Wednesday, December 24, 2008

Mana-mana pun sama...


"Tie dapat Sarawak kak. Dah la Tie nak nikah 25hb ni. Budak-budak kelas Tie, 13 orang dapat Sarawak. Budak Sains kelas lain pun majoriti dapat sana. Best la kak dapat semenanjung... jealous Tie", keluh seorang sahabat kepada saya.

"Saya dan Zura juga dapat Sarawak. Ok la awak dapat sini. Em, nak tak nak pergi je laa", cerita seorang sahabat lain kepada saya seperti merajuk.

Saya senyum membaca SMS mereka dan cuba membalas dengan secantik-cantik ayat memujuk hati...

"Mana-mana pun sama. Pergi dulu. Mungkin ada hikmah-Nya", saya memberikan nasihat sekadarnya.


ADA APA DENGAN KECEWA


Seminggu dua ini banyak juga keluhan berbaur kecewa yang diterima daripada sahabat-sahabat. Tapi apakan daya, saya hanya mampu mendengar dan dalam masa yang sama bertindak sebagai motivator sambilan tidak terlatih. Saya cuba untuk meletakkan diri pada situasi mereka. Namun, bak kata pepatah kita, berat telinga mendengar, berat mata memandang, berat lagi hati mereka untuk melangkah terbang... terbang ke Sarawak.

Wah, jauhnya macam hendak terbang ke overseas pula ya. Dicelah-celah kekecewaan ini, ada
juga berita gembira daripada sahabat-sahabat seangkatan yang dapat mengajar di tempat sendiri. Bukan main teruja lagi 'depa' siap menyatakan jarak dari rumah ke sekolah.
Kejernihan air yang membiru dan jajaran pohon kelapa sedang menanti...

Namun, fikiran saya lebih terarah pada mereka yang menghadapi rasa kecewa. SMS kami sering berbalas untuk bertukar maklumat dan pendapat. Sudah pastinya hati-hati ini sedang menjeruk rasa. Malah ada juga yang larut memikirkan keadaan diri yang bakal ditempatkan di lereng gunung, atas banjaran, lembah, kaki bukit, tepi sungai, di tengah hutan belantara dan pulau-pulau terpencil. Siang malam mengusung kecewa dan risau bergalang-ganti...

Sebenarnya, rasa kecewa dan risau ini boleh dikurangkan. Keberkesanannya pula terpulang pada ketahanan mental, emosi dan kesabaran kita. Dalam jangka masa yang singkat, sudah tentu bukan satu perkara mudah untuk menerima sesuatu kenyataan. Kenyataan untuk jangka masa yang panjang dengan kesan yang berbagai terhadap diri sendiri dan keluarga.

Kepada sahabat-sahabat juga buat diri saya, kita perlu bina kekuatan hati dan minda. Our mind control everything. Jika tidak, segalanya akan lemah. Justeru, kita try to cut connection feeling. Bulatkan azam untuk lebih terfokus kepada masa depan kita, keluarga, rezeki dan keilmuan. Letakkan semua ini di bawah tunjang agama demi fi sabilillah kita sebagai pendidik.

Betul, bukan senang untuk cut rasa kecewa ini semudah kita padamkan lampu atau tutup pili air. Saya sarankan kita hilangkan rasa ini step by step dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain. Secantik-cantik tempat kita, barangkali tempat orang lebih indah dan damai. Jauh dari keriuhan dan kesibukan kotaraya. Cuba pujuk hati kita membayangkan desiran angin meniup pohon-pohon nyiur, sawah padi terbentang dan deruan ombak menghempas pantai. Semua ini pasti akan menambahkan kecintaan kita untuk lebih lama 'berkampung' di sana.

Disamping itu, kita buang sikap risau yang akan
mengundang masalah kesihatan fizikal dan mental. Risau inilah yang menjadikan kita sedih dan kecewa. Apatah lagi untuk terima penempatan baru dengan segalanya yang asing pada kita. Lagi-lagi mereka yang akan mengajar jauh di pendalaman, felda serta ceruk-ceruk desa. Kalau kita tanya kepada sesiapa pun sama ada hendak pergi ke pedalaman, pasti tiada yang sanggup.
Lorong-lorong gigih mencari dan memberi ilmu...
Bayangkan terpaksa berjalan berjam-jam, menaiki bot tiga hari tiga malam, siapa yang mahu? Ketiadaan coverage untuk berhubung menggunakan telefon dan internet. Pendek kata, terputus dari segala macam aksesibiliti, kemudahan asas yang serba daif, tiada panggung wayang, pusat membeli-belah dan keselesaan lain.

Dalam fikiran dan bayangan kita sudah terlintas pelbagai kesulitan yang bakal ditempuhi. Dengan bekalan elektrik yang hanya bergantung kepada janakuasa. Operasi generatornya belum tentu 24 jam sehari. Mungkin bekalan ini tidak konsisten dan akan terputus pada masa-masa tertentu untuk menghadkan kos minyak. Apatah lagi dengan ketiadaan pengangkutan awam melainkan jalan-jalan kampung yang becak dengan sungai dan paya. Turut berdepan dengan kebarangkalian risiko seperti bot terbalik, diserang binatang buas, lanun dan sebagainya.
"...Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan..." [Al-Insyirah: 5-6]

Dalam rasa itu, kita cuba bertafakur, renung sehadam-hadamnya tentang nikmat yang kita telah kecap selama ini. Maka untuk takdir yang Allah SWT anugerahkan kali ini juga sebenarnya ada hikmah dan nikmat yang masih belum kita nampak. Wajarlah sebagai hamba-Nya, kita mengucap rasa syukur seikhlas hati, sebanyak mungkin hingga rasa itu meresap jauh ke dalam diri.

UBAH PERSEPSI

Tekadkan diri untuk ubah persepsi kita. Walau seburuk mana pun keadaannya nanti, kita harus belajar mencari sinar mentari disebalik awan. Cari sebanyak mungkin untuk memberi peluang membina rasa cinta pada sesuatu yang baru. Buat apa susah-susah kita fikir yang buruk sedangkan kita boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, kita akan dapat yang buruk jawap
nya. Ini hukum alam yang dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, hukum Law Of Attraction.

InsyaAllah, takdir hari ini adalah jalan pendidikan dari Allah SWT untuk kita belajar tentang kehidupan. Gunakan peluang merantau di tempat baru ini untuk meneroka kehidupan habis-habisan. Anggaplah kita akan memulakan misi kelana atau kembara baru yang bakal mematangkan diri, menambah ilmu, meluaskan pengalaman serta meningkatkan jati diri kita sebagai pendidik berkualiti, mulia dan terhormat dunia akhirat.
Wajah-wajah yang dahagakan ilmu dari insan bergelar guru...
Apa yang penting, jangan mengeluh lagi. Buangkan rasa kecewa itu sejauh-jauh yang mungkin. Jika orang lain sibuk memperkatakan tentang elaun yang tinggi serta kenaikan pelbagai insentif, biarkan mereka dengan hal-hal itu. Tanamkan dalam diri kita untuk bekerja semata-mata kerana Allah SWT, bukan mengharapkan habuan, cuma perlukan keperihatinan pihak kerajaan. Semoga amal ibadah kita diterima di sisi Allah SWT, selalu diberi petunjuk dan perlindungan-Nya di mana sahaja. Amin~

No comments: