Friday, December 19, 2008

Ia hadir lagi... Sayyidul Ayyam


Indahnya terlalu istimewa...
Ia hadir lagi... setiap minggu, pasti ia yang ditunggu. Merasai kehadirannya langsung tidak seperti hari-hari lain. Patutlah istimewa sangat. Kehadirannya membuatkan penampilan saya akan turut berubah. Pernah juga insan-insan di sekeliling menegur, kononnya saya agak menawan dari biasa. MasyaAllah, menawan ke?

"Amboi dia, asal hari Jumaat je mesti melawa habis. Ada apa-apa ke ni?", tegur sahabat kepada saya. Biarpun hanya dengan sepotong ayat bersahaja, adakalanya bernada nakal. Pada saya, itu semua sekadar gurauan mahu mengusik. Sengaja saya tidak mengendahkan, supaya mudah mengurangkan segan di hati. Lebih senang cerita, saya tidak mahu diri sendiri larut dalam pujian orang.

Betul, semuanya nampak berbeza sekali. Malahan, tindakan saya seakan luar biasa efektif. Terfikir juga mengapa ia selalu terjadi begini. Adakah kerana saya menginginkannya? Adakah ia juga satu kebetulan semata-mata? Ya! Segalanya mungkin...

"Ya Allah, sedar tak sedar esok dah Jumaat laa...", petang Khamis semalam saya beranalog sendiri. Berkira-kira waktu yang berlalu. Menghitung jemari, tarikh itu dan ini. Tak sedar sudah menghampiri penghujung tahun. Namun, telah banyak yang terlepas pergi. Rugi... rugi...


Hari ini saya terbangun seawal pagi lagi. Mungkin kerana 'kepuasan' diperbaringan semalam membuatkan pagi ini mudah terjaga tanpa menanti peringatan rutin. Sudah tentu saya mendahului my alarm signal. Ayam belaan jiran juga sudah mula berkokok. Tidak jemu bersahut-sahutan mengejutkan kami di sini.
Disebalik keheningan subuh yang masih pekat, sayup-sayup kedengaran bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari masjid berhampiran. Biarpun tidak sejelas mana, saya cuma membuat telahan. Barangkali bacaan itu adalah ayat-ayat dari surah Al-Sajdah...


*** InsyaAllah, jika tiada sebarang kesulitan, ikuti sambungannya seawal petang Khamis hadapan~

No comments: