Tuesday, December 09, 2008

9 Disember yang istimewa...


Assalamu'alaikum WBT.
Hari ini 9 Disember 2008 bersamaan 11 Dzulhijjah 1429 Hijriyah, hari kedua kita menyambut Aidul Adha. Hari ini juga genap 51 tahun usia bonda saya. "Sannah helwah ya ummi!" Moga tahun ini akan beroleh kebaikan buat mak. Doa dan kasih berpanjangan buat mak.
9 Disember yang dihitung.
Dia ibuku. Ibu yang mengandungku. Mak yang selalu digelar saudara maraku sebagai 'mokni'. Susah payah menjaga kami setelah berpisah dengan ayah. Susah payah dengan tabah diharungi oleh dia, insan bergelar ibu. Iaitu penjaga yang di amanahkan oleh Allah untuk kami. Terima kasih mak!

Mak penulis dan Amir (cucu sulung)

"Ya Allah yang mengurniakan kami segala nikmat dan rahmat, aku memohon Kau ampunilah usia-usia kami di hari-hari semalam kami dan rahmatilah diri kami di hari-hari esok kami hingga kami kembali pada-Mu dengan hati yang selamat dan sejahtera."

Ya Allah, moga di hujung perjalanan kembara nanti, kami Kau seru,"Wahai mereka yang memiliki jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku"... Amen.

Hadiah yang sempat saya belikan untuk mak pada tahun ini

"Ya Allah, perindahkanlah hubungan di antara kami dan mesrakanlah di antara hati kami". [Miqdam Bin Ma'di Kariba RA]


No comments: