Sekian lama kau dinanti, bersama harapan yang bersemi, kami berkorban harta, bergadai nyawa, agar kau lahir ke dunia...
Menggunung doa telah dihambur, agar hasrat tiada terlebur, cahaya impian yang dulu kabur, menjadi airmata syukur...
Cahaya mataku, penawar kalbu, seharusnya kau tahu, kami sayang padamu... Kau permata ayah dan bonda, engkaulah pembela, bangsa dan agama... Allah... Ya Tuhan kami, kabulkan harapan ini... Dengan kasih dan sayangMu, ampuni dan rahmati dia, selamanya... Cahaya Mata by Mohd Suhaimi Saad [Album Kala'maK]
Eha... Oh Eha...
Anak-anak Eha yang comel...
Awal pagi tadi saya dikejutkan dengan kehadiran 'hadiah istimewa' dari Eha yang dulunya dikenali sebagai 'Autisme'. Sah-sah malam tadi Eha mengangkut anak-anak comel dia ke rumah kebajikan kami. Senyap-senyap Eha memindahkan anak-anaknya ke sini. Sebelumnya, kami sekadar mendengar tangisan anak-anak Eha dari tingkat enam. Tapi saya sendiri kurang pasti dari mana datangnya arah tangisan 'si kecil' Eha. Setiap hari saya cuma perlu refill makanan dan minuman Eha di depan pintu rumah. Saya tahu Eha sekarang dalam tempoh berpantang. Jarang-jarang sekali kelibatnya kelihatan di sekitar blok rumah kami.
Rasanya baru saja si Lola hendak membesar. Belum teruna lagi. Sekarang Eha sudah meramaikan si kecil yang 'cute mute' di balkoni rumah kami. Lola pula sejak dapat adik-adik baru, memang tak nampak batang hidung. Merajuk agaknya.
Next Week kami dah nak move out dari sini. Sedikit pesanan buat Eha yang manis... "Selamat mencari tuan baru. Jangan mengada-ngada kat depan lif. Kucing jalanan seperti Eha tiada siapa yang akan ambil peduli. 'Akak' dah tak tinggal sini lagi. Eha and the gang jangan nakal-nakal. Jaga 'cahaya mata' memolek ya. Paling penting sekali, u all jangan sibuk naik turun lif... "
Untuk pengetahuan kalian, orang yang menggemari kucing digelar sebagai Ailurophiles. Saya bela kucing sebab kucing boleh menenangkan fikiran. Kucing juga boleh mengubat hati yang lara. Tidak dinafikan juga kucing boleh buat kita meradang. Tapi, ada juga manusia pelik dan kejam sehingga tergamak makan kucing. Masya Allah...
Cerita Eha, cerita kucing...
Saya ada terbaca tentang daging kucing yang dimakan di sebelah selatan China daratan dan sebelah utara Vietnam. Ia dianggap dapat memberi kehangatan tubuh pada musim dingin. Yang biasa mereka proses untuk disajikan adalah lambung dan usus kucing serta paha belakang. Kepala dan bahagian lain biasanya dibuang. Di Korea pula, daging kucing sering direbus dan diminum kuahnya sebagai ubat neuralgia dan arthritis.
Jika bercerita tentang kucing memang paling 'ngeri dan loya' bab satay. Mungkin anda juga pernah terdengar khabar angin panas mengenai kehebatan satay kucing yang dijual oleh penjaja kampung. Antara sedar atau tidak, ramai yang 'ketagihan' dek keenakkan satay itu. Sedap dan murah. Makan secucuk pasti nak lagi. Itulah penangan satay kucing. Wekk!
Malahan ada cerita tentang penangkapan kucing untuk dijadikan bahan santapan buaya-buaya ternak di Pulau Langkawi. Wallahu'alam kesahihannya. Kehilangan kucing-kucing saya pada era tahun 2003 mungkin juga angkara sindikit 'jenayah' kejam ini. Hilang akal. Panas betul hati saya bila dikenang kembali. Habis pupus kucing-kucing disekitar rumah saya.
Cerita kucing... cerita Eha...
Dalam hadis Bukhari bilangan 3071, Ibn Umar Radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Seorang wanita dimasukkan ke neraka kerana mendera seekor kucing. Ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan. Tiada sebab mengapa kucing harus didera, jika tidak kerana hati yang keras dan tidak bertimbang rasa. Memang hati yang keras tidak pernah mengenal mangsa, sama ada kucing atau manusia.
Nasib haiwan di akhirat...
Tentang nasib haiwan di akhirat, sama ada akan dibangkit semula atau tidak. Ulama mempunyai pandangan berikut:
Semua haiwan akan dibangkit semula di akhirat. Tujuannya ialah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada hubungan dengan manusia atau sesama haiwan, termasuk pengkhianatan yang dilakukan terhadapnya oleh pihak-pihak yang dikatakan tidak bertanggungjawab. Pendapat ini diperkukuhkan dengan beberapa ayat al-Quran, seperti firman Allah yang bermaksud:
"Dan ingatlah ketika binatang-binatang liar dikumpulkan." [Al-Takwir: 5]
Ayat ini menyatakan semua binatang liar dikumpul. Maksud pengumpulan ini ialah perubahan tabiat daripada hidup liar dan berlari-lari memburu mangsa dari sana-sini kepada hidup berkumpul kerana takutkan huru-hara kiamat yang sedang berlaku. Ayat-ayat pertama surah Al-Takwir ini pada hakikatnya tidak membicarakan suasana pada hari kiamat, tetapi membicarakan suasana sebelum kiamat berlaku.
Origami kucing hadiah daripada Iskandar untuk cikgunya...
Pada yang suka memelihara haiwan, ia adalah suatu amal soleh yang sangat besar pahalanya di sisi Allah. Setiap makanan yang diberi dan setiap tanaman yang dimakan olehnya pasti ada pahalanya. Kasihanlah kepada haiwan, jangan menzaliminya, jangan khianati pergerakan dan kehidupannya. Haiwan juga makhluk Allah yang ingin hidup bersama-sama manusia di bumi ini.
Sayang Eha dan 'cahaya mata' barunya... Love U All~
1 comment:
Assalamualaikum
Entri kali ini membuatkan ana tersentuh. Terutama bab kucing2 ni. Rumah ana sebelum ni, memang banyak kucing sampai. Hinggakan pening memikirkannya.
Sempat bela mana yang sempat jerlah, beranak pinak,hantar ke rumah "mak jah". Setelah seekor demi seekor anaknya "dikebas" org yang lalu lalang depan umah. Sebab anak2nya memang comel. Dikebas ketika seorang pun tiada di rumah, agaknya main2 luar rumah tup2 kne kebas.
Smpai Mesir pun bela juga, tp dia ada tuan istimewa, takperla. Ana tumpang peluk2 jer huhu.
Namun hakikat sebenarnya, mungkin kerana hubungan kita dengan haiwan2 inilah kita masuk syurga, dan mungkin kerana "mereka"lah kita dicampak ke neraka. Wallahua'lam.
Post a Comment