Tuesday, December 02, 2008

Kehilangan VS 'Lelaki Kucing'


Assalamu'alaikum WBT.
Saya terpanggil untuk menulis entri ringkas tentang kes kehilangan berkaitan kucing. Penjenayah bagi kes-kes culik melibatkan Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin, Sharlinie Mohd. Nashar dan Nur Fatiha Zaidi digelar sebagai ‘abang kucing’ atau 'lelaki kucing' kerana modus operandi memujuk mangsa mencari kucing dan burung yang hilang. Gerakan mencari Sharlinie Mohd. Nashar, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun masih lagi berterusan.

Sharlinie Mohd. Nashar... kehilangan belum terjawab

Sedangkan kisah Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin, murid Tahun Dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak yang hilang pada 20 Ogos 2007 masih segar diingatan saya. Namun kehilangannya sudah terjawab. Nurin dikatakan hilang setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju.

Dalam kejadian yang lain, mayat budak perempuan tidak berbaju yang disahkan mangsa deraan seks ditemui dalam sebuah beg sukan di Jalan PJS1, Petaling Jaya Utama adalah Nurin. Kasihan sungguh apabila mendengar kemaluan dan dubur mangsa perbuatan orang seks maniac ini disumbat dengan terung dan timun. Hanya kerana hasutan syaitan, penjenayah ini sanggup menentang kewarasan akal fikiran yang dikurniakan Allah.


Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin... kehilangan yang sudah terjawab

Kesempatan entry kali ini, saya mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Nurin Jazlin. Semoga ujian besar yang lebih setahun berlalu ini dapat ditempuhi dengan tabah. Anggaplah kenangan hitam ini tiada yang sia-sia melainkan ada hikmah untuk difikirkan bersama.

Al-Fatihah…

'Man kucing'... meow!

Suspek Eha... 'Man kucing'

Semalam, lebih daripada 24 jam dilaporkan kehilangan Eha berlaku di sini. Mangsa, Eha, dilaporkan hilang setelah meninggalkan anak-anaknya di balkoni rumah kami pagi Ahad yang lalu. Suspek telah meninggalkan empat ekor anaknya tanpa sebarang dokumen.
Sepanjang sehari dua ini saya resah memikirkan tentang Eha. Serabut juga hati menahan kerisauan. Macam-macam andaian bermain di fikiran saya. Bagaimanakah nasib anak-anak Eha akan datang.
Menjadi tanda tanya kami seisi rumah ke manakah Eha menghilangkan diri. Sempat juga saya berseloroh dengan teman serumah akan kehilangan Eha ini juga mempunyai kaitan dengan pencabul Kampung Baru, 'Man Kucing'. Adakah 'lelaki kucing' ini yang menculik Eha?. Saya sangat mengharapkan kepulangan Eha untuk menjengah anak-anaknya yang masih kecil. Sejak Ahad yang lalu, kelibat Eha langsung tidak kelihatan di sini.
Selalunya makanan yang saya refill di depan rumah akan luak. Sekejap sahaja sudah habis. Pantang nampak kami sampai di pakir blok, kelihatan Eha sudah sedia menanti di depan lif untuk saing kami naik ke tingkat enam. Kalau tidak berdua dengan si Lola, pasti dia tetap setia menanti saya di sana...
Pulanglah...

Eha menghilangkan diri atau diculik 'Man kucing'?

Kehilangan yang terjawab.

Eha yang masih dalam kelesuan... kehilangan sudah terjawab

"Segala puji bagi Allah!", saya mengurut dada.

Akhirnya, malam tadi Eha mengiau dari luar balkoni. Saya yakin itu adalah suara manja Eha. Alhamdulillah, kehilangan Eha sudah terjawab. Kerisauan saya kini mulai reda. Sekadar memikirkan nasib Eha dan anak-anaknya selepas pemergian kami nanti. Kerisauan Eha berakhir, debaran peperiksaan Sabtu ini pula mulai terasa. Doakan kejayaan milik semua... Amen~

No comments: