Wednesday, April 07, 2010

Aduka Taruna Pandai Berbahasa

Rasulullah s.a.w bersabda: "Waspadalah kamu dari kata-kata kotor, kerana sesungguhnya Allah Ta'ala tiada suka kepada kata-kata kotor dan perilaku yang cabul."

Seminggu dua ini, cuping telinga saya tidak lekang dari mendengar dentam-dentum isu terkini dan sensasi. Sana sini, ada sahaja sosek-sosek dari mulut ke mulut. Entah-entah, kecoh ini berpanjangan hingga ke rumahtangga masing-masing.

Kecoh yang saya maksudkan tiada kaitan ceritera artis ternama. Tiada kaitan juga liputan politik semasa. Sebaliknya, hanya kisah tangan bermain kata. Mulut membalas sungguh tak disangka. Hilang timbang rasa, celupar bahasa. Telinga dengar, tak sanggup terima. Akhirnya, lidah terus istighfar pada pencipta.
.. Astaghfirullahal azim!

Sejauh mana ia panas dan kritikal, wallahu'alam.
Isu dalaman yang tidak manis untuk saya ulas dengan lebih lanjut di sini. Bukan takut!. Ini soal rumahtangga sekolah saya. Melibatkan etika perguruan. Guru ada etikanya.

Biar kami sahaja yang mendendam rasa!

Serba ringkas, saya sekadar hendak berkongsi ibrah (pengajaran) daripada kejadian ini. Pengajaran terhadap paparan 'sila jaga tutur kata anda'. Saya suka pada lidah-lidah yang pandai bertutur dengan kalam-kalam yang terpelihara. Walaupun si empunya lidah itu sedang marah berapi, basah lidahnya masih boleh mengeluarkan
qaulan ma’ruufan (perkataan yang baik).

Kalau tidak, diamkan sahaja daripada tewas di hujung lidah sendiri!

Secara peribadi, jika si 'Aduka Taruna' ada di hadapan saya, teringin benar hendak berespon terhadap hujah-hujah beliau. Persoalannya, kenapa dan mengapa beliau bertindak seperti 'hangin satu badan'? Tentu ada sebab musababnya beliau terpaksa durhaka kepada 'sultan'. Hanya si 'Aduka Taruna' sahaja ada jawapannya.

Kepada 'Aduka Taruna', kalau ada kesenggangan masa, tolonglah sudi berjumpa dengan saya. InsyaAllah, dengan berlapang dada, saya akan duduk sebagai seseorang yang bukan koordinator blog sekolah. Juga bukan sebagai peminat anda untuk meminta autograf. Malah tiada hasrat untuk menjadi pengikut anda. Apatah lagi mahu berpencak atau bermain keris dengan anda...

Alah, cuma hendak beramah mesra sambil menimba ilmu berbahasa.
Kalau ada ilmu nahu dan sorf, kongsilah bersama ya!~

Nota:
1. Ini blog peribadi saya. Penulisan di sini tidak terikat dengan terma mana-mana pihak. Puji dan keji, anda yang beri. Saya terima dengan lapang hati.

2. Atas pertimbangan akal, doakan tangan saya mudah menulis untuk berkongsi hasanah. Demi kesejahteraan, husnuzonlah selalu.

3. Andai saya tersilap kata, tegur-tegurlah untuk kebaikan bersama. Barangkali, pada masa hadapan, saya ini akan menjadi saudara-mara anda... hehe.

7 comments:

Qassam said...

Siapa aduka Taruna tu ek...misteriii..

Nor Azlan said...

salam...saya cadangkan delete je entry yg mcm tu...tak yah layan org2 mcm ni...buat sakit kepala je nt..

Abdullah said...

Setiap penulisan yg buruk tu tk semestinya maksudnya buruk jer...mesti terselit positifnya juga jika diperhalusi dgn teliti. Kucing yg manja pun akan menggigit kalau silap acah.

imannuha said...

asslamualaikum Izzah!
Biasa le manusia ni,selalu melepaskan geram pada tempat yang salah!!!sepatutnya diluah segala apa yang terpendam secara berhadapan...itulah yang paling afdalnya!!!

shameel Iskandar said...

setiap keburukan meskipun sebesar zarah akan tetap dinilai di sisi Allah. Tangan, kata-kata dan seluruh anggota akan menjadi saksi di akhirat kelak.

sayang sekali apabila golongna yg tidak tahu sopan kata dan santun bicara menajisi kemudahan yang ada.

Doakan 'Aduka Taruna' yg dimaksudkan diberikan hidayah oleh-Nya

dmx said...

assalamualiik..
izzah..
addeenunasehah....

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Qassam.. Hehe tak boleh bagitau kat sini. Saya sengaja simbolikkan si 'Aduka Taruna'~

*** Tahun ini peristiwa 'Pohon Hijau Itu' kembali mengulangi sejarahnya. Bazir, bazir dan bazir... !!!

To Nor Azlan.. Saya sudah diarahkan untuk mendelete mesej di shoutbox blog sekolah. Mesej tu tidaklah melampau sangat pun. Mulut 'si terasa' itu lebih melampau.. hehe~

To Abdullah.. Fikir positif untuk muhasabah diri. Fikir negatif untuk menyampah orang. Selalunya, yang negatif itu akan menyusul dulu.. hehe~

To imannuha.. Alaikumsalam WBT. Betul tu kak. Semuanya kerana takutkan risiko.. hehe~

To shameel iskandar.. Semoga bukan si 'Aduka Taruna' sahaja. Malahan kita semua kena bertanggungjawab memperelokkan budi dan memperindahkan bahasa~

To dmx.. Alaikumsalam WBT. Nasihat itu kerana kasih. Nasihat juga kerana sayang. Islam menganjurkan kita berkasih sayang~