Thursday, February 05, 2009

Semanis Gula


Malam ini terasa dingin yang amat. Itu pun tanpa kipas terpasang. Kehebatan menunjukkan skill menyangkul petang tadi membuatkan saya 'syahid' di sejadah sejak dari maghrib lagi. Sedar-sedar jam di dinding menunjukkan pukul 9.00 malam. Ingatan saya cuba dipulihkan.
Kepeningan, letih, sejuk...
Usai membersihkan diri terasa ada sesuatu yang kurang. Saya segera memanaskan air untuk minum malam. Tekak teringin dibasahkan. Air milo panas kurang manis siap 'dibancuh'. Saya tinggalkan seketika di sudut meja. Perhatian saya terfokus pada helaian-helaian edaran mesyuarat tengahari tadi. Kemudiannya beralih pula menyiapkan lesson plan harian.
Baru sejerit dua air dihirup, milo yang panas tadi kembali sejuk. Kalau sesejuk ini mana mungkin terasa nikmat. Tidak boleh jadi, tekak pun high demand. Jadinya saya akur untuk bancuhan kali kedua. Air dipanaskan semula. Nescafee 3 in 1 menjadi pilihan.
MANIS LAGI SENYUMAN
Tiada beza... tidak rugi berbuat baik kerana rahmat Allah sangat dekat

Sambil meneruskan penulisan rancangan pengajaran harian, saya terpandang gula-gula di dalam bag. Senyum sendiri membilang gula-gula berbaki. Itulah buah tangan yang saya bawa ke kelas. Nampaknya, esok perlu topup lagi. Bukan bertujuan memberi rasuah, tapi untuk menghargai anak-anak didik saya walau hanya dengan sebiji gula-gula.

Setiap kali sebelum memulakan P&P, kami sama-sama merasai manisnya gula. Namun senyuman yang terpancar di raut wajah mereka lebih manis dari itu. Ya Allah... sihatkanlah tubuh badan kami untuk sama-sama berkongsi rasa ini.

SOUND TROUBLE AND THE GENG

Untuk makluman pembaca, anak-anak istimewa saya ini adalah murid yang sensitif. Mereka sedar, diri mereka tidak sama seperti orang lain. Mereka tidak dapat mendengar dan bercakap seperti kita. Tidak dapat menganalisis dengan baik dan mereka mengetahui kelemahan mereka.

Saya sering terserempak dengan murid-murid aliran perdana yang tidak jemu mempersendakan anak-anak ini. Mereka yang nakal bukan saja datang menjengah dan mengintai di kelas KKBD, malah mengejek-mengejek pula. Apa lagi, lari mencicit la bila 'disinga' oleh sound trouble and the geng. Boleh tahan juga garangnya.
Hero-hero BD1 saya yang kacak... Nazrul, Nazim, Goh dan Hafizan

Sepanjang sebulan 'memadu kasih' di KKBD, saya dapati perasaan inferioriti mereka agak tinggi. Sebagai pendidik, saya berusaha untuk meniupkan semangat menghargai diri dalam diri mereka. Moga saya dan rakan sejawat yang lain akan sabar membantu mereka mencari kekuatan dalam diri supaya mengatasi kekurangan.

Di KKBD dan KKBP, P&P anak-anak istimewa tidak seskema murid perdana. Kadangkala akademik diketepikan. Tumpuan perhatian pada pembentukan sahsiahnya. Saya juga memberi ruang untuk berkomunikasi dan berikan mereka peluang 'bersuara'.

Walaupun mereka ini tidak mampu bersuara. Bak kata ustaz Azmi ketika bergurau dengan kami semua di bilik guru KKBP/KKBD, "Budak-budak kelas aku tu da diajar bertahun, tak juga boleh bercakap"... hehe. Maksud saya bukanlah memaksa mereka bercakap. Sebenarnya mereka ini memerlukan guru untuk membimbing mereka supaya berani bergaul dengan masyarakat... senyum semanis gula walau pun harga runcit gula bakal naik~

*** P&P [Pengajaran dan Pembelajaran], KKBP [Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran] dan KKBD [Kelas Khas Bermasalah Pendengaran]



6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
salam semanis gula dari jauh.

Suka sekali baca kisah anak-anak murid akak.manusia itu sempurna,begitu fitrah ciptaan Ilahi.

Terdetik untuk memberi sesuatu buat adik-adik di sana.Setidak-tidaknya berkongsi pengalaman belajar di jepun;menyediakan sedikit presentation dan memberi sedikit talk.Akak yang duan lantik jadi penterjemah.

Idea banyak keluar time persediaan exam.masih berbaki separuh lagi.

InsyaAllah,mungkin boleh diusul lagi untuk program perkongsian bersama anak-anak ini,supaya mereka dapat rasa semangat dan terus berazam untuk lebih belajar bersungguh2.

kejayaan bukan hak bagi orang yang senang semata-mata.

salam dari jauh.
wassalam.

mood said...

You are the one who guide them to 'speak'

Izzah Al-Maliziyyah said...

To warkahraudhah... Wsalam WBT. Cantik sangat idea tu. Mudah-mudahan mereka bakal menjadi seperti Amir Hamidi~

To mood... Hehe terima kasih ya 'sifu' mood kerana sudi drop bagi komen sepatah dua kata. Jangan jemu-jemu juga bagi tunjuk ajar pada saya how to 'speak' with them~

Anonymous said...

salam..
hehe.. masih minum nescafe lagi..
selamat berjuang..

Izzah Al-Maliziyyah said...

Wsalam WBT... Thanks. Ya, masih minum nescafe lagi. Sekadarnya je bila rasa teringin [teringin ke kalau de 3 in 1 sepaket & origanal sebotol kecil?] hehe~

Unknown said...

Teruskan perjalanan yang indah ini, mendidik dan mengasuh dengan tujuan yang murni, dalam kesulitan di sana sini, banyak nikmat dan pintu kebahagiaan dirasakan. Sudilah juga saudari Humaira singgah ke bolg saya, jenguk-jenguk kedua-dua bolg saya itu. Tulisan Humaira memberi semangat kepada saya sebagai pendidik. Harap teruskan sumbangan bakti.