Friday, December 05, 2008

Dua hari lagi...

Assalamu'alaikum WBT.

Usai...

Alhamdulillah, semalam adalah hari terakhir kami menghabiskan slot-slot KSSM setelah 'kematuan' di Dewan Tun Fatimah IPPM. Hampir tiga minggu siapa tak kematu oi.

Tapi memang best. Hidup saya tak pernah sunyi. Sepanjang slot, Lina (member kamceng) sentiasa setia di sisi. Penceramah lecture kat depan, kami lagi power 'sok sek, sok sek' kat belakang. Macam-macam cerita panas ada. Jajan tak ketinggalan menjadi bahan 'kunyahan' kami dikala bosan. Selalunya saya supply kismis dan biskut. Semua aktiviti sampingan ni terpaksa kami create. Sekadar 'penawar' daripada terlentok langsung tak dapat apa-apa. Hehe...

Dua hari lagi. Teruja...

Esok adalah penamat yang dinanti-nanti semua sahabat saya di sini. Tinggal dua hari lagi untuk kami balik bercuti panjang. Hari ini saya perlu sangat 'berkurung' preparing for exam esok pagi. Malam tadi kami seisi rumah keluar menjamu selera. Saya jarang menjadi peserta. Selalunya sekadar minta housemate tapaukan. Tapi malam tadi semua diwajibkan join. Atas arahan driver setia kami. Tegasnya cikgu Ainul Farha. Gambar ni adalah kalendar rasmi yang menjadi amalan cikgu Ainul untuk count down detik-detik berakhirnya sesuatu event kami di sini.

Kiranya malam tadi kami 'makan besar' di muara Crystal Bay, Alai. Adalah beberapa menu yang kami order mengikut budget lebihan duit bil api dan air. Kebetulan malam tadi hujan. Memang 'berkeroncong' la perut masing-masing. Terhidang je menu depan mata, kami 'sebat' habis-habisan. Makan sambil dikelilingi kucing-kucing 'sihat' Crystal Bay. Sempat lagi memikirkan nasib Eha. Untung juga kalau dia anak beranak tinggal kat situ. Mesti setiap hari dapat makan sedap.

Kekenyangan tak terperi.
"Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, suka hati"... Apa lagi, nak study jadi malas. Kami sambung aktiviti depan TV. Layan 'Gadis Melayu'.
Seawal pagi Jumaat yang indah ni, saya bangun pukul 4.00 am untuk selesaikan agenda-agenda tertunda malam tadi. Dengan harapan agar hari ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
"Ya Allah jauhkanlah kami daripada sifat malas dan lemah..."
Semangat... semangat. Ayuh! teruskan perjuangan~


No comments: