Monday, February 23, 2009

Pakwe baru...


Usai tanggungjawab dan amanah pada Jumaat lalu, dengan senang hati saya bertolak ke Penang untuk menjengah bonda sekaligus bersua muka dengan 'pakwe baru'. 'Pakwe lama' tetap tidak dilupa. Rindu rasanya hati ini bila mendengar cerita-cerita daripada bonda tentang mereka.

Hilang segala keletihan kerana Afif.

"Burika fil mauhub, wa syakartal wahib, wa bulligha asyuddahu, wa ruzikta birrahu." Semoga Allah memberi barkah di atas anak itu, dan hendaklah engkau mensyukuri Allah, semoga anak itu membesar dewasa dan kuat dan engkau mendapat ketaatannya...

Ahlan wa sahlan!

Alhamdulillah. Kakak saya telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 16 Februari 2009 bersamaan 20 Safar 1430H.
Mudah-mudahan, Afif Hazman Imtiyaz akan menjadi anak yang soleh, kental semangat dan luhur pula budinya.

Sebelum bertolak balik ke SB, pagi Ahad lepas sempat lagi saya bawa 'pakwe lama' ronda-ronda. Kami dating sambil minum milo ais sama-sama. Letih jugalah melayan 'kesongehan' si sepet Amir. Apa pun, hati kecilku bertambah bahagia dengan kehadiran 'pakwe baru'~
Kurniaan yang bakal menyerikan hidup semua... juga hidup Mak Ngah!


7 comments:

Anonymous said...

Baca tajuk.... tekejut badak saya. Kat sekolah tak cerita apa-apa. Tiba-tiba ada 'pakwe'. Bila baca sampai akhir.. barulah tau cerita sebenar. Semoga jadi "Mahmud".

Ibnu Ali said...

Tahniah... kepada ibu dan ayahnya..

Semoga jauh dari api majusi, sesat yahudi dan Nasrani..

Mohd Hafizi said...

Tahniah~

cik dila said...

salam kak fiza...
hehe buat gempak je tajuk dia kan..
tahniah!!

Izzah Al-Maliziyyah said...

To 'Sifu Mood'... Hehe pakwe dalam erti kata yang sebenar tiada keperluan bagi 'hawa' seperti saya~

To Ibnu Ali.. syukron. Harapnya begitu. Amin~

To Mohd Hafizi.. syukron~

To cikgu dila.. Wsalam WBT. Terima kasih Dila. Camne kursus kat Glory? Teringat pula kenangan akak berkursus kat sana tahun 2006~

IMANSHAH said...

tahniah..bila nak menimang cahaya mata sendiri??

Izzah Al-Maliziyyah said...

To imanshah... Bila dah kahwin dan dikurniakan rezeki. Tapi kan, kalau nak timang 'cahaya di mata sendiri' pula macam mana ya??~