Sempena cuti-cuti singkat ni, sempat juga saya singgah 'jom pekena' di dua tempat yang telah dipromosi oleh kawan-kawan. Sebagai memenuhi selera tengahari, saya singgah ke destinasi pertama di restoran Raja Sup yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Sebut sahaja mahu bahagian mana, daging, perut, paru, tulang rusuk, lutut, urat, ekor, lidah atau usus, semuanya ada. Itulah keunikan restoran ini yang menyajikan hidangan pelbagai jenis sup istimewa bercampur herba. Menu-menu lain juga nampak menarik untuk dicuba.
Tapi dari segi susun aturnya memang tidak menyelesakan pelanggan. Saya sendiri rasa kurang kondusif dengan ruang restorannya yang agak sempit. Ditambah pula hiasan kepala lembu bertanduk tergantung di dinding kedai yang bercat kuning, meja beralas merah plain tanpa air cond. Panas semacam pulak~
Tapi dari segi susun aturnya memang tidak menyelesakan pelanggan. Saya sendiri rasa kurang kondusif dengan ruang restorannya yang agak sempit. Ditambah pula hiasan kepala lembu bertanduk tergantung di dinding kedai yang bercat kuning, meja beralas merah plain tanpa air cond. Panas semacam pulak~
Alhamdulillah... sedap!
Destinasi kedua pula di D' Muara Marine Park. Singgah 'jom pekena' di Restoran Terapung yang boleh memuatkan antara 200 hingga 300 orang. Menu di sini juga tidak kurang hebatnya. Selain makanan laut, ABCnya nampak menarik. Terliur je tengok waitress dia perform kat meja-meja lain. Siapa suruh tak order! D' Muara Marine Park ini terletak 5km dari Pekan SB dan 90km dari Bandaraya Shah Alam. Chalet-chalet di sini berdekatan persisiran pantai Sungai Haji Dorani yang mengadap kebiruan Selat Melaka. Sesuai untuk beristirehat sambil menikmati ketenangan melihat panorama aktiviti nelayan Pantai di situ. View dan menu restoran ini pula cukup selesa dan tenang~
Sesiapa yang gemar memancing ikan, bolehlah ke sini...
6 comments:
Dapat gaji nanti boleh la ajak member makan kat D'Muara
Jangan makan banyak sup... nanti gemuk
to Anonymous... InsyaAllah boleh je belanja. Doakan cepat dapat gaji ya. Awak pung jom le ikut sekali amik berkat... hehe~
To Haji Mood... Boleh gemuk ea??? Hehe kalau gitu makang tempe pulok aah... hehe~
Macam program TV lak...
Bila baca artikel ini, terasa lapar jadinya. teringin nak pergi ke lokasi yang disebut dalam JOM PEKENA.
Gaya penulisan yang baik. Tingkatkan!
Hehe macam program TV pulak ya. Sesekali nak singgah merasa 'jom pekena' ok juga.
Pada saya, tidak perlu ke restoran besar, gerai-gerai kecil pun mungkin boleh memenuhi selera kita asalkan bersih dan selesa.
'Jom pekena' dengan misi jangan sampai 'terkena'. Make sure bismillah sebelum makan, bawa duit yang mencukupi dan kenalpasti pantang empunya badan [pada yang alahan]~
Post a Comment