Saturday, December 27, 2008

Anyah!


"Anyah ana, Anyah? Anyah ana, Anyah?", kedengaran suara manja Amir dari bilik sebelah. Mungkin pertanyaan biasa tentang saya kepada umi dan babanya.


Alamak, awal pulak si budak sepet ni bangun. Dalam gelap subuh, Amir teraba-raba mencari saya di bilik. Terkedek-kedek mengusung pampersnya yang sarat dengan 'hasil' malam tadi.

"Anyah!", terjengul Amir di sudut pintu bilik sambil melemparkan senyuman kepada saya yang masih di sejadah.


Setelah kedengaran azan subuh, saya menangguhkan bacaan Al-Quran. Amir di sisi setia bersama cat.

"Sayang Anyah. Em, kiri
pulak", saya membuat permintaan special kepada Amir. Pipi kami bertemu. Terasa nyaman sekali pipi gebu Amir.

Usai solat subuh, pampers Amir juga siap bertukar baru. Menangis-nangis tak nak Tok Cik (Mak Bun saya)
tukarkan. Meronta-ronta nama Anyah dari bilik air. Sekarang ini, Amir sudah tidak menghiraukan sesiapa lagi. Anyah... Anyah... Anyah...

Nampak rumah nenek, tanya Anyah.

Belum turun kereta, tanya Anyah.

Masuk rumah nenek, tanya Anyah.


Leka bermain, tanya Anyah.

"Esok lusa Anyah balik. Padan muka Amir", ngomel Tok Cik kepada Amir.

Tangisan Amir menjadi-jadi, bukan main 'jenuh' lagi nak ditukar pampers baru.
Akhirnya, saya berjaya memujuk Amir dengan game Flash Player 'Anjing VS Kucing'. Lega...

Menjelang pagi. Seperti biasa, Amir akan mengheret catnya ke mana sahaja. Kata kakak, sekali pun ke pasaraya mesti tidak renggang Amir dengan teady bear kucing saya.

"Anyah, Anyah! Pin-pin...", renget Amir tak jemu-jemu membuat permintaan yang sama kepada saya.

"Ok, dok elok-elok. Kalau tak, Anyah tak buka", saya memberi peringatan
sambil mengangkat Amir ke atas katil.

Sepagi ini, Amir bukan sahaja menyibukkan diri dengan laptop klasik saya. Tapi lebih dari itu, Amir mengusung segala bantal busuknya
untuk 'berkubang' di bilik ini. Karenah Amir 'macam-macam ada'. Habis dikhatamnya episod Upin & Ipin, video Funny Cat pula jadi sasaran. Sesekali saya menakutkan Amir dengan memasang video iklan raya Proton.

"Ni Anyah buka 'antu' ea", idea kuno yang ditawarkan untuk menakut-nakutkan Amir.

"Akut, akut atu, akut atu..", bentak Amir sambil menutup mata. Geli hati saya. Terasa puas, bila berjaya mengusik Amir.

Saya meneruskan kerja-kerja terbengkalai. Amir pula asyik dengan ulangan video-video pilihan. Bila terasa jemu, terjengkel-jengkel dia keluar masuk bilik. Buku-buku serta barang-barang saya turut diusiknya. Geram sangat pada Amir. Kemudian, kami berdua sama-sama menikmati chocolate stick wafers Apollo.

"Em, sedapnya", ajar saya kepada Amir yang masih pelat mengajuk.


BULAN MENGEMAS

Sesekali Amir meninggalkan laptop dan menghampiri saya untuk membantu. Dalam erti kata sebenar, membantu untuk melambatkan kerja. Tengoklah aksinya. Terloncat-loncat turun naik katil. Kemudian bersantai-santai pulak kat atas bagasi. Dia tak apa-apa, tapi Anyah pula yang letih membebel...
Seawal subuh tadi, saya memulakan misi memacking barang-barang untuk dibawa ke Selangor. Kain baju dihitung kira untuk tidak berlebihan dan berkurangan bila mula mengajar nanti. Baju-baju kurung yang kelihatan season juga diasingkan. Tapi, yang season itulah tidak jemu-jemu dipakai bertahun-tahun. Memandangkan bagasi perlu dihadkan, maka baju-baju yang banyak berjasa ini hanya akan bergantungan di dalam almari sahaja.

Seingat saya, bulan ini sudah tiga empat kali saya mengemas barang-barang yang sama. Kalau dulu, mengemas untuk dibawa pulang ke kampung. Tapi sekarang, mengemas untuk dibawa ke penempatan baru. Hilang teruja, timbul sengsara. Apakan daya, demi amanah, kuteruskan jua...

Alhamdulillah, 80% sudah siap disusun. Proses pemeringkatan terakhir pula mungkin akan dibuat sehari dua ini. Sambil meniduri Amir, saya sempat melepaskan lelah di sisinya. Terasa lagaknya diri ini bagai seorang ibu sedang menidurkan anaknya...hehe bakat terpendam tau!
Amir terbuai lena. Saya pula larut dalam kisah Ummu Aiman. Ibunda Rasulullah SAW yang kedua. Seorang wanita yang memiliki kasih sayang yang cukup dalam... Assalamu'alaikum WBT~

7 comments:

cikgu dila said...

kak...dah tau sekolah ke?
akak kena tagged tau...selesaikan yea...hehe..

Aisya Humaira said...

Assalamu'alaikum WBT.

Da tau. Kat kg Dila la...hehe Sg. Besar, Sabak Bernam. Dila da tau belum. Surat JPNS akan bagi masa briefing 2hb ni. JPNWPKL pun de briefing juga kan? Ainul Farha, Yan dan Farah [ex-housemate akak] juga dapat KL.

Selamat menjadi guruk ya~

cikgu dila said...

ye ke kak?akak dpt kat sini yea..maizan tak dapat pulak.hehe...
kite taktau lagi kak...surat dpt ms taklimat tu nanti.susah jugak sebab nak cari rumah sewa susahla..huhu...

selamat mengajar!! ;)

Aisya Humaira said...

xpe slow2. Aha Maizan unit akak ke? dgr kabo dia dpt Perak... Akak pun blm decide pape ttg umah sewa or kuarters. Nak p taklimat dulu. Sok baru nak lapor diri by phone. 1st meeting sek 2 31hb ni. Oh ya, akak sama sek dgn budak PK1. Kebetulan...

cikgu dila said...

yup,maizan unit akak tu la..
akak kt cni senang je kot nk cari rumah..rasenye la hehe...
ape nama sekolah akak?
dpt sama sekolah ek..okla tu..

Aisya Humaira said...

em, ni ym akak ihumaira@yahoo.com. Rasanya 'comey' sket kot sembang kt ym...hehe.

InsyaAllah sok kot akak bertolak ke KL. Tunggu surat JPNS lambat beno. Well! Perlis la katakan...em,ujung tp bkn ulu tau. (^_^)

Anonymous said...

salam..
maaf.. minta tolong betulkan ayat "meniduri amir".. takut org salah faham...
saya pun pernah kena tegur dulu.. sebab guna ayat yang lebih kurang sama..