telah kehilangan bonda tercinta. "Semoga Allah membesarkan pahalamu dan membaikkan kesabaranmu dan mengampunkan bagi bondamu."


Monday, December 06, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Dari Amirul Mu'minin Umar bin al-Khotthob rodiallahu'anhu berkata,
"Aku mendengar Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam bersabda, Sesungguhnya amalan-amalan itu berdasarkan niatnya dan sesungguhya bagi setiap orang apa yang ia niatkan, maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa yang hijrahnya kerana untuk menggapai dunia atau wanita yang hendak dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang dihijrahi." [Hadith Riwayat al-Bukhari]

Sunday, March 07, 2010

Ada Sesuatu Ingin Dikhabarkan

Terima kasih kepada pengirim kad yang tidak bersetem ini... "Tahaadu Tahaabbu"

Alhamdulillah, tanggal 4 Mac 2010 yang istimewa sudah pun berlalu. Terima kasih juga saya titipkan kepada bonda tercinta. Susah payah beliau melahirkan saya ke sini. Susah payah beliau 'menjadikan' saya hingga ke hari ini. Pejam celik, pejam celik, kian besar panjang rupanya. MasyaAllah, anak siapakah ini?

Sekali pandang, tidak ubah persis remaja belasan tahun. Dua kali pandang pula, nampak juga susuk kedewasaannya. Tambah yang ketiga kali pandang, baru soheh kedut-kedut wajahnya. Inilah aturan alam. Melaluinya harus dengan kesedaran diri. Betul ngak?

Saya tidak seperti orang lain...

Sempena perubahan digit baru ini, tiada terselit sebarang impian dan harapan yang tinggi. Tidak juga terlalu spesifik.
Cukuplah sekadar diluaskan rezeki yang halal. Dikurniakan kesihatan yang baik supaya saya tidak malas dan lemah dalam segala hal kebaikan. Dan dipermudahkan untuk meneruskan hidup yang serba sederhana ini.

Barangkali saya sedikit keterlaluan di sini. Dengan tidak segan silunya, saya mahu menyatakan sesuatu, "Ya Allah, saya masih nampak muda!". Sungguh. Maafkan saja di atas kejujuran saya ini.

Namun, ada sesuatu yang lebih besar ingin saya khabarkan. Bukan mahu membuka rahsia sesiapa. Juga bukan mahu memuji, jauh sekali hendak memuja. Madah berhelah pun bukan. Cuma saya mohon jasa baik kalian mendoakan saya agar sentiasa dekat dengan Allah. Doakan selalu ya. Makasih!

Ameen Ya Rabb~

Wednesday, February 24, 2010

Jom Hebah KMN 1431H

Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dijemput hadir beramai-ramai

Dari mana hendak ke mana, tinggi rumput dari padi, cuti Maulud ini merancang ke mana? Luang-luanglah datang ke mari. Sedikit hebahan kepada audiens pembaca blog MyHumairaKu.

Sempena sambutan hari keputeraan baginda junjungan besar Nabi Muhammad SAW, jomlah pakat-pakat turun ke Karnival Maulud Nabi 1431H. Penuhi kesenggangan waktu anda di sini...


Tempat : Masjid Jamek Makmuriah, 45300 Sungai Besar, Selangor.
Tarikh : 25-27 Februari 2010/ 11-13 Rabiulawal 1431H (Khamis-Sabtu)
Anjuran Bersama : Masjid Jamek Makmuriah, Pejabat Agama Daerah, Pejabat Daerah Sabak Bernam Dan PKM DUN Sg Panjang.

Sepanjang tiga hari tiga malam nanti, terdapat pelbagai hidangan program yang boleh dimanfaatkan bersama. Sukacita diingatkan, segrand mana atucara sekali pun, paling mustahak adalah penghayatan dan pengamalan kita terhadap syariat Rasulullah. Salam Kecintaan Ya Habiballah 1431H~

Wednesday, December 23, 2009

Salam Hijrah 1431H

"Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu." [adz-Dzariyat: 22)
Ketahuilah, segala keputusan dan ketentuan Allah SWT merupakan yang terbaik bagi seorang mukmin. Sempena kedatangan hijrah kali ini, hilangkan segala keluh kesah. Kutip dan kautlah segala yang bermanfaat bagi diri kita dan mohonlah perlindungan-Nya. InsyaAllah, misi saya untuk mengejar 3M, 'mencari, memiliki dan memberi' sebanyak-banyaknya.

Pada kalian semua, semoga cita-cita bersama harapan dapat menerangi dan melapangkan jalan kehidupan kita.
Agar setiap daripada kita mengetahui bahawa semakin beratnya musibah yang bakal dihadapi maka bantuan dan kemudahan yang dijanjikan Allah SWT akan bertambah dekat... "Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan." [ath-Thalaq: 7]~

Friday, August 21, 2009

Ketibaan yang dinanti... Ramadhan Kareem

Menyambutnya dengan jiwa terbuka seperti ketibaan orang yang kita cintai... Salam Ramadhan 1430H~

Friday, June 05, 2009

Kami belum serasi...


"Ai akak, malam ni dah tidur kat sana ke?" tanya teman serumah saya tersengeh-sengeh.

"Tulah pasal. InsyaAllah malam ni akak kena la juga tidur kat sana. Maklumlah malam pertama. Baru nak mencari keserasian. Macam manalah agaknya mood malam ni ya... hehe" saki baki gurauan saya kepada teman serumah yang baru pulang.


Alhamdulillah... penuh kesyukuran kehadrat Ilahi. Hari ini tanggal 11 Jamadil Awal 1430H bersamaan hari Jumaat yang baraqah, saya berjaya melangsaikan hajat yang telah lama tertangguh.

Berbulan mencari dan memilih. Kali ini saya tekad dengan kekuatan firasat jiwa bahawa inilah 'jodoh' saya.

Tiba masanya... letih!
Malam pertama bertemankan detik jam dinding juga siulan burung layang-layang yang tidak jemu-jemu...

Segala urusan pindah rumah selesai. Hari ini saya bina kesungguhan dalam menjayakan misi mengangkut sendiri barang-barang peribadi yang tak seberapa. Saya mengambil keputusan untuk memindahkan sedikit demi sedikit supaya tidak membebankan sesiapa. Kedua-dua teman serumah mempunyai komitmen masing-masing.

Tercungap-cungap juga dibuatnya.

Pagi ini saya tekad untuk menyelesaikan segala perancangan yang telah diatur. Kebetulan pula saya tidak mengajar. Peluang yang ada saya manfaatkan dengan bertungkus-lumus sehabis daya. Inilah sindrom keterujaan mendapat kediaman baru.

Perancangan dan idea-idea mula meligat di kepala. Jangan sampai poket tiba-tiba terpokai sebelum masuk gaji sudahlah. Apa pun saya perlu mendahulukan keperluan yang patut. Bukan perkara mudah untuk memenuhi sudut rumah yang maha besar ini.

Sukar juga memikirkan empat buah bilik dengan tiga bilik air yang agak luas. Mahu tidak, orang bujang seperti saya perlu beristiqomah untuk mengurus sebaik orang yang sedang membina rumahtangga.

Nampaknya banyak sudut kekosongan buat sementara ini.

Bergema dibuatnya.

Hari ini saya baru sempat mencuci bilik air dapur. Sepanjang hari, saya sekadar beraktiviti di ruang tamu bawah. Agak seram juga untuk naik berulang kali di tingkat atas. Berbagai bunyian 'mencuakkan' saya. Takut dan debaran berselang-seli. Malah, saya sudah pun terjerit kuat dek kerana cicak menghinggap di kaki tatkala hendak mengambil wuduk. Jauh di sudut hati, saya tidak sabar lagi untuk membawa bonda menemani saya di sini... hehe tiada niat hendak mengimport bibik ke rumah saya. Bondalah segala-galanya.

Labah-labah 'raksasa' muncul mengintai si cicak gemuk mengusik penghuni baru... serammmm

Angan-angan untuk memulakan episod baru di sini terpadam...

Trip kedua selesai. Barang-barang di rumah lama masih berbaki. Lantai rumah yang dimop berulang kali juga sudah kering mewangi. Nampaknya hari ini saya luar biasa rajin dengan tenaga yang bukan sembarangan. Dua buah rumah sekaligus saya mengemop. Dari manakah tenaga saya ini? Malah, sehingga saat posting ini ditulis pun saya masih belum mengalas perut.

CUBA-CUBA UNTUK SERASI

Dari pagi tadi saya mencuba dengan harapan menggunung.

Percubaan demi percubaan.

Nampaknya jangkaan saya tepat. Akses internet broadband Celcom di kawasan perumahan ini agak slow. Saya masih mencari sudut-sudut keserasian. Niat di hati mahu mencuba akses di tingkat atas. Alahai kecut juga hati wanita saya bila mengenangkan diri keseorangan.

Semoga dipermudahkan Allah segala urusan.

Esok dengan perancangan baru. Setelah selesai mengajar, saya perlu bergegas untuk memulakan percutian yang berbaki seminggu sahaja lagi. Kerisauan melanda kerana esok adalah cuti umum sempena Keputeraan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong. Bukan sahaja memikirkan kesesakan yang bakal didepani, tetapi roadtax yang akan tamat pada pukul 12.00 tengah malam esok!

Bila senja menjelang, saya akur mengenangkan rumah dan teman lama di sana. Di sini, saya cuba belajar berdikari walaupun 'kami belum serasi'. Bacaan surah al-Mulk alunan merdu Ustaz Zamri menemani saya dengan ruang rumah yang baru berpenghuni.

Jom solat dan mengaji... Baiti Jannati~


Sunday, May 10, 2009

Setiap Hariku Untuk Ibu

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya" [Al-Imran:104]


MOTHER’S DAY HISTORY

The history of Mother’s Day is centuries old and goes back to the times of ancient Greeks, who held festivities to honor Rhea, the mother of the gods. The early Christians celebrated the Mother’s festival on the fourth Sunday of Lent to honor Mary, the mother of Christ. Interestingly, later on a religious order stretched the holiday to include all mothers, and named it as the Mothering Sunday. The English colonists settled in America discontinued the tradition of Mothering Sunday because of lack of time. In 1872 Julia Ward Howe organized a day for mothers dedicated to peace. It is a landmark in the history of Mother’s Day.

In 1907, Anna M. Jarvis (1864-1948), a Philadelphia schoolteacher, began a movement to set up a national Mother’s Day in honor of her mother, Ann Maria Reeves Jarvis. She solicited the help of hundreds of legislators and prominent businessmen to create a special day to honor mothers. The first Mother’s Day observance was a church service honoring Anna’s mother. Anna handed out her mother’s favorite flowers, the white incarnations, on the occasion as they represent sweetness, purity, and patience. Anna’s hard work finally paid off in the year 1914, when President Woodrow Wilson proclaimed the second Sunday in May as a national holiday in honor of mothers.

Slowly and gradually the Mother’s day became very popular and gift giving activity increased. All this commercialization of the Mother’s day infuriated Anna as she believed that the day’s sentiment was being sacrificed at the expense of greed and profit.

Regardless of Jarvis’s worries, Mother’s Day has flourished in the United States. Actually, the second Sunday of May has become the most popular day of the year. Although Anna may not be with us but the Mother’s day lives on and has spread to various countries of the world. Many countries throughout the world celebrate Mother’s Day at various times during the year, but some such as Denmark, Finland, Italy, Turkey, Australia, and Belgium also celebrate Mother’s Day on the second Sunday ofMay.
http://www.dayformothers.com/mothers-day-history/index.html

HISTORY

Different countries celebrate Mother’s Day on various days of the year because the day has a number of different origins. One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal EquinoxIdes of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries the Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for Christians.

http://en.wikipedia.org/wiki/Mother’s_Day

Saturday, March 07, 2009

Ketika cinta memanggil...

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamu'alaikum WBT dengan lafaz salam perjuangan. Syukur pada Allah atas kehendak dan keizinanNya. Marilah kita panjangkan selawat dan salam buat junjungan kekasih ya Rasulullah SAW.

Setiap kali memasuki gerbang Rabiul Awwal, umat Islam akan sibuk merancang dan berprogram bagi memeriahkan bulan Maulid ini.
Pelbagai acara sedia tersusun dipelbagai peringkat seperti bacaan Surah Yassin, ceramah, perarakan bersepanduk sambil berselawat, persembahan nasyid, kuiz dan berzanji.

Semuanya demi menambahkan kecintaan dan kerinduan kita kepada insan yang paling agung, Muhammad bin Abdullah. Ucapan sambutan ini juga berbalasan di email dan SMS. Malah, berkumandang lagu-lagu mengingati Rasulullah SAW dengan bait-bait indah tersusun di bibir...

"Telah pergi... Selamanya...Namun kasih...Tak terpadam...Ya Rasul..."


Andai mampu dicongak, agaknya dalam perjalanan kehidupan kita ini, sedalam manakah kita telah mengenali Rasulullah SAW? Selama manakah kita benar-benar istiqomah membiasakan diri dengan amalan-amalan sunnah Rasulullah SAW? Sekuat manakah bukti cinta kita kepadanya? Saya sendiri malu dan kelu untuk menyatakan yang itu.

Ya Allah, ku akui tiada hitungan yang nyata dan pasti bisa dikhabarkan.

Namun, tidak dinafikan ketika cinta ini memanggil ya Rasulullah, ya Habibullah, segala yang dirasa hanyalah dia, hanya rindu qalbuku seakan terbang dilangitMu. Biarlah ia terusan melebur menjadi satu tidak hanya saat bulan ini.

Buat semua pengunjung blog MyHumairaKu, penulis utuskan salam kerinduan dan kecintaan yang semakin memanggil sempena Maulidurrasul 1430H~


Sunday, December 28, 2008

Mahabbah Hijriyah


Rindunya hati orang yang bermakrifah kepada mengingati Tuhan. Dan sebutan mereka waktu bermunajah adalah untuk kerahsiaan. Di situlah orang yang menyintai Allah seperti bintang-bintang yang bersinar cahaya. Hanya harapkan redha Ilahi. Hati, lidah keduanya terkunci daripada yang ditegah dan dibenci... dan dalam sujud hening ini, tatkala lembaran lalu sudah berlabuh... kumohon kekuatan cebisan kata dan rasa Saad bin Abi Waqqas. Aku adalah anak-anak panah Islam. Biar tercampak ke mana sahaja, tetapkanlah diri ini untuk terus berjuang demi Islamku...

Salam Mahabbah Hijriyah 1430 buat semua pengunjung blog MyHumairaKu~