Diskripsi 'Etika Menjadi Ibu Guru'.
Seorang ibu adalah guru pertama dan terakhir dalam hidup anak-anaknya. Jika ia sebagai ibu yang sukses, maka ia juga akan menjadi ibu guru yang sukses bagi anak-anak didiknya, insya Allah.Tugas seorang ibu guru bukanlah sekedar memasukkan pelajaran ke dalam kepala anak didiknya. Tetapi lebih dari itu, ia juga bertanggungjawab membentuk jiwa dan mental segenap anak didiknya, sehingga mereka menjadi anak-anak yang shalih, cerdas dan trampil dalam kehidupan. Islam memberikan tuntunan, kekhususan dan prinsip-prinsip dasar yang menyeluruh, sehingga seorang muslimah bisa menjadi ibu guru yang sukses. Buku ini dengan sangat baik, singkat, padat dan lugas merangkum apa saja yang menjadi kiat sukses sebagai ibu guru. Sukses di dunia dan sukses di Akhirat. Buku ini adalah salah satu upaya untuk menghidup-hidupkan Sunnah (tuntunan) Nabi SAW yang kini menjadi asing dan banyak ditinggalkan umat Islam, khususnya dalam masalah etika menjadi ibu guru. Mari kita amalkan Sunnah ini dan kita dakwahkan! "Jadi cikgu senangkan?. Pulak tu gaji sekarang dah banyak, kaya la cikgu nanti...", sindiran biasa yang sudah tepu. Sekadar menyambut dengan senyuman seribu makna. Profesion perguruan terutamanya dalam zaman mencabar ini bukanlah semudah yang disangka. Kerjanya separuh hari, cutinya panjang dan ditambah pula elaun yang berbagai 'mak nenek'. Namun, ia bukanlah pengukur mudahnya menjadi seorang pendidik. Sebagai arkitek sosial, guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu. Guru adalah insan yang dipertanggungjawabkan untuk 'menyampaikan' dalam pelbagai etika. Kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan pengamalan etika yang betul dibawah sesebuah sistem pendidikan. Siapa lagi kalau bukan guru yang menjadi model pengamalnya. NILAI = ETIKA = ADAB
Nilai adalah kepercayaan yang mendorong seseorang atau sebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Manakala etika pula bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Kita perlu terima setiap manusia dianugerahkan dengan sifat dan nilai mulia yang menjadi pegangan secara fitrah atau semula jadi. Pendidik adalah salah satu komponen yang penting dalam melahirkan insan berintegriti, bermoral dan beretika. Seterusnya untuk melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama. RASULULLAH S.W.A INSAN BERETIKA Sebenarnya Islam itu sudah mengajar umatnya beretika. Sunnah Rasulullah itu adalah hasil pengamalan baginda selama hayat. Melalui keperibadiannya yang mulia, Rasulullah menjadi role model yang sangat baik dengan pelbagai etika yang boleh diteladani oleh kita. Sehinggalah etika membuang hajat. Rasulullah mengajar kita sejahtera hidup dengan beretika sepanjang waktu. Subhanallah...

Makhluk Allah lain juga ada etika...
Sedar dan matang...
Dalam kenangan, dua sekawan... Anip dan Rafiqin
Guru itu bersifat etika. Tugasnya bukan untuk menjadi kaya semata-mata. Tetapi lebih kepada amanah membentuk manusia supaya berjaya dunia dan membawa kepada kehidupan abadi. Wallahu'alam~
No comments:
Post a Comment