"Server error and could not complete my request?", ya Allah, apo kono...
Sepanjang empat hari ini saya tidak 'selesa' untuk berblog. Bermula pagi Jumaat lagi, blog saya seakan mengalami masalah serius. Punca dan kebarangkalian masalah cuba dikenalpasti biarpun saya ini tidaklah searif mana tentang IT. Namun, usaha 'cuba jaya' saya tetap menemui kegagalan. Disebalik kegagalan menyelesaikan masalah, saya juga menemui kejayaan lain. Kejayaan dari segi menambah ilmu-ilmu baru walau hanya dengan sepatah kata 'IE'. Dari banyak yang saya tidak tahu, akhirnya menambah tahu biarpun sedikit. Alhamdulillah...
Terima kasih kepada beberapa orang sahabat yang sudi bertanya khabar tentang masalah ini. Pertolongan kalian itu amat saya hargai. Hingga kini, saya berblog cuma sekadarnya. Again and again, request still not complete. Image juga tidak dapat saya selitkan dalam beberapa entry baru ini disebabkan masalah upload.
Tidak sia-sia...
Nampaknya, masalah 'songeh' ini sedikit sebanyak telah merencatkan mood saya untuk menulis entry baru. Saya sedar, setiap sesuatu itu pasti tiada yang sia-sia, melainkan ada hikmahNya. Blog yang seakan terkena komplot sekutu google ini saya tinggalkan sekejap. Pawns In The Game by William Guy Carr menjadi pilihan. Buku yang telah saya beli lapan tahun sudah semasa menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia. Inilah buku yang disyorkan oleh pensyarah kesayangan saya, Prof Dr. Sulaiman Bin Noordin suatu ketika dulu.
BIDAK-BIDAK DI PAPAN CATUR
Iblis dan 'bidak-bidaknya' ada di mana-mana...
Buku ini sudah lama terkenal di seluruh dunia dan telah diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa. Kandungannya penuh dengan pembongkaran fakta-fakta dan peristiwa-peristiwa sejarah yang melibatkan banyak bangsa-bangsa besar dunia. Kebenarannya dibuktikan oleh dokumen-dokumen yang sah serta masih tersimpan pada masa ini di perpustakan-perpustakaan muzium di negara-negara Eropah dan Amerika.
Membaca buku ini telah meluaskan pandangan dan pengetahuan saya. Tetapi pendedahannya tidaklah sampai membawa saya kepada sesuatu yang dinamakan inferiority complex. Disebalik isi kandungan buku ini, saya dapat melihat kesan-kesan angkara komplot-komplot jahat (kuasa-kuasa sulit) yang dinaungi dan didalangi iblis terkutuk... Luciferean conspiracy!
Bagusnya buku ini dapat mengemukakan tafsiran amali kepada ayat-ayat al-Quran tentang suatu keturunan manusia yang mengakui diri mereka sebagai 'bangsa terpilih'. Inilah bangsa yang suka bermegah, sedangkan al-Quran menyifatkan mereka ini sebagai 'bangsa perosak atau pengacau' di muka bumi. Golongan bangsa inilah yang menjadi ejen-ejen (bidak-bidak) iblis disokong oleh si Luciferean Ideology yang dipelopori pula oleh Illumaniti.
Ayat-ayat al-Quran telah berulangkali mengingatkan tentang tipu daya yang dilakukan oleh iblis tersebut. Kesempatan entry kali ini, saya suka untuk berpesan kepada diri sendiri dan pembaca blog ini agar kita sebagai umat Islam beringat-ingatlah selalu kepada pesanan Allah dalam ayat-ayat suci.
Syaitan itu merupakan suatu makhluk halus yang bersifat spiritual dan tidak dapat dipastikan dengan pancaindera manusia. Makhluk jenis halus ini berupaya menyerap ke dalam tubuh badan manusia melalui saluran-saluran darahnya. Malah, agenda kejahatan ini digiatkan lagi dengan memasang ejen-ejennya dari jenis manusia sendiri. Jika kita perasan, hal ini jelas dinyatakan antaranya dalam surah An-Nas; 1-6, surah Al-A'raf; 16-17, surah Al-Hujurat; 39.
'AKU BUKAN MUSUH HARTA'
Saya amat tertarik dengan semangat nasionalisme yang didedahkan dalam buku ini. Apa yang mereka amat pentingkan adalah bagaimana hendak memegang kuasa ekonomi dan politik. Mereka berazam hendak menguasai untuk faedah kepentingan diri mereka, teraju yang mengendalikan segala kekayaan, sumber-sumber tabii dan tenaga manusia seluruh dunia. 'Sepanas' lagu puisi Dr. Asri, sehebat itulah cita-cita mereka yang berusaha untuk memalingkan dunia ini kepada dasar fahaman mereka. Dasar yang terang-terang mahu menubuhkan suatu pemerintahan diktator totalitarian yang mengingkari Tuhan sama sekali. Subhanallah... ~
No comments:
Post a Comment