Monday, December 15, 2008

Aisyah Gadis Merah Jambu [Qishshotun 1]


"Lembar demi lembar kutelusuri pesona peribadinya. Hati yang kagum ini selalu tergerak untuk berupaya mengikuti Ash-Shiddiiqah Binti Ash-Shiddiiq. Si Gadis Merah Jambu... the true beauty!", the true story dari saya yang hanya seorang Aisya Humaira.

Gambar sekadar hiasan
Sayyidatina Aisyah r.a adalah salah seorang wanita yang amat terkenal dalam Islam. Namun, popularitinya tidak sehebat
celebrity mininovela hasil kerjasama produk penjagaan wajah Fair & Lovely itu. Darjat mulianya, amal dan karyanya cuma nyata dan ketara hanya pada yang mengetahuinya.
Dia dilahirkan di Makkah, kira-kira 9 tahun sebelum Hijrah. Sayyidatina Aisyah r.a adalah anak kepada Ummu Ruman binti Amir. Ibu Sayyidatina Aisyah r.a merupakan seorang wanita yang pintar dan cergas. Malah ibunya juga adalah antara wanita yang awal memeluk Islam.
Bapa Sayyidatina Aisyah r.a pula terkenal kerana dialah lelaki pertama yang memeluk Islam. Di samping itu, Abu Bakar juga sahabat nabi paling disayangi oleh Baginda. Abu Bakar seorang yang sangat lemah lembut, bijaksana dan berharta.
Sayyidatina Aisyah r.a mempunyai seorang adik beradik kandung iaitu Abdul Rahman. Sedangkan Asma’ adalah kakaknya dari ibu yang lain. Melalui ibu bapa yang terkenal, mulia dan berakhlak terpuji ini, Sayyidatina Aisyah r.a mewarisi sifat-sifat kedua ibu bapanya. Bapanya terkenal dengan panggilan Abu Bakar as Siddi.
Sayyidatina Aisyah r.a pula dipanggil Aishah Siddiqah. Didikan sempurna yang diterima oleh Sayyidatina Aisyah r.a menjadikan dia cergas, pintar, fasih dan kuat keimanannya kepada Allah SWT.
Kerana wahyu, aku isterimu.
Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, ia berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Tiga malam aku bermimpi melihat kamu. Malaikat datang kepadaku menghantarkanmu dengan memakai sepotong baju sutera seraya berkata: Inilah istrimu. Ketika aku buka wajahmu, ternyata itu memang benar-benar kamu. Lalu aku katakan: Kalau itu memang datang dari sisi Allah, maka Allah pasti akan menjadikannya kenyataan."
Setelah Rasulullah SAW kematian isterinya, Sayyidatina Khadijah r.a, Rasulullah SAW berkahwin dengan Sayyidatian Aisyah r.a. Ketika itu Sayyidatina Aisyah r.a berusia 9 tahun. Perkahwinan itu berlangsung pada bulan Syawal, 2 tahun sebelum Hijrah.
Dikalangan orang-orang Arab, ketika itu perkahwinan antara pasangan yang jauh beza usia adalah tidak dianggap pelik atau luar biasa. Iklim Arab yang panas menyebabkan
physical changes yang cepat pada anak-anak perempuan termasuk Sayyidatina Aisyah r.a. Di samping kelebihan dan potensinya untuk mengembangkan kemampuan intelektual. Karakter ini disebut precocious yang bermaksud menjadi dewasa lebih cepat dari usia
.
The true beauty without
Fair and Lovely.
Fair and Lovely GMJ TV9
B
iar pun precociousnya gadis itu, Imam Al-Tabari meriwayatkan bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah s.a.w. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Sudah tentu the true beauty itu tanpa calitan Fair and Lovely. MasyaAllah... Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya. Sayyidatina Aisyah r.a menjawab:
"Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."
Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita sudah bersuami atau sebaliknya. Tetapi sebarang produk kecantikan itu mestilah yang disahkan halal materialnya.
Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.
Sekian dahulu al-kisah penulis 'black girl' berimej merah jambu. InsyaAllah, sama-sama kita 'mengikat' hati dengan kehebatan Aisyah Gadis Merah Jambu di entry qishshotun 2... Assalamu'alaikum WBT~
*** Terima kasih kepada penyumbang rujukkan dan sahabat yang menghadiahkan buku kepada penulis. Kebaikkan kalian, hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya.

2 comments:

Ibn al Haramain said...

nk confirmation,btl ke Rasulullah kahwini aisyah 2tahun sebelum hijrah???tq

Aisya Humaira said...

Terima kasih pada sahabat yang mengusulkan kemusykilan di ruangan komen. Saya cuba mendapatkan sumber yang boleh membantu kita untuk mendapatkan jawapan. Jika tahun hijrah ini tidak bertepatan. Saya akan cuba memperbetulkan tanpa sebarang perkiraan.

"Walaupun terdapat sesetengah pihak yang berusaha membuktikan bahawa umur Aisyah ketika itu bukanlah 6 tahun seperti yang digembar-gemburkan dengan membawa bukti beberapa peristiwa sejarah dan beberapa hadith yang lain, namun kita cuba untuk memberikan jawapan yang memuaskan hati semua pihak.

Anda boleh membaca tentang perbahasan umur Aisyah r.a. di sini
Fadel Soliman, pengasas Bridges Foundation, sebuah pertubuhan yang diasaskan di Mesir bertujuan memberi penerangan tentang Islam kepada masyarakat dunia, terutamanya masyarakat barat, sewaktu mengadakan sebuah bengkel di Setiawangsa, Kuala Lumpur, pernah memberikan sedikit panduan untuk menjawab persoalan seperti ini jika dikemukakan.

Macam mana nak jawab?

1) Children Marriage, secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis, jenis pertama yang lebih biasa dipraktikkan, iaitu mengahwinkan kanak-kanak perempuan kepada seorang lelaki dewasa, dan kedua, iaitu mengahwinkan 2 orang kanak-kanak sejak kecil, tetapi diasingkan sehinggalah mereka mencapai umur yang sesuai untuk hidup sebagai suami isteri.

2) Perkahwinan jenis pertama dahulunya diamalkan secara meluas di serata dunia, namun ianya semakin berkurangan akibat manusia telah menjalani proses tamadun yang kebanyakannya menekankan hak-hak manusia dan hak-hak kanak-kanak.

3) Di zaman Nabi s.a.w, perkahwinan antara seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan merupakan satu kebiasaan dan telah menjadi adat masyarakat Arab ketika itu. Oleh itu, perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Aisyah r.a. ketika beliau masih dalam umur kanak-kanak merupakan perkara biasa ketika itu.. Kebiasaan yang tidak mendatangkan sebarang keaiban mahupun merendahkan martabat Nabi s.a.w. Ianya hanya menjadi janggal jika ianya dilihat dari kaca mata masyarakat dunia hari ini.

4) Perkahwinan Nabi dengan Aisyah tidak melanggar sebarang undang-undang agama Islam, mahupun adat istiadat masyarakat Arab ketika itu. Ianya dijalankan dengan sah dan dengan kerelaaan daripada kedua-dua belah pihak.

5) Nabi dan Aisyah tidak terus hidup bersama sebaik sahaja berkahwin. Perkahwinan mereka berlangsung sebelum hijrah ketika Aisyah berumur 6 tahun, dan hanya duduk bersama Rasulullah setelah baginda berhijrah ke Madinah.. ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun dan Nabi berumur 53 tahun.

Apa buktinya?

Cuba kita perhatikan.. Musuh-musuh Islam ketikamana dakwah Nabi berlangsung di Mekah dan Madinah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menghina Nabi dan menghentikan dakwah Nabi dengan menyebarkan berita palsu bahawa Nabi merupakan seorang penyair, orang gila, ahli sihir, pembohong besar, inginkan pangkat dan harta dan sebagainya..

Namun pernahkah kita jumpa kisah di mana Abu Jahal dan Abu Lahab menggelarkan Nabi sebagai seorang Pedophile?

Hal ini jelas menggambarkan bahawa adat masyarakat Arab ketika itu tidak menganggap perkahwinan dengan kanak-kanak merupakan satu keaiban atau kejanggalan.. Jika tidak, sudah tentu hal ini menjadi point besar kepada mereka untuk menjatuhkan kredebiliti Nabi s.a.w.

Perkahwinan Kanak-kanak Masih Diamalkan Sehingga Hari Ini
Perkara ini tidak menjadi kehairanan dalam masyarakat Arab 1400 tahun dahulu.. Malah ianya masih lagi diamalkan oleh sebahagian masyarakat di dunia sehinggalah hari ini.

Contohnya menurut wikipedia.org, kira-kira 45% kanak-kanak perempuan di Bangladesh berkahwin sebelum mencapai umur 15 tahun.. Begitu juga di sebahagian kawasan di India dan Afrika.

Justeru, dakwaan ini merupakan dakwaan yang tidak berasas dan hanya berniat untuk mengelirukan umat Islam dan juga menjatuhkan imej Nabi s.a.w.

Sempena Maulidurrasul kali ini, marilah kita sama-sama memuliakan serta membersihkan nama Nabi kita di kalangan masyarakat dunia. Ini merupakan tanggung jawab serta kewajipan setiap individu muslim.

Jangan hanya berkobar-kobar menyambut maulid, tetapi melupakan Nabi sebaik sahaja tamat sambutan..
Sebarkanlah artikel ini jika anda benar2 mencintai rasulullah s.a.w.."

Sumber: http://effysaiful.blogspot.com/